Wahai Putera Puteri Islam

Wahai Putera Puteri Islam
Putera Puteri Islam
Excellentkah kita?
Cemerlangkah kita?
Unggulkah kita?



Iman dibiar tandus dan gersang
Iman dibiar rosak binasa

Excellentkah kita?
Ilmu tidak dicari
kuliah tidak digemari
Ilmu Fardhu ain masih tak beres.

Excellentkah kita?
Nilai akhlak masih tidak beradab
Tutur bicara masih tidak sopan
Prasangka masih menjadi-jadi
Dengki makin membuak-buak
Malah diri masih tidak jujur pada teman.

Excellentkah kita?
Solat acap kali dilewat-lewatkan
Solat tetapi masih diulit kejahatan
Solat wajib sekadarnya saja
Apatah lagi solat sunat.

Excellentkah kita?
Al-Quran makin dipinggirkan
Dibaca tetapi tidak difahami
Apatah lagi untuk beramal
Excellentkah kita?
Amalan soleh tidak dijaga
Amalan toleh menjadi agenda diri
Amalan toleh dibangga
Amalan soleh dipandang sini.

Wahai Puteri Islam
Excellentkah kita?
Pakaian menutupi aurat tidak dinobatkan
Jika bertudung tapi masih berhias
Jika boleh mahu digelar puteri anggun.Wahai Putera Islam
Excellentkah kita?
sunnah tidak dibanggai
hip hop, black metal, jadi pilihan
Yang nampak alim masih bercouple
Handphone teman setianya
Bahasa SMS bukan main puistisnya.
Wahai Putera Puteri Islam,
Bangunlah
Bangun daripada tidur yang panjang
Bangkitlah
Daripada kealpaan diri
Lenyapkan kepalsuan diri
Leburkan kepuraan diri

No comments:

Post a Comment