Amalan Negatif Dalam Organisasi

Amalan Negatif Dalam Organisasi


Semua pimpinan yang telah dipilih dan dilantik menjadi kepimpinan sesi ini perlu menyedari tanggungjawab masing-masing. Berikut disenarai kan 10 amalan negetif dalam organisasi yang perlu dihindari.

1. Merasakan bahawa perkara untuk memggerakkan dan memajukan persatuan terletak atas bahu barisan Exco tertiggi sahaja

2. Lambat bertindak dan melaksanakan arahan yang diterima daripada penasihat atau pimpiman.

3. Suka dan gemar menangguhkan sesuatu tugasan atau kerja tampa sebarang alas an yang munasabah. Jika dilaksanakan tidak menggikut tempoh waktu yang telah ditetapkan.

4. Lazim menghadiri mesyuarat atau pejumpaan dengan “kepala kosong” tampa sebarang adie atau pandangan , hanya menjadi “pendenggar setia” sahaja.

5. Keputusan mesyuarat yang telah ditetapkan tidak dilaksanakan dan tidak dipatuhi

6. AJK tidak berusaha untuk belajar dan megetahui peranan masing-masing , suka bersikap “ tunggu dan lihat sahaja,”

7. Tempoh masa mesyuarat terlalu lama atau panjang.

8. Merasakan diri bukan orang penting atau bukan pimpinan tertingi.

9. Tiada kerjasama daripada semua pimpinan atau cenderung untuk berkerja secara bersendirian.

10. Tidak menghormati pimpinan dan tidak mematuhi arahannya.


Amati 10 perkara di atas, dan bersama-sama menghindarinya. Jika 10 perkara di atas masih berlaku, organisasi PERPPIS yang didokong tidak akan utuh dan mantap. Kemanisan di dalam jamaah atau organisasi juga akan hilang jika perkara di atas menjadi “resepi” anda dalam berorganisasi Sekian wasalam…

10.10.2009

11:30 pagi,

No comments:

Post a Comment