ISTIMEWANYA PERPPIS

ISTIMEWANYA PERPPIS

Bicara hari ini, saya ingin menjelaskan berhubung dengan satu persoalan yang pernah diajukan kepada saya tentang apakah istimewanya menjadi ahli PERPPIS atau apakah kelebihannya menjadi penggerak PERPPIS?

Sebelum saya menjelaskan perkara ini, saya rasa golongan pelajar atau para remaja yang ada hati untuk menjadi anggota keluarga PERPPIS amatlah dialu-alukan, asalkan sudah berumur 13 tahun ke atas dan tidak melebihi 21 tahun. Tiada syarat lain yang bersifat birokrasi serta yang menyulitkan. Paling penting,anda mempunyai minat untuk belajar membina diri dan sedia untuk berubah.

Perkara pertama yang perlu difahami, tentang istimewanya PERPPIS tidak bersifat fizikal semata-mata atau adanya tawaran-tawaran yang bersifat lahiriah semata-mata seperti mendapat kemudahan itu dan ini. Jangan juga terlalu menginginkan adanya peruntukan kewangan yang banyak untuk menjayakan sesuatu program. Jangan juga dibayangi PERPPIS ini satu badan atau persatuan yang cukup sempurna dari segi fizikalnya.

Pada saya, istimewanya PERPPIS akan dapat anda rasai apabila anda berada dalam keluarga PERPPIS bukannya anda berada di luar gelanggang PERPPIS. Keistimewaannya akan dapat anda rasainya jika anda menjadi ahli dan AJK yang menjiwai setiap kerja dan tugasan yang telah diamanahkan atau yang telah diputuskan untuk dilaksanakan. Analoginya mudah, keistimewaan sesebuah taman yang cantik lagi indah akan dapat anda rasai jika anda dapat memasuki taman berkenaan. Anda boleh merasai kedamaian dan ketenangannya ketika berada dalam taman berkenaan. Sebaliknya, anda tidak akan merasai kepuasannya dan istimewanya jika anda hanya melihat gambar atau mendengar cerita daripada orang lain tentang taman berkenaan.

Istimewanya PERPPIS tidak mengajar ahli dan para AJK untuk mendapat dan menjayakan sesuatu dengan mudah dan senang. Semuanya memerlukan ikhtiar,daya usaha,kerjasama (team work), kesungguhan, keberanian, keyakinan serta kemahuan untuk berbuat sesuatu yang makruf. Apabila unsur-unsur berkenaan disepadukan dengan rasa keikhlasan dan tanggungjawab, sudah semestinya akan memberikan natijah yang positif terhadap semua gerak kerja persatuan dan juga kepuasan serta kegembiraan pada hati masing-masing yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Bermula daripada budaya ini, PERPPIS mendidik sahsiah ,serta keterampilan kepimpinan melalui gerak kerja yang dilakukan oleh ahli dan AJK PERPPIS sendiri. Mereka merancang dan merangka kerja, maka merekalah yang akan merasai hasil atau natijahnya.

Perlu diingat, tidak semua pimpinan PERPPIS merasai keistimewaan ini, jika sekiranya ia tidak berperanan, hanya berada di luar pentas, bersikap tunggu dan lihat, dan ibarat seperti “paku dengan penukul” sudah semestinya ia tidak dapat merasai keistimewaan dan kepuasan bekerja dalam PERPPIS. Tidak mustahil akan menyatakan PERPPIS dengan pelbagai label atau ungkapan-ungkapan yang buruk dan negatif. Untuk kepastian , anda bebas untuk mendapat maklumat yang lebih telus daripada mantan PERPPIS sendiri. Hubungi mereka yang anda kenali. Dapatkan maklumat dan pengalaman daripada mereka. Mudah-mudahan ia dapat menyuntik semangat anda untuk berpersatuan bagi membina kualiti diri masing-masing. (Seruan kepada para mantan PERPPIS, anda amat dialukan untuk menghantar apa jua tulisan dan catatan pengalaman sepanjang berada dalam kepimpinan PERPPIS. Dokumentasikan pengalaman anda untuk kepentingan bersama khususnya generasi pelapis PERPPIS.)

Secara, mudah dapat disimpulkan keistimewaan apabila menjadi petugas PERPPIS adalah seperti berikut.

  • Dapat membina sahsiah diri bakat kepimpinan yang islamik.
  • Dapat belajar untuk merancang dan mengatur sendiri aktiviti yang ingin dijalankan.
  • Dapat membina kemahiran sosial, melalui interaksi yang berlaku.
  • Dapat mempraktikkan konsep amal jamai.
  • Dapat memenuhi tanggungjawab sebagai remaja Islam untuk mencetuskan program makruf…
  • Dapat membina pengalaman… dan meningkatkan pemahaman serta fikrah Islam yang sebenar.
  • Melazimkan diri untuk berukhuwah dan berkasih sayang sesama ahli.

Kesimpulannya, keistimewaan PERPPIS sebenaranya tidak dapat dirasai oleh semua orang. Kadarnya juga berbeza-beza dan tidak sama antara seseorang mahupun dalam sesi kepimpinan yang berlainan. Semuannya itu, bergantung pula dengan niat serta keikhlasan para petugas PERPPIS. Moga-moga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan memberi petunjuk-Nya kepada semua petugas PERPPIS.

Sekian, wassalam
29.Oktober,2009/10 Zulkaedah 1430
Khamis (2.00 petang)

4 comments:

  1. Salam Ziarah...buat adik-adik PERPPIS, semoga terus unggul dan Istiqomah. Contohilah pimpinan PERPPIS yang ada dekat dengan hati adik2 semua.

    ReplyDelete
  2. Istimewanya PERPPIS...
    Memang perppis berdiri dgn istimewanya yg tersendiri..kerna istimewa ini jugalah kutemui semula jalanku yang kusangka takkan pernah tercipta buatku lagi.
    Kerna istimewa inilah aku bangun dari segenap kekecewaan yang terpaksa kuteguk selama ini.
    Kerna istimewa ini aku bangun dari segenap kenangan silam yang terkadang menghantui sehingga kini...

    ReplyDelete
  3. medan ini lah...langkaku tercipta..
    menghayati segala kehidupan..
    memaknakan islam sebagai satu cara hidup..
    memaknakan perjuangan menjadi amanahku..
    di medan ini juga aku menemui cinta terindah..
    cinta yang tiada tandingan..
    aku menginginkan semua turut merasanya..
    melalui jalan ini..PERPPIS

    ReplyDelete
  4. salam perantauan buat anak-anak perppis........

    ReplyDelete