- Istiqomah (berterusan) dalam melaksanakan sesuatu gerak kerja yang diberikan
- Tidak mengharapkan ganjaran daripada manusia ataupun makhluk
- Melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh serta tanamkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan gerak kerja yang diberikan.
- Tidak berasa kecewa dalam melaksanakan hasil daripada gerak kerja yang telah dilaksanakan.
- Tetap melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa sebarang jawatan yang disandang
- Melaksanakan tugas tanpa disuruh ataupun dipaksa
- Tidak ada perubahan pada diri walaupun dipuji atau di cela oleh segelintir pihak.
- Sanggup bekerja lebih dengan jangka masa yang panjang
- Tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran
- Tidak mengeluh ataupun gelisah
- Tidak mencari ataupun mencipta alasan
- Tidak berpilih-pilih dalam menghadapi apa jua gerak kerja.
Catatan diatas hasil daripada pengisian usrah organisasi yang disampaikan oleh Penasihat Am PERPPIS
Dicatat
Oleh : ar-rijal
Masa : 9.20 malam (Isnin)
Tarikh :16.11.2009
No comments:
Post a Comment