Azamku 2010

Januari kini datang lagi,
Ku tabahkan hati,
Kuteguhkan diri,
Akan kutempuh azamku ini,
Akan kubuka hati ini,
Untuk mengenali pada Khaliq, Allahu Rabbi,
Akan kuserah diri ini kepadaMu ya Ilahi,
Akan kuteliti tiap detik yang telah berlalu pergi,
Kerana kusedar, hidup ini pasti akan mati.

Akan kuberusaha menempuh masa hadapan,

Dengan menyelokari masa silam,
Kuatkan daku dalam menghadapi dugaan,
Onak dan duri yang penuh dengan kesengsaraan,
Biarpun badai yang datang bertandang,
Kan kuteguhkan iman sebagai sandaran,
Biarpun pahit melanda kenangan,
Akan kumaniskan dengan ketakwaan,
Semoga hidup dan matiku hanya untuk ISLAM...

Nukilan : Syronie Abdullah
Sekolah : Institut Akademik Bakti
Pemenang muslimat acara pertandingan menulis sajak
Program Bulanan 1
30-31 Januari 2010

Lensa XPDC DAKWAH 2009...

Wajah-wajah sebelum berangkat.. (semangat)




Suasana dalam bas



ceria membuahkan ukhuwah



Muslimat.. slamber je...



Khusyuk mendengar taklimat yang terselit kata bicara agama..



KAMI dan Kundasang



muslimat PERPPIS



muslimat PERPPIS



Sembang santai bersama Penasihat Am PERPPIS


Ini pasukan yang lambat makan


Pergambaran dibangunan circle



Tengah makanlah nie...



Solat... (Jurukameranya anak Penasihat)



Ziarah amal



Sesi pergambaran, selepas ziarah amal dijalankan



Kuliah daripada Penasihat



sesat bah kami ni



pulang daa



susun atur barang daa


wow banyaknya barang...

IZINKAN AKU

Izinkan aku berlalu
Dari kisah hidupku yang dahulu
Dari landasan yang penuh dengan debu

Izinkan aku melangkah pergi
Meninggalkan memori silam ku ini
Yang membuatku alpa dan leka
Yang kerap kali menjadi ilusi
Yang menghantui perjalanan hidupku ini

Biarpun berat kakiku melangkah
Biarpun jasadku semakin lemah
Biarpun semangatku acap kali ditarah
Takkan ku undur walaupun selangkah
Akan ku tegar menapak biarpun payah
Walaupun jasad memancutkan darah
Tidak ku ingin hanyut tiada arah


Hanya DIA menjadi saksi
Selamanya DIA menjadi pemerhati
Menilai setiap gerak geri


Aku ini hambaNYA yang lemah
Berkali-kali tersilap langkah
Dalam meniti hidup yang susah
Namun DIA maha pengasih
Dosa menggunung aku tidak disisih
Tetap aku terus dipilih
DikurniaNYA aku hidayah kasih

Lalu apa lagi yang ku tunggu?
Lantas apa lagi yang ku mahu?
lantas apa yang aku nantikan?
Ajal menatang berbekalkan dosa

Namun
Tanpa jemu DIA memanggilku
DigamitNYA aku kembali ke pangku
DijanjikanNYA bahagia untukku disitu

Tiada lagi yang ingin kupinta
Hanya satu, tiada dua
Izinkan aku kembali kepadaNYA
menjadi hamba abdi memberi jiwa raga
kepada DIA yang Maha Kuasa

Bersama kasih hambanya aku menderita
dipalit dengan dosa dan noda
Bersama denganNYA tiada sengsara
Menjadi milikNYA aku bahagia

oleh : imtiyazkhairunnisa
tarikh : 30/01/2010 (2.06 petang)
tempat : pejabat

Pesanan buat sahabat semua ...



Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya

Renungkan maksud tersebut...
Muhasabah kembali diri adakah kita jaga akhlak dan perilaku kita selama ini??
Jadikanlah Rasulullah itu sebagai contoh Qudwatun Hasanah..
Adakah kita menjadikan Quran dan Sunnah itu sebagai pegangan dan peneman hidup di kala suka dan duka?
Jauhi IKHTILAT (percampuran antara lelaki dan perempuan !!
Jadikanlah ISLAM ITU SATU CARA HIDUP ...
Marilah bersama kita berusaha munuju Reda Ilahi
Mari bersama kita berazam memperbaiki diri..
Semoga kita menjadi insan yang diredaiNya..

Nukilan : Zahra_Nisa
Masa : 1.53 pm
Tarikh : 28 Januari 2010


SAY NO TO VALENTINE!!!
Remember,
It is not our festive,
Don't get easily fooled by those the West,
We are a pure Muslim,
Don't ever get fooled easily,
Wake Up!!
Don't sleep !!
Top Up your Faith (Iman),
Seed your soul with Quran and Sunnah,
Repent those the wrong things you had done,
Be grateful for what Allah have given to you,
Say No To Couple!!
There is no true and more faithful relationship that Allah mostly blessed than a husband and wife relationship..
Remember that my fellow friends....

Never get involve in this festive of Valentine as history had shown that this festival was held in order the lose of Islamic army.

From : Zahra_Nisa'
Date : 27 January 2010
Place: Pejabat
Time : 5.50 PM

MESYUARAT YANG BERKUALITI


Bicara Penasihat pada kali ini, ingin menyentuh perihal mesyuarat PERPPIS yang telah berlangsung pada 24 Januari 2010 jam 2.15 petang. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh semua ajk PERPPIS apabila menghadiri dan mengendalikan mesyuarat supaya mesyuarat berkenaan ada kualiti dan dapatmenghasilkan natijah yang positif kepada persatuan dan juga pembinaan peribadi petugas PERPPIS.

Pertamanya, cikgu ucapkan tahniah atas kehadiran para AJK yang melebihi korum untuk bermesyuarat dan semua AJK dapat hadir awal sebelum mesyuarat bermula. Tahniah sekali lagi, dan sikap ini diharap dapat dikekalkan setiap kali menghadiri mesyuarat. Selain itu, idea dan pandangan beberapa AJK semasa bermesyuarat amat baik dan memperlihatkan kematangan dan ada wawasan untuk memikul amanah sebagai aktivis Islam yang cemerlang. Tahniah atas keberanian anda dalam hal ini.

Terdapat beberapa kelemahan yang cikgu rasa perlu para AJK PERPPIS ketahui dan dapat dibaiki apabila mengendalikan mesyuarat yang akan datang.

1. Mesyuarat berlangsung terlalu lama menghampiri 2 jam. Lazimkan bermesyuarat dalam tempoh 1 jam 30 minit sahaja.

2. Agenda mesyuarat terlalu banyak.

3. Setiap agenda mengambil masa terlalu panjang sehingga meleret-meleret bercakap hal yang tidak penting.

4. Tidak semua AJK yang memberi pandangan. Masih ada yang menjadi pendengar setia sahaja.

5. Aktiviti yang ingin dibincangkan tidak disediakan maklumat asas. Semasa mesyuarat baru hendak difikirkan perkara-perkara asas dan teknikal.

6. Terdapat AJK yang hadir mesyuarat dalam keadaan yang tidak bersedia. Datang dengan otak kosong.

Berikut ,cikgu gariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan bagi memastikan mesyuarat yang akan datang lebih berkualiti dan bermakna.

1. Surat panggilan mesyuarat mesti dikeluarkan sekurang-kurang dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat bermula.

2. Agenda mesyuarat mesti ditetapkan seperti berikut;

a.Ucapan Pengerusi mesyuarat. (3 minit)

b.Pengesahan minit mesyuarat yang lalu. (2 minit)

c.Perkara berbangkit (5 minit)

d.Laporan Kewangan (10 minit)

e.Laporan aktiviti lalu (jika ada) (10 minit)

f.Aktiviti semasa (agenda utama) (40 minit)

g.Hal-hal lain. (15 minit)

h.Penutup (5 minit)

3. Semua AJK mesti membuat persediaan sebelum datang mesyuarat, terutama yang ada tugas yang ingin dibentangkan kepada ahli mesyuarat.

4. Mulakan mesyuarat dengan doa selepas bacaan surah al fatihah. Buat penggiliran tugas untuk memimpin doa berkenaan.

5. Pegerusi mesyuarat hendaklah dilakukan secara bergilir antara EXCO PERPPIS.

6. Selepas 7 hari daripada tarikh mesyuarat, minit mesyuarat mesti dipaparkan pada papan kenyataan PERPPIS dan satu salinan dalam fail.

7. Perkara dasar dan yang penting perlu dimaklumkan kepada Penasihat Am dengan kadar segera.

8. Semua EXCO PERPPIS dan HEPI PERPPIS mesti mengadakan mesyuarat EXCO sebelum 7 hari mesyuarat jawatankuasa bermula.

Cikgu, mengharapkan perkara di atas diambil perhatian dan tindakan oleh semua AJK PERPPIS. Mudah-mudahan mesyuarat yang anda jalani akan lebih bermakna dan berkesan. Yang utama laksanakan kerja yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat tidak ada maknanya jika gerak kerja tidak berlaku selepas mesyuarat berakhir.Jika itu yang berlaku, anda sekalian dianggap sebagai orang yang sentiasa beretorik semata-mata. Fikirkan hal ini, mudah-mudahan mesyuarat PERPPIS akan menjadi medan ilmu,informasi serta mendapat reda Ilahi.

Sekian, wassalam.

11 malam (24 Januari 2010/10 Safar 1431)


apa tunggu lagi....jom sama-sama kita berikan santapan kepada rohani.

Kursus Amal Islami Ke-16 2009


Syukrulillahi kathira....jiwa dan jasad bersatu menyembah ke hadrat Allah s.w.t kerana telah menguatkan jasad kami untuk terus menjayakan Kursus Amal Islami Kali Ke-16.Kursus yang telah berlangsung pada 16 Disember dan berakhir pada 20 Disember 2009 telah merakamkan 1001 kenangan. Sorotilah foto-foto kenangan berikut.


Para peserta, Ajk dan fasilitator yang telah
menjayakan program

Sesi Latihan Dalam Kumpulan


Peserta khusyuk mendengar kuliah Maghrib















Sebahagian dari sesi "Explorace"















Muktamar Sanawi Ke-26























SrikandiTaqwa
Bilik Gerakan
24 Januari 2010

KEINDAHAN YANG ADA DALAM USRAH
Rasulullah perna membuat usrah, semasa baginda diangkat menjadi pesuruh ALLAH. Baginda telah menjadikan rumah sahabat nya sebagai tempat ber USRAH. masa itu Baginda menyebarkan islam secara sembunyi-sebunyi di MEKAH. Antara pengikut-pengikut Baginda ialah orang miskin dan hamba abdi. Rasulullah menjadikan usrah sebagai pembinaan iman-iman ahli usrah nya. sehingga ada kisah di mana ahli usrah Baginda di seksa iaitu Bilal r.a sahabat Baginda di suruh oleh tuhan nya agar tidak bersaksikan keda Allah yang maha esa dan nabi Muhammad sebagai Rasulnya. Namun Bilal tetap mempertahankan SYAHADANYA walaupun di rejam dan di letakkan batu yang besar di dada nya. begitulah kesan Usrah kepada Ahlinya.............
USRAH mempunya tiga rukun antaranya ialah:
1)takruf
2)tafahum
3)takaful

takrum atau icebreking(suai kenal)adalah untuk membina hubungan antara satu kumpulan usrah. Di mana ia mesti ada satu ketua yang di panggil sebagai nakib. Nakib bertanggungjawab atas kesemua ahli nya. Dalam sebuah perbincangan untuk memberi santapan rohani dan jasmani kepada ahli.
tafahum atau kesefahaman akan terjalin apabila ahli sudah bertakruf dan telah mengadakan usrah. Kesefahan amat penting dalam sebuah keluarga agar ukuwah terus membara.dengan kesefahaman juga akan wujud nilai kasih sayang dan cinta antara ahli keluarga. di situ adanya nasihat menasihati, ingat mengigati, tunjuk ajar,dan sebagainya.
takaful bermaksud kumpul atau kumpulan...bila di katakan kumpulan ianya bermaksud ramai dan tidak jadi usrah itu bila berdua sahaja.

itu sahaja yang mampu saya tulis di sebab kan keterbatasan ilmu yang saya miliki.

by:syabab kuhara

Sambutan Hari Kekasih Salah di Sisi Islam


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan maksud firman Allah s.w.t

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. ” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Pa

deri yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39


Oleh : Ar-Rijal

Tarikh : 21/01/10 (11.26am)

Tempat: Bilik Gerakan