Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Ali Bin Abu Talib berkata:
Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah SAW bersabda kepadaku,mewasiatkan 13 kebaikan khusus untukku.Antaranya:
  1. Wahai Ali,takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang,maka dia mendapat laknat,di jari telunjuk & di jari tengah.
  2. Wahai Ali janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk & di jari tengah. Sesungguhnya itu adalah perbuatan Kaum Lut.

  3. Wahai Ali,sesungguhnya Allah mengagumi hambanya yang melafazkan istighfar;Rabighfirli fainnahu layaghfirul zunuba illa anta(Tuhanku,ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).Allah lalu berfirman: Wahai malaikat-Ku,sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang menagampunkan dosa melainkan Aku.Wahai malaikat-Ku jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia.

  4. Wahai Ali,takutilah engkau daripada berdusta.Bahawasanya berdusta (kazzab) itu menghitamkan muka,manakala berkata benar (siddiq) itu memutihkan muka.

  5. Wahai Ali,peliharalah diri engkau daripada mengumpat & mengadu domba kerana orang yang berbuat demikian itu diwajibkan seksa kubur ke atasnya serta menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

  6. Wahai Ali,janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta / benar,kecuali dalam keadaan darurat. Sesungguhnya Allah tidak mensucikan & tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

  7. Wahai Ali,janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah SWT mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


  8. Wahai Ali,takutilah engkau daripada pertelingkahan kerana perbuatan itu pada awalnya jahil dan akhirnya penyesalan.

  9. Wahai Ali,sentiasalah engkau bersugi & mencuci gigi. Bahawasanya,bersugi itu mensucikan mulut,mencerahkan mata & diredai Allah. Sebaliknya mencuci mulut itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat tidak senang dengan bau mulut akibat tidak mencuci mulut selepas makan.

  10. Wahai Ali,janganlah engkau melayani perasaan marah.Sebaliknya duduklah dan fikirkanlah mengenai kekuasaan & kebesaran Allah SWT.

  11. Wahai Ali,perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri & keluargamu. Nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

  12. Wahai Ali,apa yang engkau benci & kasihi pada dirimu,maka engkau bencikan & kasihkan juga pada diri saudara engkau.Yakni berlaku adil dalam memberi hukuman.Oleh itu,engkau dikasihi seluruh isi langit & bumi.

  13. Wahai Ali,berlaku ihsanlah di antara penduduk (jiran)sekampung & di antara ahli rumahmu.Hiduplah dengan rasa persahabatan & kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali,peliharakanlah pesananku(wasiatku).Engkau akan peroleh kemenangan & kelepasan.Insya-Allah.

Oleh: nUr A!sY

Tarikh: 13.02.2010/28 Safar 1431 (10.30 am)

No comments:

Post a Comment