21 Bencana Lidah





  1. Menggunakan lidah untuk menghina Allah, para malaikatNya, para nabiNya, kitab-kitabNya dan segala yang berkaitan dengan agamaNya.


  2. Terlalu banyak bertanya sehingga melibatkan soalan-soalan yang boleh menjejaskan aqidahnya, seperti soalan : “ Sekiranya Allah menjadikan kita, siapa pula yang menjadikan Allah ?.”


  3. Sibuk memperkatakan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan diri kita.


  4. Terlalu banyak bercakap sehingga memperkatakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Ia juga merupakan tanda lemahnya iman seseorang.


  5. Suka memperkatakan tentang keburukan, keaiban dan kelemahan orang lain atau dalam kata lain suka mengumpat.


  6. Suka memperkatakan perkara yang bathil termasuk suka menambah percakapan orang lain yang akhirnya mendatangkan dosa dan maksiat.


  7. Suka menimbulkan suasana perbalahan sehingga sanggup menegakkan benang yang basah.


  8. Suka menimbulkan pergaduhan akibat daripada perbalahan mulut yang berkesudahan dengan permusuhan.


  9. Suka bercakap dengan nada sombong dan takabbur.


  10. Suka bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.


  11. Suka melaknat orang lain atau organisasi lain termasuk melaknat binatang.


  12. Terlalu banyak menyanyi dan berhibur, sehingga melupakan tugas dan ibadah yang lebih utama termasuk lupa untuk berzikir kepada Allah.


  13. Terlalu banyak bergurau senda sehingga menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak, kecuali gurauan yang benar seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.


  14. Suka menghina orang lain atau organisasi lain dengan menganggap dirinya atau organisasinya lebih baik dan lebih sempurna.


  15. Suka mengingatkan orang lain tentang perkara yang mendatangkan keaiban kepada dirinya di hadapan orang lain, seperti menceritakan kembali perlakuan buruk yang pernah mereka lakukan dengan tujuan untuk memalukannya.


  16. Suka membuka rahsia orang lain atau organisasi lain yang menyebabkan mereka menjadi malu, sedih, terancam nyawanya dan lain-lain lagi.


  17. Suka bercakap bohong kecuali dalam dua keadaan iaitu dengan tujuan mendamaikan dua orang yang sedang bergaduh, menyelamatkan nyawa seseorang yang sedang terancam dan mendamaikan antara dua atau lebih isteri bagi mereka yang berkahwin lebih dari seorang.


  18. Suka berjanji tetapi tidak ditepati atau ditunaikan atau dikenal sebagai janji dusta.


  19. Suka melakukan fitnah terhadap diri atau organisasi lain, sehingga menimbulkan suasana huru hara dan kacau bilau.


  20. Lidah bercabang yang merupakan salahsatu daripada ciri-ciri orang munafik.


  21. Terlalu banyak memuji seseorang atau organisasi sehingga melebihi realiti yang sebenar dengan tujuan-tujuan tertentu.


No comments:

Post a Comment