Jaga pandangan mata...

Pernah seorang kawan bertanya : “ sanggupkah kita menjaga diri kita dari dosa selama 1 jam ? “ pertanyaan tersebut disampaikan secara main-main, tetapi maknanya cukup dalam.

Kita bayangkan sejak bangun tidur pagi sampai mahu tidur malam siaran tv dirumah sudah menayangkan gambar-gambar yang mempertontonkan aurat baik lelaki mahupun wanita, begitu juga keluar rumah, kita banyak melihat wanita dijalan yang sengaja tidak menutup aurat dengan sempurna dengan berpakaian "atas turun bawah naik" kata petikan ceramah dari ustaz Muemin semasa program bulanan tahun lalu. Bahkan kalau kita sedang menaiki kenderaan umumnya. tidak mungkin kita berpaling.

kita tahu bahwa mempertontonkan dan melihat aurat yang bukan muhrim sangat dilarang oleh agama, dan Allah S.W.T. telah menurunkan firmannya, antara lain dalam :

Surah At Tahrim ayat 6
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Surah Al A’raaf ayat 26
Hai anak Adam [01] , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa [02] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

[01]. Maksudnya ialah: umat manusia
[02]. Maksudnya ialah: selalu bertakwa kepada Allah.

Surah An Nur ayat 30
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah Al Israa’ ayat 36
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan.

Dan lain-lainya nya, yang berisi pemberitahuan, contoh-contoh dan larangan serta hukumannya bila kita melakukan dosa ( maksiat ) terhadap Allah.

Rasulullah SAW, juga bersabda dalam hadisnya :

1. Perbuatan dosa mengakibatkan celaka terhadap orang yang bukan pelakunya. Kalau dia mencelanya maka boleh terkena ujian (cubaan). Kalau menghinanya dia berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya. (HR. Ad-Dailami)

2. Dari Abu Hurairah ra. Dari Nabi saw., beliau bersabda : “ Telah ditentukan bagi anak Adam ( Manusia ) bahagian zinanya, dimana ia pasti mengerjakannya. Zina kedua mata adalah melihat, Zina kedua telinga adalah mendengar, Zina lisan adalah berbicara, Zina tangan adalah memukul, Zina kaki adalah berjalan, serta Zina hati adalah bernafsu dan berangan-angan, yang semuanya itu dibuktikan atau tidak dibuktikan oleh kemaluan ( HR. Bukhari dan Muslim )

3. Saidina Ali Ra berkata: "Rasulullah menyuruh kami bila berjumpa dengan ahli maksiat agar kami berwajah masam." (HR. Ath-Thahawi)

4. Bagaimana kamu apabila dilanda?

lima perkara Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.
(1) Jika perbuatan maksiat dalam suatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabak dan penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.
(2) Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan. Kalau bukan kerana binatang-binatang ternak tentu hujan tidak akan diturunkan sama sekali.
(3) Jika suatu kaum mengurangi sukatan dan timbangan maka Allah akan menimpakan musibah beberapa waktu, kesulitan dan kezaliman penguasa.
(4) Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah maka Allah akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.
(5) Jika mereka mensia-siakan Kitabullah dan sunah Nabi maka Allah menjadikan permusuhan di antara mereka. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

5. Tiada seorang berzina selagi dia mukmin, tiada seorang mencuri selagi dia mukmin, dan tiada seorang minum khamar pada saat minum dia mukmin. (Mutafaq’alaih)

Penjelasan:
Ketika seorang berzina, mencuri dan minum khamar maka pada saat itu dia bukan seorang mukmin.

7. Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk kerap, penderhaka terhadap kedua orang tua, dan orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya (ertinya, merelakan isteri atau anak perempuannya berbuat serong atau zina). (
HR. An-Nasaa’i dan Ahmad)

8. Dari Abu Sa’id Al khudri ra. Dari Nabi saw., beliau bersabda : “Jauhilah oleh kamu duduk dijalan-jalan.” Para sahabat berkata : “ Wahai Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan tempat duduk kami (dijalan) yang kami gunakan untuk berbincang.” Rasulullah saw bersabda : “ Apabila kamu enggan untuk tidak duduk disana, maka penuhilah hak jalan itu” Para sahabat bertanya : “Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “iaitu memejamkan mata, membuang kotoran, menjawab salam, serta menyuruh berbuat baik dengan mencegah kemungkaran.” (
HR. Bukhari dan Muslim )

Setelah membaca ayat-ayat Allah dan hadis Rasulullah saw., maka perlu kita renungkan, mampukah kita menjaga diri kita, keluarga, jiran, rakan-rakan serta masyarakat di sekeliling kita dari pandangan maksiat?

Jawapannya tentu ada dalam diri kita masing-masing, tentunya kita selaku hamba-Nya akan terus berusaha untuk melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya, Amiin...

Penulis: Jiwa Perindu syahid... (Syabab PERPPIS Tawau)
Tarikh: 14 Jamadilawal 1431H / 29 April 2010 (Khamis)
Masa: 12.30 pm

Sumber Rujukan: I luv Islam, Halaqah, Facebook, buku penulisan Dr. Danial Zainal Abidin (Minda Muslim SUPER), Al-Quran terjemahan dan (himpunan hadis sahih) oleh DRS. Abdul Ghani Azmi Haji Idris...

Mengapa aku dihidupkan didunia...

Aku dihidupkan............:

1) Untuk sujud menyembah Allah
Firman Allah dalam Surah Al-Bayyinah: ayat 5 yang bermaksud;
"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-NYA semata-mata kerana (menjalankan) agama dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)"
(Surah Al-Bayyinah :ayat 5)

2) Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi ini...
Ketika Allah S.W.T mula menyatakan kehendakNYA untuk menjadikan nabi Adam A.S di hadapan malaikat. Dia (Allah) telah menyebutkan status makhlukNYA itu sebagai Khalifa Fil Ard (Khalifah di muka bumi).

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 30 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah........."
(Surah Al-Baqarah: ayat 30)

3) Untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan......
Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali 'Imran: Ayat 8 dan 9 yang bermaksud:
"(Mereka berdoa), "Ya Allah, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"
(Surah Ali 'Imran : ayat 8)

"Ya Allah, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya. Sungguh Allah tidak menyalahi janji"
(Surah Ali 'Imran: ayat 9)

4) Allah tidak jadikan aku sia-sia...
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Mu'minun: ayat 115 yang bermaksud:
"Maka apakah Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Surah Al-Mu'minun:ayat 115)


Nabi S.A.W bersabda, "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari"


Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..


Penulis: Jiwa Perindu syahid... (Syabab PERPPIS Tawau)
Tarikh: 14 Jamadilawal 1431H / 29 April 2010 (Khamis)
Masa: 01.00 am

Pakaian Halal @ Haram


HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Kebanyakan remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Diharap kita berhentilah daripada melakukan kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Oleh : Kump. Zinnirah

Diadaptasi daripada : Mymetro Tazkirah


Solat & kategori jenis manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.


Oleh : Kumpulan Perppis_Zinnirah

05.28 p.m

21 April 2009

Eskalator

Eskalator merupakan sejenis perkhidmatan awam yang cukup terkenal. Ke mana sahaja kita pergi terutama di pusat membeli belah, lapangan terbang,hotel ataupun bangunan awam, eskalator pasti ditemui.

Tahukah rakan-rakan,menurut rekod pada tahun 2004 di Amerika Syarikat terdapat lebih 30 000 eskalator?

Di Malaysia eskalator popular digunakan untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan lebih cepat dan selesa.

Di Jepun,pengguna eskalator sangat tertib menggunakannya.Mereka akan beratur dengan tersusun di bahagian kiri eskalator dan di bahagian kanan pula di kosongkan bagi memudahkan pengguna yang ingin berjalan dengan cepat.Kita patut mencontohi tindaan yang baik ini.

Eskalator mula dipatenkan pada tahun 1859 oleh Nathan Ames.Pada 1899,Charles Seeberger pula mengkomersialkannya.

Eskalator terpendek di dunia berada di pusat beli belah Okadaya Mores,Kawasaki,Jepun iaitu sepanjang 32.8 inci atau 83 sentimeter.

Eskalator terpanjang pula dicatatkan di Moscow Metro,Rusia dengan jarak mencecah 410 kaki atau 120 meter atau 740 langkah.