WARKAH BUAT ADAM



Warkah buat ADAM....

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa kaum hawa.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah.

Kerana mereka memang diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia, kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian Rabb..

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.

Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan.

Tanpa iman, ilmu, akhlak mereka tidak akan lurus.

Bahkan semakin membengkok.

Itulah hakikat andai wanita tidak mengenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.

Tapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya.

Jinakkan diri kepadaNya.

Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu.

Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra’..

Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah…..


Oleh: Bendahari PERPPIS

No comments:

Post a Comment