LAWATAN AMAL PERPPIS KE HOSPITAL BESAR TAWAU.
Dalam perjalanan menuju ke Hospital besar.....

ketibaan aktivis perppis diperkarangan Hospital Besar Tawau...


Ajk diberikan taklimat sebelum melawat disetiap wad...





Para ajk memberikan sedikit cendera hati kepada pesakit...




Presiden PERPPIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penolong Pegawai Perubatan Hospital Besar Tawau, Haji Bacho yang sudi membenarkan pihak perppis mengadakan lawatan..



InsyAllah....program yang sebegini akan diteruskan dan mudah-mudahan mendapat berkat disisi Allah s.w.t. ....Program ini juga merupakan salah satu dakwah perppis dibumi Tawau,selain membuat program ibadah yang lain...Nantikan program yang seterusnya daripada PERPPIS BAHAGIAN TAWAU.

Amalan Sunat Di Bulan Ramadan


1. Menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu maghrib.Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.


Hadis Qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku yang paling aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka." (Riwayat:Imam Ahmad dan Tirmidzi)


"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." (HR Bukhari Muslim)


"Apabila makanan telah dihidangkan , maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." (HR Bukhari Muslim)


2. Membaca doa ketika berbuka

ertinya:


"Ya Allah, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman,dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, di sertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih."


3. Melambatkan makan sahur


Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: "Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit"

(Riwayat: Imam Ahmad)


4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.


Solat tarawih pada setiap malam Ramadhan dan witirnya.


5. Mulai malam 15 Ramadhan sampai akhir bulan, membaca doa qunut pada rakaat akhir solat witir.


6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.


7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.


8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadhan.


"pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadhan ), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain".


9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadhan.


Dalam suatu hadis yang bermaksud:


"Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadhan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama."


10. Memperbanyakkan sedekah.


Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta,makanan,pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah paling ringan.


11. Menjamu orang-oarang yang berbuka puasa.


Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.


12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.


13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.


14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kerana mengharap keredhaan Allah SWT.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadhan kerana iman dan mencari keredhaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni".



Tips pelajar cemerlang

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


Oleh : Kump. Zinnirah


Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah :

  • Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.
  • Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
  • Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.
  • Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
  • Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.
  • Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.

Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan. Semoga berjaya mencapai redhaNYA.......

Info Sihat (Kanser Servik)

Apakah itu kanser servik?

  • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
    • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
    • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk menghidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% daripada kematian wanita yang menghidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih daripada 5 orang
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
  • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

Mencegah lebih baik dari merawat.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Setia pada pasangan anda.
Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Nama : Kump. Zinnirah
Masa : 05.08 petang

Rindu Ini Wajib Diperjuang!

Rindu ini semakin merantai diri,
Semakin mencengkam sanubari,
Meski ramai yang mencemuh,
Meski sejuta yang menghalang,
Aku tetap dengan pendirian,
Rindu ini perlu dipertahan,
Rindu ini wajib diperjuang!

Rindu ini semakin kerap menjengah,
Mengundang pelbagai persoalan dalam diri,
Mengapa aku yang terpilih?
Adakah aku mampu menggalasnya?
Jauh di sudut hati terpendam rahsia hati,
Rindu ini mesti diluah dengan perbuatan,
Rindu ini mesti diucap dengan kata-kata,
Bulat tekadku,
Rindu untuk berjuang di jalanNYA mesti diperjuang,
Rindu untuk syahid di jalanNYA wajib diperjuang!

Nukilan,
Pemburu Jannah
20 Julai 2010

Bila Berbicara Soal Kebaikan

Kebaikan. Sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia. Sekalipun manusia yang jahat, pasti dia juga inginkan kebaikan buat dirinya. Sekalipun manusia itu sering menganiayai manusia lain dan melakukan kejahatan terhadap orang lain, ia tetap tidak suka dan benci orang lain melakukan kejahatan kepada dirinya. Itulah dia, fitrah manusia, inginkan kebaikan. Ingin menjadi baik dan sukakan kebaikan.

Kalau begitu, kenapa masih ramai yang melakukan kejahatan? Menzalimi diri sendiri dan orang lain? Apakah kebaikan itu sendiri sudah dibenci sehingga kejahatan itu diimpi-impikan? Fitrah manusia itu baik, namun ia boleh berubah dan bertukar arah tatkala dirinya dibelenggu nafsu, digoda syaitan.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Yaasin: Ayat 60)

Syaitan. Makhluk yang paling ingin melihat kehancuran bagi umat manusia. Sejak azali sampai bila-bila. Sampai kita bertemu Tuhan dan sampai kita terjerumus ke dalam neraka bersama-samanya. Saat itu ia berlepas diri daripada kita kerana dia juga akan dibelenggu Tuhan. Saat itu kita bakal menyesal dan tidak ada lagi jalan keluar. Bila berbicara soal, kebaikan, semua orang suka, semua orang nak. Tapi tak semua orang betul-betul mengimpikan kebaikan itu dalam ertikata yang sebenar. Kebaikan sebenar itu adalah hidup berlandaskan aturan Tuhan, Allah dan Rasul, Muhammad.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.”
(At-Tiin: Ayat 4-6)


Iman. Ada naik dan ada turunnya. Ada saat kita merasa dekat dengan syurga, ada ketika kita merasa paling layak dihumban ke neraka. Saat iman itu memuncak, kebaikan menjadi bunganya. Saat iman itu lebur dengan dunia, kejahatan bertakhta dan manusia menjadi gila, hilang pegangan dan hilang tujuan. Maka tidak ada yang dapat menjadi sebab agar kebaikan itu tersebar ke seluruh pelosok dunia, melainkan iman. Yang benar dan teguh, yang mantap dan kukuh. Kalau iman itu menjadi nyawa kepada kehidupan, maka kebaikan akan menjadi buah yang dapat dinikmati bersama. Namun iman itu disertai amal soleh, ada pahala tak putus-putus yang menanti di penghujungnya.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.
(At-Taubah: Ayat 105)


Bicara. Ramai orang suka berbicara, tapi hakikatnya dia sendiri tak pernah peduli dan tak pernah berusaha untuk merealisasikan kebaikan. Saat melihat orang melakukan kejahatan, dia bicara lebat, ingin menunjukkan dirinya hebat dan paling baik di dunia. Tapi saat dirinya sendiri terjebak ke dalam kejahatan, kes ditutup, biar saja terpadam. Tak mahu diterima kritikan dan nasihat orang lain. Di satu sudut, ada manusia yang hanya inginkan kebaikan. Di satu perspektif yang lain, ada segolongan insan terpilih yang maju ke hadapan dan berusaha menyebarkan kebaikan dan memperjuangkannya. Dia sendiri baik, dan dia ingin semua manusia menjadi baik. Dia tidak peduli berapa ramai yang menjadi baik dengan usahanya, namun dia sentiasa merenung setakat mana dia telah bertungkus lumus untuk menyampaikan mesej kebaikan.

Bila berbicara soal kebaikan, ia adalah indah. Namun bila bicara itu dibawa ke dalam kehidupan, ia menjadi mencabar, tak mudah. Kesimpulannya, jangan hanya bicara tentang kebaikan, bekerjalah untuk menyebarluaskan kebaikan dan memastikan manusia menjadi baik. Memperjuangkan kebaikan itu bertitik tolak daripada perjuangan iman, untuk Allah dan Rasul, juga demi menentang Syaitan, musuh manusia paling nyata.

Wallahua’lam.


FITNAH DARI ABAD KE ABAD

SEJARAH kegemilangan Islam dalam masa 23 tahun dalam masa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan dua khalifah iaitu Abu Bakar dan Umar, ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang gilang gemilang untuk dijadikan tauladan bagi umat Muhammad yang baru sahaja bangun dari tidur yang lama.

Ada pun sejarah sesudah itu, iaitu sesudah terbuka pintu fitnah yang menimbulkan perpecahan umat Muhammad sehingga berbunuh bunuhan sesama sendiri dan ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang tidak banyak dapat dijadikan teladan, malah sebaliknya pula daripadanya sepatutnya dijadikan sempadan.

Sejarah umat Islam ini berterusan dari babak ke babak melalui abad ke abad sehingga umat Islam tidur nyenyak berabad abad lamanya. Kerana itu kita tidak merasa perlu bagi kita meninjaunya kembali jesteru kerana telah jelas yang menyebabkan terjadinya begitu adalah mainan Yahudi dan juga mainan Iblis dengan tentera syaitannya yang tidak jemu jemu memutarkan hati manusia dengan berbagai bagai fitnah iaitu adu domba dengan memecah belah manusia.

Dalam hal ini Rasulullah telah meninggalkan satu peringatan seperti yang dicatatkan oleh ahli ahli hadith seperti Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Hudzaifah: satu ketika kami duduk bersama sama Umar, tiba tiba ia bertanya siapakah diantara kamu yang mengingati kata kata Rasulullah mengenai fitnah?
Jawabku: saya mengingati seperti yang dikatakan, berkata Umar: memang anda berani.

Lalu saya pun berkata: fitnah adalah ujian terhadap seseorang mengenai keluarga, harta, anak dan tetangganya yang dapat ditebus dengan solat, puasa,sedekah, amar makruf dan nahi mungkar.

Berkata pula Umar: bukanlah itu yang saya maksudkan, tetapi fitnah yang bergelombang bagaikan laut.
Umar bertanya lagi: adakah pintu itu dibuka atau dipecahkan.

Lalu berkata Umar: jika begitu apabila terbuka tidak akan tertutup selama lamanya.
Kawan kawan Hudzaifah bertanya, apakah Umar mengetahui bahawa dia adalah sebagai pintunya?
Dijawab oleh Hudzaifah: ya, ia mengetahui seperti mana diketahuinya semalam itu adalah sebelum hari ini. Sesungguhnya saya tidaklah mencerikan cerita kosong.

Sewaktu diminta penjelasan oleh kawan kawan Hudzaifah melalui seorang yang bernama Masruq maka dijelas oleh Hudzaifah: Pintunya Umar Al Khatab

Daripada riwayat atau cerita yang diceritakan oleh Hudzaifah, kita dapat memahami bahawa fitnah yang besar dibayang sebagai gelombang dan ombak yang menggulung dilautan sudah tentu melanda umat Muhammad selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w..

Adapun peristiwa yang dikatakan bagaikan gelombang dilaut itu ternyata telah pun terjadi dimulai dengan pembunuhan Uthman Al Affan dan terjadi peperangan diantara Aisyah dan Ali dan berlanjutan kepada peperangan Ali dengan Muawiyah dan berlarut larut sehingga beberapa lama.

Tidak syak lagi semuanya adalah menunjukkan fitnah yang besar terhadap umat Muhammad jesteru kerana puluhan ribu muslim menjadi korban kerananya hujung daripada kejadian ini sistem pemerintahan Islam tidak lagi berjalan seperti biasa iaitu ketua muslimin dipilih dari golongan yang baik yang bergelar Khalifah atau Amirul Mukminin atau pengertian zaman sekarang iaitu digelar Presiden.

Bagaimana pun juga itulah dia sejarah yang saya katakan sejarah umat Islam yang dimulakan oleh Nabi Muhammad kemudian disambung oleh Abu Bakar dan Umar dengan segala catatan kejayaan mereka yang telah menetapkan asas sebuah negara, kerajaan yang belum dapat dimasuki oleh jarum orang Yahudi.

Sesungguhnya banyak sekali hadith hadith yang diriwayatkan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata kata Rasulullah, dan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Umar yang menerima agama Islam hasil daripada dimakbulkan oleh Allah doa Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah yang mulia, Abu Bakar yang lembut, Umar yang keras sekali perwatakannya lambang sari Imam. Islam dan kasih sayang sepanjang perkembangan Islam, dan kerana itulah ketiga tiga mereka di kuburkan berdampingan , saya katakan sebagai ibu sejarah Islam yang merupakan contoh untuk kita menggerakkan kembali perjuangan mengembangkan dan menegakkan agama Islam ini.
Perjuangan Islam telah pun bermula kembali sejak seratus tahun yang lalu. Seratus tahun itu bagi kita hanyalah baru sekadar setahun sahaja dalam ukuran sejarah kebangkitan agama Islam. Dalam hal ini umat Islam hendahlah tidak melupakan kata kata peninggalan Nabi Muhammad s.s.w. yang bermaksud: ‘Permulaan Islam adalah terasing (gharib) dan akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang orang yang terasing itu’.
Sekarang umat Islam bangun dari tidur, dan bila mana seruan kembali kepada Allah dan Rasul nya dicanangkan, mujahiddin zaman kebangkitan semula ini sudah tentu menemui apa yang ditemui oleh para mujahiddin di zaman permulaan, sekali pun keadaannya tidak sama oleh zaman, namun kenyataan dalam lapangan adalah sama sahaja menurut sejarah.

15 AMALAN MEMBINA PERIBADI MUSLIM

1. Sedapat-dapatnya berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.

2. Solat 5 waktu tepat pada masanya dan berusaha solat tahajjud serta solat sunat yang lain (Qiamulailil, solat hajat dan lain-lain).

3. Kurangkan waktu tidur dan perbanyakkan membaca Al-Quran.

3. Perhatilah dan tepatilah setiap janji anda.

4. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin.

6. Hindarilah tempat maksiat dan janganlah menganjurkannya.

7. Berpakaian secara sederhana.

8. Banyakkan melakukan aktiviti sukan untuk kesihatan jasmani.

9. Perbanyakkan membaca buku-buku Ilmiah (agama,sains,politik dan lain-lain)

10. Pelajarilah pelbagai ilmu yang memanfaatkan.

11. Pelajari bahasa arab untuk mempermudahkan kita mendalami dan menghayati pembacaan Al-Quran.

12. Sentiasa menghisab (mengingati dan menginsafi) segala amalan perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan.

13. Sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita terima dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai amalan harian.

14. Ikutilah setiap perkembangan umat Islam diseluruh pelusuk dunia dan senantiasa mendoakan akan kesejahteraan mereka.

15. Jadikan amalan berdoa dan berzikir kepada Allah sebagai perkara rutin dan harian tak kira waktu kerana sesungguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang tidak lekang bibirnya untuk menyebut namaNya dan meminta kerahmatanNya .

Semoga kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dengan amalan ini, insya-Allah. wassalam.

by:RHDB

Seram atau senyum???

JADIKAN LAH RENUNGAN BERSAMA......NGERI.....

Mengapa penjara Pudu ditutup???

LUANGKAN LAH MASA ANDA UNTUK MENGHAYATI KISAH MISTERI DI SEBALIK IBUKOTA KUALA LUMPUR.....
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya

boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.


Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "

Masa: 04:30 petang
Tarikh: 13. Julai. 2010
Oleh: 'Tukang Update'

REJAB: Israk Mikraj & Sebuah Malapetaka

Setidaknya ada dua peristiwa besar di bulan Rejab ini.



Pertama: Peristiwa Israk Mikraj yang terjadi tanggal 27 Rejab.

Peristiwa yang terjadi sekitar 14 abad lalu ini diabadikan dalam al-Quran dalam Surah Al-Israk ayat 1: "Maha Suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya.."

Pada saat itu Baginda Nabi Muhammad SAW diberi sebuah keistimewaan dijalankan oleh Allah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Al-Quds (Palestin), lalu dilanjutkan dengan menembus lapisan langit tertinggi (Sidratul Muntaha). Semua itu ditempuh dalam sehari-semalam. Peristiwa itu begitu istimewa. Kerana itu, hampir setiap tahun, tanggal tersebut dijadikan momentum oleh sebahagian kaum Muslim untuk mengadakan Peringatan Israk Mikraj.



Kedua: Peristiwa Keruntuhan Khilafah Islamiyah yang terjadi pada 28 Rejab 1342 Hijrah, 89 tahun yang lalu.

Berbeza dengan Israk Mikraj yang memang merupakan peristiwa besar yang dialami Baginda Nabi SAW dan diabadikan al-Quran, keruntuhan Khilafah adalah peristiwa yangdianggap 'tidak terlalu penting' oleh kaum Muslim. Padahal peristiwa tersebut berhubung dengan salah satu warisan yang ditinggalkan Baginda Nabi saw. Ya, Khilafahlah penerus sistem pemerintahan Islam yang asas-asasnya dibuat dan dipraktikkan Baginda Rasulullah SAW saat beliau memimpin Daulah Islam di Madinah.

Sebagaimana kita ketahui, tidak lama setelah peristiwa Israk Mikraj (hanya sekitar setahun), terjadi peristiwa besar yang juga tidak boleh dilupakan kaum Muslim, iaitu peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama kaum Muslimin ke Madinah. Peristiwa ini tentu penting kerana menjadi tonggak pertama tegaknya Daulah Islam yang dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Rais Ad-Daulah (pemimpin negaranya). Sejak daripada peristiwa Nabi Muhammad SAW mendirikan Daulah Islam di Madinah, kaum Muslimin memiliki sebuah institusi negara yang menjadi pelayan, pembela dan pelindung mereka. Melalui Daulah Islam pula hukum-hukum Islam diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan dan Islam disebarluaskan ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, kepemimpinan negara kemudian beralih ke tangan Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah (pemimpin negara) pertama. Khalifah Abu Bakar RA mengawal era Khulafa Ar-Rasyidin. Sejak itu era kekhilafahan Islam bermula. Era Khulafa Ar-Rasyidin kemudian berakhir, lalu digantikan oleh era Khilafah Umayyah. Era Khilafah Umayyah kemudian diganti oleh era Khilafah Abbasiyyah. Selanjutnya, era Khilafah Abbasiyyah diganti oleh era Khilafah Uthmaniyah. Sayang seribu kali sayang, era Khilafah Uthmaniyah ini berakhir dengan sebuah tragedi menyayat hati kerana diruntuhkan oleh tangan-tangan penjajah Barat, iaitu Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, tepat tanggal 28 Rejab, 89 tahun yang lalu. Inilah yang menandai peristiwa penting kedua di bulan Rejab.

Kerana itu, selain diingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj, bulan Rejab juga memberikan kesempatan bagi kaum Muslimin untuk merenungkan kembali kewajiban mereka terkait dengan sebuah usaha untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiah yang telahpun runtuh sejak 89 tahun yang lalu itu.



Setelah Khilafah Runtuh

Keruntuhan Khilafah pada 28 Rejab 1342 Hijrah benar-benar telah melenyapkan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Muhammad SAW dari muka bumi ini. Akibatnya, sejak saat itu sehingga sekarang ini segala masalah kaum Muslimin makin meningkat, bahkan makin bertambah dari hari ke hari. Musuh-musuh kaum Muslimin yang dulu gementar ketakutan hanya kerana berfikir akan menghadapi kaum Muslimin yang dipimpin oleh seorang khalifah yang gagah berani, sekarang berani dan lancang menodai tempat-tempat suci kaum Muslim dan melecehkan manusia paling mulia, Sayidina Muhammad SAW. Semua itu didengar dan dilihat langsung oleh para pemimpin Muslim yang tetap diam saja bak patung meski mereka memegang kekuasaan atas umat yang paling besar di dunia ini, memiliki ketenteraan paling besar dan kekayaan terbanyak di antara umat-umat yang ada.

Tentera kaum Muslimin seharusnya dipimpin oleh seorang khalifah untuk membebaskan negeri-negeri kaum Muslimin yang diduduki dan meluaskan kekuasaan kaum Muslim ke negeri-negeri lain dengan pembebasan dan keadilan. Namun, bukan seperti itu yang terjadi saat ini. Saat ini kaum Muslim di negeri-negeri Islam justeru dipimpin oleh konco-konco Amerika yang pengecut, bacul, dan penakut.

Pemerintah kaum Muslimin, kala mereka memiliki Khalifah dahulu, telah membuat Dunia Islam makmur hingga membuat Barat, khususnya Inggeris saat itu, merasa iri dan gentar akan hebatnya sistem ekonomi Islam. Kini sebaliknya, setelah negeri-negeri Islam berada di bawah cengkaman kapitalisme, Dunia Islam tenggelam di dalam krisis ekonomi yang terjadi silih berganti.



Khilafah: Mercu Segala Kebaikan

Sungguh, sistem pemerintahan dalam Islam adalah sistem Khilafah, bukan yang lain. Inilah sistem pemerintahan yang telah diwajibkan oleh Rasululah SAW, menjadi ijmak para Sahabat serta dipraktikkan oleh Khulafa Ar-Rasyidin dan para khalifah sesudahnya. Khilafahlah yang menjaga akidah, agama, kehormatan, jiwa dan harta manusia; menjaga perbatasan; menghilangkan hambatan dan penghalang yang berusaha menghalangi sampainya risalah Islam sehingga kalimat Allah dijunjung tinggi di muka bumi ini.

Khalifahlah yang benar-benar menjadi pemelihara bagi kaum Muslimin. Khalifahlahpenjaga sejati wilayah Islam dan pelindung hakiki kaum Muslimin dari setiap serangan musuh. Khalifahlah yang mengembangkan Islam ke seluruh penjuru duniadengan dakwah dan jihad dengan tetap menjaga kemuliaan, keadilan dan kebaikan.

Kaum Muslimin di bawah naungan Khilafah benar-benar bisa merasakan kehidupan yang mulia dan terhormat. Mereka diselimuti perasaan aman dan nyaman, kewajaran dan keadilan, serta kemakmuran dan sejahtera. Kehidupan makmur dan sejahtera, pernah ada suatu masa saat tidak ada lagi rakyat yang mahu mengambil zakat, kerana semua merasa telah kaya! Hal itu pernah terjadi pada masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau pun pernah menulis surat kepada amilnya (ketua daerah) di Samarkand, Sulaiman bin Abi As-Samri: "Hendaklah kamu membangun beberapa penginapan (rumah musafir) di wilayahmu. Jika ada di antara kaum Muslimin yang melewati wilayahmu maka biarkan mereka tinggal sehari semalam dan uruslah kenderaannya. Jika ia masih punya alasan untuk tinggal maka biarkan ia tinggal sehari dua malam. Jika ada seseorang yang kehabisan bekal maka berilah ia harta yang cukup untuk sampai ke daerah tempat tinggalnya".

Bukankah ini sebuah bentuk pengurusan rakyat yang sebetulnya? Apakah mungkin itu terjadi tanpa Khalifah yang memiliki kekuasaan untuk menerapkan Islam, sebagaimana saat ini? Adakah suasana ini berlangsung di negeri kaum Muslimin saat ini?

Khilafah pun senantiasa menjaga wilayah Islam dan kaum Muslim. Lupakah kaum Muslim dengan kisah Khalifah Al-Mu’tashim Billah, ketika seorang Muslimah yang dizalimi oleh seorang Rom meminta pertolongannya, "Wahai Mu’tashim, di manakah engkau!"

Berita itu sampai kepadanya pada malam hari. Beliau tidak menunggu hingga pagi. Beliau segera berangkat memimpin sendiri pasukannya. Sesampainya di Amuria, beliau meminta agar orang Rom pelaku kezaliman itu diserahkan untuk diqisas. Saat pemimpin Rom menolaknya, beliau pun menyerang kota tersebut, menghancurkan benteng pertahanannya dan menerobos pintu-pintunya hingga menaklukannya. Dinyatakan di dalam sejarah, KEPALA TENTERA KAUM MUSLIMIN TELAH PUN TIBA DI HADAPAN AMURIA, NAMUN EKORNYA MASIH LAGI DI PUSAT PEMERINTAHAN KHILAFAH ISLAM.

Lupakah kaum Muslimin dengan sikap Harun ar-Rasyid terhadap Nakfur Raja Rom yang telah merosak perjanjian yang diadakan dengan kaum Muslimin dan sikap permusuhannya terhadap kaum Muslimin? Saat itu Ar-Rasyid mengirim surat kepada Nakfur, yang isinya:"Dari Harun, Amirul Mukminin, kepada Nakfur, anjing Rom. Jawaban atas sikap permusuhanmu adalah apa yang akan kamu lihat, bukan apa yang akan kamu dengar."

Nakfur pun benar-benar boleh melihat tentera kaum Muslim, ketika mereka masih di perbatasan Rom, sebelum surat Ar-Rasyid sampai kepadanya.

Khilafah juga mengembangkan Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad demi kemuliaan, keadilan dan kebaikan. Lihatlah berbagai pembebasan yang telah menyebarluaskan Islam dan membersihkan semua bentuk kezaliman yang terjadi di berbagai penjuru dunia sejak zaman Rasulullah SAW, Khulafa Ar-Rasyidin dan para Khalifah sesudahnya. Semua itu merupakan mercu tanda kebaikan di dunia. Hanya dalam satu abad saja Islam telah tersebar luas dan kekuasaan Islam meliputi negeri-negeri Arab, Syam, Irak, Mesir, Afrika Utara, Andalusia, Bukhara dan Samarkand, Sind, India, dan wilayah barat laut India (Pakistan bahagian Barat). Islam terus tersebar hingga sampai di Asia Tenggara. Selanjutnya, pelbagai penaklukkan meluas hingga ke Asia Kecil, menaklukkan Konstantinopel dan Balkan; serta banyak lagi wilayah di muka bumi ini. Khilafah benar-benar menyandang kebesaran dan keagungan.

Khilafah juga menjadi mercu ilmu pengetahuan dan gudang para ulama dan ilmuwan islam. Ketika itu kaum Muslimin menjadi umat yang pertama dan terkemuka dalam bidang fizik, kimia, matematik dan astronomi. Negeri-negeri kaum Muslimin menjadi pusat ilmu pengetahuan sehingga banyak pelajar dari negara-negara Barat datamg untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di lembaga-lembaga pendidikan di Baghdad dan Andalusia.

Semua keagungan itu tetap ada dan terpelihara hingga Khilafah lenyap pada hari yang menyakitkan, iaitu 28 Rejab 1342 Hijrah, 89 tahun lalu. Sejak saat itulah, umat Islam yang dulunya hebat dan kuat, kini menjadi santapan lazat yang menjadi rebutan berbagai umat,

Persis yang digambarkan di dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Thauban RA, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana mereka ada ditimpa penyakit, iaitu penyakit al-WAHAN. "Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-WAHAN?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Begitu jelas perbezaan keadaan kita ketika pada masa Khilafah dan ketika lenyapnya Khilafah. Tidakkah semua itu mendorong kita untuk bersungguh-sungguh dalam perjuangan untuk mengembalikan Khilafah, yang tidak lain merupakan salah satu kewajiban utama dalam Islam? Tentu, kita semua wajib bersegera dalam melakukan perjuangan yang serius dan sungguh-sungguh untuk menegakkan kembali Khilafah ini.


Marilah kita bersegera menyambut janji Allah SWT:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa; akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka; dan benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa (An-Nur : 55).



Marilah kita segera menyambut seruan Rasulullah SAW:

« ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ »


Selanjutnya akan datang kembali Khilafah berdasarkan metode kenabian (HR Ahmad).

pinjam by: vokalislamic