Misteri 10 Malam Akhir Ramadan


Sepanjang perjalanan kehidupan yang semakin memamah usia menuju perjalanan yang jauh lg, ana mengajak sahabat-sahabat untuk bersama-sama iktikaf 10 hari terakhir di Masjid ataupun madrasah dan mengapa ke sana? Tentunya banyak ganjaran yang jika dapat dilihat maka seseoarang itu sanggup merangkak untuk mendapatkan tangga masjid...marilah sahabat2 kita iktikaf di masjid dan surau. Di Tawau ana minat iktikaf di Masjid Nurul Huda kerana ianya masjid utama dalam membuat program Persatuan Putera Puteri Islam Tawau. Lagipun masjid tersebut jauh dari rumah ana. Izzah utk beriktikaf di Masjid Nurul Huda tu terasa. tak juga nak terfikir hal-hal nak balik rumah.

Ada beberapa hari lagi nak menjelangnya Syawal. Berat hati nak meninggalkan Ramadan. Walaupun sedih tu tak mampu menandingi kesedihan Rasulullah dan para sahabat dalam meninggalkan ramadan sekurang-kurangnya adalah kan? daripada xda? Sekurang-kurangnya kita mesti ada rasa keghairahan untuk ingin lg berada dibulan Ramadan.

Masjid-masjid pula hari ini bukan makin bertambah bilangan "ahli ibadahnya" malah mengurang. Penonjolan bilangan ramainya orang hanya wujud pertama bulan Ramadan. Bukan ana kata salah tapi cubalah dalam ramai2 tadi bertambah ramai menjelang akhirnya Ramadan.. bukankah itu menyeronokkan? ini x.. membingungkan kita untuk berfikir. Kemana semua orang pergi ya penghujung Ramadan ni? Xkan semua buat kuih raya...

-----------------------------------------------------------------------------------

Ikhwani fiddien rahimakumullah

Dari ‘Aisyah ra katanya: “Sesungguhnya Nabi saw i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadan hingga beliau wafat. Kemudian isteri-isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)

Dari ‘Aisyah ra, ia berkata: “Apabila telah masuk sepuluh yang akhir pada bulan Ramadan, Nabi saw lebih giat beribadah pada malam-malamnya. Beliau membangunkan keluarganya dan beliau lebih tekun. Beliau kencangkan ikat sarungnya (menjauhi istrinya untuk lebih mendekati Allah).” (HR Muslim)

Banyak yang bertanya: Mengapa ada sunnah Rasulullah saw untuk i’tikaf 10 hari akhir Ramadan? Kalau semua Muslim meksanakannya apa akan terjadi. Masjid-masjid akan penuh dan roda pemerintahan akan terhenti selama 10 hari, kerana semua orang akan memadati masjid dan berhenti bekerja...

Jawapannya sederhana: Ketika ummat Islam melaksanakan solat lima waktu dengan berjama’ah di masjid atau solat jumaat, ketika ummat Islam berpuasa, ketika pelaksanaan haji ke Makkah dan contoh yang lain apakah roda pemerintahan akan terhenti? Realitinya hal itu tidak pernah terjadi. Maka pertanyaan semacam itu jelas pertanyaan yang mengada-ada dan berlindung di balik kalimat ‘kalau’ yang hal ini sangat disukai oleh syaitan.

Adapun hakikat dari i’tikaf itu, ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibu Abbas RA, bahwa Rasulullah bersabda kepada para mu’takifin (orang orang yang beritikaf): “Orang yang beri’tikaf itu, dia berhenti melaksanakan dosa dosa, dan pahala amal yang biasa dikerjakan sebelum dia beri’tikaf akan mengalir terus kepadanya.” (HR Ibnu Majah).

Hikmah hadis ini ialah :

1. Dengan itikaf seseorang akan terjaga dari perbuatan maksiat. Sedangkan maksiat itu seperti perkataan imam Ibnul Qayyim ialah racun dalam kehidupan yang boleh mematikan seseorang atau melemahkannya atau mengurangi kekuatan dirinya, sedangkan taubat merupakan ubat di dalam kehidupan, tiap tiap kali orang bertaubat maka kesihatan dan kehidupannya akan terus terpelihara dan hal yang seperti ini dapat dilaksanakan dengan selapang lapangnya di saat seseorang mengkhususkan dirinya beritikaf 10 hari di bulan ramadhan. Sehingga apabila seseorang itu telah beritikaf selama 10 hari akhir Ramadhan, diharapkan kesihatan rohani dan jasmaninya akan menjadi normal dan pulih secara keseluruhan yang dapat menjadi bekalannya menghadapi kehidupan 11 bulan mendatang.

2. Secara lahiriah orang beritikaf kelihatannya rugi kerana tidak mengerjakan amalan-amalan lainnya, seperti bekerja mencari penghasilan, menjenguk orang sakit, mengantarkan jenazah, memenuhi hajat orang lain, dan sebagainya. Dengan hadis di atas amal kebaikan yang biasa dia lakukan itu justeru ia mendapatkan keseluruhannya kerana dia melaksanakan i’tikaf, dan inilah kemuliaan bagi seorang mukmin.

Dua hikmah inilah yang kadang-kadang tidak terlihat oleh mata, kecuali dengan keimanan yang sempurna, itulah hikmah sunnah nabi yang tidak pernah meninggalkan itikaf 10 hari dibulan ramadan, bahkan pada tahun kematian beliau, beliau beritikaf selama 20 hari dibulan ramadan.

Dan ada lagi satu hikmah yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang beri’tikaf dengan benar mengikuti sunnah rasul iaitu kenikmatan rohani yang tidak boleh diuraikan, iaitu ketika seorang mengingat dosanya menitis air matanya, ketika seorang bersujud lama bagaikan terbenam wajahnya ke dalam tanah sambil dia memanjatkan doa, dan disaat menadahkan tangannya sambil bermunajat di sana terdapat kebahagiaan yang hakiki yang tidak pernah ditemui oleh orang yang tidak beri’tikaf. Kenikmatan rohani ini jauh lebih baik dari kenikmatan jasmani.

Oleh kerana itu kepada ikhwan yang dirahmati Allah dan kepada mukminin mukminat, mujahidin dan mujahidah yang belum berpeluang sampai hari ini untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini (i’tikaf 10 hari dibulan ramadhan), marilah dan datangilah masjid-masjid yang mengadakan i’tikaf sesuai sunnah Rasulullah saw. InsyaAllah dia akan mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah akan meliputinya dalam kegiatan seperti qiamulail, zikrullah, tadarrus Alquran, thalabul ilmi, dan majlis tazkirah.

AJK PERPPIS Bahagian Tawau

Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 2:30 Petang
Oleh: Team Syabab

No comments:

Post a Comment