Pengurusan masa cuti yang membangkitkan iman...

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masa cuti merupakan masa yang paling 'senang' buat kita semua. Apa tidaknya, masa cuti tersebut merupakan masa yang senang untuk membuat dosa, senang melakukan maksiat dan juga senang futur daripada jalan Allah .

Walau bagaimanapun, sekiranya masa cuti tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya, masa cuti itu juga sebenarnya masa yang paling baik untuk kita 'senang mendekatkan diri dengan Allah SWT ' .

Insya Allah, pertama sekali, sebelum bermulanya musim cuti, kita sewajarnya memperbetulkan atau membaiki niat untuk menggunakan masa cuti sebagai medan utk membangkitkan iman.

Masa itu sendiri merupakan suatu nikmat dan ujian yang amat besar daripada Allah SWT kerana terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menerangkan betapa ruginya manusia yang menggunakan masa lapang untuk mengejar hiburan dunia semata-mata..

Masa cuti juga tidaklah salah juga jika digunakan untuk bersama-sama dengan keluarga seperti bercuti, jalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah ataupun berehat di rumah tetapi takkanlah seluruh bulan itu dihabiskan dengan semua perkara-perkara leisure (berseronokseronok) sahaja, bukan ?

Sesungguhnya, amatlah baik sekiranya kita mencari masa yang sesuai untuk menyertai program-program yang boleh mempertingkatkan iman kita kepada Al-Khaliq. Contoh program-program yang boleh disertai ialah kem pembangunan akidah, kem pelajar muslim, atau mana-mana jenis aktiviti yang berasaskan kepada pembersihan akhlak dan jati diri.

Selain itu, adalah lebih baik sebelum bermulanya masa cuti kita, kita membuat senarai mutabaah amal, yakni senarai amalan-amalan baik yang 'wajib' dibuat pada setiap hari ataupun minggu. Sebagai contoh, membuat mutabaah amal membaca sebanyak paling kurang satu hari selembar ayat daripada Al-Quran dan tafsirnya, solat sunat rawatib selepas solat fardhu, solat dhuha, puasa sunat, tahajjud setiap minggu dan sebagainya.

Insya Allah, jikalau kita melakukan mutabaah amal tersebut dengan penuh istiqamah dan bersungguh-sungguh, sudah tentu banyak ilmu dan peningkatan iman yang kita perolehi pada setiap hari.

Bukan itu sahaja, masa-masa cuti ini jugalah merupakan masa yang paling baik untuk kita berjumpa dengan kawan-kawan dan ahli keluarga lain untuk berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan agama. Mungkin sebelum ini perbincangan dan perbualan kita hanya berkisarkan mengenai perkara-perkara yang bersifat keduniaan sahaja, apa kata kali ini kita tambah sedikit 'garam akhirat' dalam perbualan kita. Insya Allah, bukan sahaja iman kita yang naik, iman orang lain juga pasti akan ternaik sama.

Sesungguhnya, banyak lagi amalan-amalan atau aktiviti yang boleh kita laksanakan untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai masa yang lebih banyak berbanding dengan musim-musim kuliah, persekolahan dan juga peperiksaan dahulu. Lazimkan diri untuk menghabiskan serta menelaah buku-buku tarbiyyah, dokumentari, ilmu atau tayangan-tayangan ilmiah yang tidak sempat kita tonton sebelum ini.

Sesungguhnya, kehidupan seorang muslim yang sejati itu sentiasa memenuhi masa lapangnya dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat buat dirinya dan juga orang lain

Firman Allah dalam surah Al-inshirah ;

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) "

(Al-inshirah 94 :7 )

Insya Allah, sama-samalah kita menggunakan masa lapang kita dengan sebaik-baiknya demi pembangunan ummah, dan demi meletakkan Islam pada tempat yang sebenarnya.

Sebelum mengundurkan diri, jangan lupa kepada sahabat yang berumur 14 - 21 tahun untuk menyertai beramai-ramai program yang boleh meningkatkan kefahaman dan keimanan kita. Program Kursusu Amal Islami (KAMI) yang akan diadakan di Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam pada 15-19 Disember 2010. Yuran pendaftaran adalah RM 15.00. Program selama 5 hari 4 malam tersebut menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Tayangan Multimedia, Explorace KAMI, Qiamullail, Muktamar Sanawi, Tazkirah pelajar, Booth Pameran dan Jualan, Riadah dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Antara kelebihan program tersebut ialah ilmu pengetahuan yang bakal akan diperoleh, sijil diberikan, penyampaian anugerah khas, fail yang lengkap dengan tema kursus tersebut, menjalin ukhuwafillah dan mentor yang berkelayakan.

Antara barang keperluan yang perlu di bawa ialah: pakaian 5 hari 4 malam termasuk baju riadah, pakaian solat, kasut sukan, selipar, tudung dan stokin untuk muslimat (wajib), kopiah untuk muslimin (digalakkan), alat tulis, ubat-ubatan (jika perlu), wang saku.

Jika sahabat sekalian berminat untuk menyertai kursusu tersebut, hubungi :

Sdr Syarifuddin Sabri (014-871236)
Sdr Muhd. Rajie Lioli (013-8934951)
Sdri Devi Novita Sari (019-5316684)
Sdri Suheni Nurdin (013-8910451)

Cepat!! Siapa cepat dia dapat!!! Tempat dan penyertaan adalah terhad kepada 150 orang sahaja...

Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment