kalau sebut tentang persahabatan, orang cakap...
"sahabat selamanya"
"best friend forever"
"ukhwah fillah"

apa ertinya kawan pada kamu?
seorang yang sentiasa menemani kamu makan?
atau seorang yang sentiasa mendengar masalahmu?
atau seorang yang sentiasa menemani kamu keluar beli barang?
atau seorang yang membuat tugasan bersama kamu?
atau seorang yang kamu rujuk ketika kamu menghadapi masalah, atau tertekan atau sedih, atau gembira bahkan?

apa makna kawan kepadamu sebenarnya?
apakah dia yang selalu kamu dahulukan daripada ibubapamu, ahli keluargamu, suamimu atau isterimu?
apakah dia yang boleh kamu ejek dan gelarkan sesuka hati?
apakah dia yang sentiasa ada untukmu selamanya?

barangkali perspektif tentang rakan, sahabat, kawan, teman, 'saing' itu punyai makna dan taraf yang berbeza buatmu. kerana setiap orang boleh berfikir sendiri dan biasanya fikiran ini dipengaruhi oleh pengalaman.

walau apa pun yang kamu anggap tentang rakanmu itu, tidak kira teman baik atau teman sekelas atau teman sekuliah atau teman sekolej atau teman seprogram dll...

dalam persahabatan, tidak selalunya orang kena memberi kepada kita. perlunya juga kita memberi kepada orang.
tidak mungkin hanya dia yang akan ada untuk kita selamanya, sedangkan kita tidak.
tidak adil kiranya dia saja yang mendengar, sedangkan kita tidak.
tidak elok kiranya kita hanya mencari dia ketika perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya sahabat.



bahkan...
tidak mungkin hanya kita yang ada untuk dia, sedangkan dia tidak.
tidak adil kiranya kita sahaja yang mendengar, sedangkan dia tidak.
tidak elok kiranya dia mencari kita ketika dia perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya kawan.

dalam persahabatan,
perlunya ada give and take.
perlunya ada persefahaman untuk kita cari nilai kesamaan antara kita dan dia yang akhirnya akan membuahkan hubungan yang harmoni.
perlunya ada teguran, nasihat dan sokongan kerana inilah juga fungsinya sahabat yang terbesar.
perlunya ada kesabaran sebabnya tidak semua tingkah laku orang boleh kita hadapi, juga tidak semua tingkah laku kita orang boleh senangi.
perlunya ada terus terang dan bukannya berpura-pura. inilah yang banyak memburukkan persahabatan. apabila berpura-pura, timbullah perasaan curiga dan tidak percaya yang kelak akan membawa keretakan. katakan sejujurnya apa yang kamu tidak berkenan dia lakukan, pujilah dia sejujurnya dan nyatakan perasaanmu yang jujur terhadapnya.

orang kata, berkawan biar seribu tapi berkasih biar satu.
ada benarnya walaupun aku agak mengingkari.
bagiku, biarlah teman-temanku sedikit, kerana yang sedikit itu lebih bermakna, lebih memahami dan lebih aku percayai. biarlah rakan-rakanku sedikit asalkan semuanya aku fahami dan aku sentiasa rindui.

renungkan seketika,
"kiranya aku punyai hanya seorang teman didunia ini, pastinya aku jaga ia seeloknya. dan inilah yang akan aku lakukan terhadap teman-temanku kerana setiap orang adalah unik dan tersendiri"

copy internt:kumpulan 3

No comments:

Post a Comment