PERANGI NAFSU




Persediaan dan perancangan perlulah
dilakukan untuk kita memaksimumkan segala peluang yang ada di bulan
Ramadhan akan datang ini. Sebagaimana yang dimaklumi, amal kebajikan akan
diganjarkan setingkat lebih tinggi jika ia dilakukan pada bulan Ramadhan.
Yang sunat diberi pahala wajib. Yang wajib digandakan dengan gandaan
sesuai dengan kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya.

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah
saw bersabda bermaksud, "Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung
lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari
1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan
Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala Fardhu di bulan-bulan
yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalam-amalan Sunat,
seolah-olah dia mendapat pahala amalan-amalan Fardhu di bulan-bulan yang
lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang awalnya rahmat,
tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka…" (Riwayat Ibn Khuzaimah)

persiapan menghadapi Ramadhan:

1) Memahirkan diri dengan segala
rukun,sunat, harus,makruh yang berkaitandengan puasa di bulan Ramadhan, sunat
tarawih dan lain-lain lagi.


2) Membiasakan diri bangun pada
sepertiga malam untuk bertahajjud, untuk mendekatkan diri pada Allah, dan
membiasakan tahajjud di bulan Ramadhan.

3) Memperuntukkan beberapa jumlah
wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang
telah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.

4) Menyediakan diri dengan kurang
makan dan berpuasa, namun perlu diingat dengan sabda Nabi saw dari Abu
Hurairah;yang bermaksud;"Janganlah kamu berpuasa sehari atau
dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa
dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa (riwayat Muslim)"

5) Strategi tersusun untuk
memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran. Pada bulan
ini kita mempunyai kelebihan kerana musuh ketat manusia telah di rantai,
sebagaimana sabda Rasulullah saw dari Abu Hurairah; yang bermaksud;
"Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka
pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan
dibelenggu. (riwayat Muslim)"

6) Melatih diri semua
sifat Islamiah seperti sabar, kurang bercakap lagha dan keji, menjauhi
mengumpat dan mengata, dan perbanyakkan senyuman kepada semua sahabat.
sama-sama kita meningkatkan potensi
diri sebelum Ramadhan tiba, biar kita tidak terlalu 'shock' nanti sebab kita
dah membiasakan diri untuk membuat itu dan ini. Maximumkanlah setiap masa di
bulan yang mulia itu dengan segala yang kita mampu buat, jangan biarkan sebulan
yang akan berlalu itu pergi dengan sia-sia sahaja sebab kita takkan pernah tahu
Ramadhan akan datang kita akan bertemu lagi dengannya atau tidak.


copy internet: Julianti



No comments:

Post a Comment