Alhamdulilah Allah Kurniakan Sahabat

Assalamualaikum W.b.t..
sahabat.........

Izinkan mata penaku menari, mencari irama penghargaan buat ikatan persahabatan yang terindah dan tidak ternilai ini.


Sahabatku...

Aku suka waktu kau mendorongku bersamamu. Menjadi mawar aspirasi di Taman Larangan buat sembahan raja mujahid di Syurga Idaman.

Aku suka waktu kau memberi bimbingan untukku tidak menjadi seperti epal yang berselerakan di tanah.
Aku suka waktu waktu kau memintaku kekal sebagai epal larangan di puncak yang di jamin keberkatan.
Aku suka waktu kau menceritakan perihal srikandi yang menjadi idola pemudi muslimah. Kekal berjuang walau nyawa menjadi taruhan.

Seperti Mashitah, di pujuk anak kecilnya menyusul jalan ke syurga. Juga seperti Sumayyah yang bias menggegar dunia. Fatimah Az-zahra, penghulu wanita syurga Rabiatul Adawiyyah, bahkan Ainul Mardhiah yang bakal dinobat sebagai pemaisuri buat Raja Syahid kerana berjihad mempertahankan kedaulatan Islam.

Aku gembira kerana mengenalimu sebagai SAHABATKU...


Teman,
injak kakiku terasa longlai ke udara,
Tiada rasa sayu,
Tiada rasa pilu.
Andai aku tiada,
Abadikan memori kita bersama...
Pahatkan tanda kuburku,
Dengan kasih sayang kalian,
Seharum mawar putih,
Dan wangian kasturi..
 flower flower flower