Terima Kasih Ya Allah....


Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,..

Alhamdulillah, tiada lafaz yg mampu aku ucapkan di atas segala keindahan rasa yang aku alami, rentetan rasa syukurku terhadap kejayaan demi kejayaan yg Engkau kurniakan kepada insan2 yg sangat hanba cintai dan sayangi..SubhanaAllah , hamba panjat seribu pujian Khaliqku yg Maha Pencinta,Ya Allah terima kasih atas nikmat dan rahmatMu kepada kami..
..Ya Allah peliharalah hati-hati kamii  agar tiada noda angkuh, riak, jua takabbur yg menjengah ke hati-hati kami..

Barangkali benar katanya, “Kerja keras kita ini jangan di lihat akan meningkatnya pangkat di dunia, namun saksikanlah kejayaan yg menyusul yg Allah permudahkan bagi kalian semua”
..masih ku ingat akn pesanan-Nya "Allah akn mmbantu kamu sekiranya kamu membantu agama Allah..


Subhanallah,..
Hatiku merintih sebak dalam sendu mengimbas kalimat-kalimat lembut yg lahir dari seorang yg jujur berhati murni.Yg akan menjadi teladan hamba dalam meniti onak-onak kedewasaan yg penuh mencabar..
Hamba bertambah bersemangat apabila mnyaksikan ramai sahabat2x yang berjaya walaupun hakikatnya mereka terlalu sibuk dalam perjuangan ini..
Hamba bertambah yakin untuk meneruskan perjuangan ini ..walaupun hakikatnya hamba lemah ,ya Allah...

..Ya Allah...
ampunilah dosa hamba mu ini...yang terlalu leka dalam mengejar kejayaan duniawi sedangkan kejayaan ukhrawi belum pasti hamba miliki..
Astaghfirrullahalazim...

.Ya Allah..
 terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu kerana sesungguhnya hamba tidak akan pernah mampu membalas segala pemberianMu.
Moga kejayaan sahabat-sahabat hamba ini tidak akan menjadikan mereka kufur, malah menjadikan merekai lebih akur akan kebesaranMU.
Hari menghitung hari sehingga keluarnya keputusan mereka...Hatiku berbunga riang berkongsi kegembiraan mereka.walaupun hakikatnya hamba tidak tahu adakah hmba akn menjadi seperti mereka ataupun sedih keseorangan atas apa yang akan hamba perolehi kelak...

.Ya Allah..
kuatkan lah hati hmba dan sahabat2x yang lain dalam menghadapi semua ini..Engkau tanamkan lah sedikit dalam hati kami supaya sentiasa redha dengan ketentuan mu...

.Ya Allah.
Engkau permudahkanlah segala urusan mereka., selamatkanlah pemergian mereka dan kepulangan mereka ke destinasinya ,dan limpahkanlah berkah mu di atas segala niat suci mereka..Dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hamba sangat merindui dan menyayangii mereka…
Terima kasih Ya Allah....

...Wallahualam....