5 tips Memilih Teman Baik..

"Seseorang berada di atas agama kawannya.."
Demikian pesan nabi kita;

kenapa ya..??

Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya..

Maka carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah..

..Apa kata ulamak yang kita sayangi..?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin ,Imam Ghazali ada menyatakan :"hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.."
..syarat-syaratnya ialah..

1.BERAKAL-berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketan

2.BAIK DARI SEGI PERIBADI DAN AKHLAKNYA
-elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ia akan mempengaruhi kita..

3.SOLEH DAN SOLEHAH
-jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa besar dan kecil

4.JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG KASIH DENGAN DUNIA
-kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah.jika berkawan dengan orang yang sebegini ,dia akan terikut-ikut dengan tabiat kawannya..

5.MEREKA YANG BERCAKAP BENAR
-janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta .orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya .demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia..