KENANGAN DAHULU MENDEWASAKAN KU

kumpulan haloqah ukhuwwah Hari Keluarga Perppis 2012 di Taman Muhibah.
Aktiviti ini adalah perkumpulan semua perppis sekolah yang dianjurkan oleh Perppis bahagian Tawau sebagai ajk pelaksana

Usrah Organisasi 17 Syaban 1433

Penyampai cikgu Nasir Ali

Surah Al Baqarah ayat 214

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Ayat ini menerangkan keimanan manusia yang Allah Uji.Allah menguji hambanya dengan setiap penjuru,apatah lagi sebagai seorang remaja yang bergerak kerja dalam dakwah islamiah ini diuji perlbagai ranjau dan dugaan yang akan di tempuh.Tambahan pula sebagai seorang anak dan pelajar.
Hanya hati yang berharap kepergantungan kepada Allah sahaja yang mampu menang dalam dugaan. Allah !! syurga Mu terlalu manis begitu juga lah jalan untuk menujunya telalu pahit.
Maka bantu lah kami Ya ALLAH dalam bermujahadah kepda Mu. Mencurahkan tenaga hanya untuk agama tercinta. Wahai pemuda !! bangkitlah berjuang!! tak usah takut dengan dunia .. tak usah takut dapat keputusan exam gagal.. Takut lah nanti aku tak dapat fokus Spm,Pmr,Stpm dan banyak lagi alasan hanya kerana takut.
melalui ayat tersebut
-Masuk syurga bukan mudah
-Setiap orang beriman mesti di cuba dan di uji
-Orang-orang sebelum kita diuji lebih dasyat dari kita.
-Cubaan itu menunjukkan kita ini betul-betul beriman atau pun tidak
-Sifat orang yang beriman hanya harap pertolongan Allah kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung
-Ujian juga menjadikan kita lebih matang 

Wahai sahabat-sahabat ku yang di kasihi .. ujian itu merupakan tarbiah untuk kita supaya lebih kuat dalam bermujahadah di jalanNya.
Salam perjuangan <3