MENJADI REMAJA BERANI
- Tiada kejayaan tanpa
keberanian. Kejayaan dalam hidup adalah perjuangan yang pada hujungnya adalah
kemenangan. Kemenangan hanya milik orang yang berani. Untuk Berjaya, kita mesti
berani mencari dan menambah pengetahuan, maklumat dan pengalaman. Berani mencuba apabila mahukan kejayaan
menjadi milik kita.
- Bersedia mencipta kejayaan.
Jangan hanya berpuas hati dan mendabik dada dengan pencapaian generasi
terdahulu. Fikirkan di mana uasaha dan pencapaian kita? Oleh itu, tidak cukup
sekadar mempunyai pengetahuan sahaja. Kita perlu mempunyai kemahiran dan
semangat tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Laksanakan dengan berani apa yang
sudah dirancang.
- Berani pemikiran dan jiwa.
Mereka yang berani bukan yang sedia melawan dan menunjuk gagah kekuatan tubuh
mereka. Sebaliknya, berani mencetuskan
pemikiran dan idea baru. Miliki keberanian jiwa, hadapi segala rintangan.
Justeru, tetapkan matlamat yang jelas dan seterusnya berani mencapai matlamat
itu.
- Bercita-cita besar. Apabila
kita berani mencetuskan pemikiran dan idea baru, letakkan cita-cita dan
matlamat yang besar. Nampak seperti mustahil untuk dicapai. Tetapi, orang yang mahu mencari jalan, yang tidak mahu memberi
alasan. Cari jalan bagi mencapai cita-cita itu.
- Berani mencuba. Tidak memadai
jika kita hanya berfikir tapi takut melaksanakannya. Tanpa percubaan dan usaha
yang bersungguh-sungguh, keberanian berfikir kita tak bermakna. Dalam mencuba,
yakin kita akan berjaya. Jangan lupa bertawakkal dan berdoa kepada Allah kerana
ketentuan sesuatu adalah di bawah kekuasaan-Nya.
- Elakkan ungkapan ‘ Tidak boleh’
. Ucapkan kepada diri sendiri kata-kata gagah yang dapat merangsang diri.
Jangan sesekali kata “Aku tidak boleh”
sebelum mencuba dan berusaha. Jangan kalah sebelum masuk gelanggang. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
- Mulakan langkah pertama. Kita
akan terus berada di bawah kepompong perasaan takut, selagi mana kita tidak
memulakan langkah pertama untuk keluar, jangan teragak-agak untuk berubah.
Orang penakut tidak ke mana-mana., malah ketinggian dan dipangang hina. Kita
mahu jadi begini.
- Lihat apa yang ada di belakang
jangan toleh ke belakang lagi. Apabila kita sudah memulakan langkah berani bagi
mencuba sesuatu, teruskan perjalanan. Jangan toleh belakang lagi kepada
perassan takut yang ada di belakang kerna yang ada di belakang kerana di
hadapan kita adalah bayangan kejayaan dan kecemerlangan. Usah hiraukan ejekan,
kata-kata perli dan hasutan mereka yang berada di sepanjang jalan.
- Ingat, berani adalah pemisah
antara kejayaan dan kegagalan. Berani juga memisahkan antara yang mulia dan
hina. Kadang-kadang orang yang berani membuat perubahan menerima tekanan dan
ujian. Ini adalah perjuangan yang sering kali dilingkari dengan onak dan ranjau
duri. Tetapi, tanamkan dalam ingatan
bahawa sikap berani menjadi pemisah antara yang berjayadan gagal, yang
mulia dan hina.