Si Hitam Yang Namanya Amat Putih Didunia


Setiap kejadian yang terjadi dalam hidup kita ini ada dua keadaan yang boleh dimengertikan berdasarkan tahap ilmu kita dalam menafsirkannya. Jika kejadian itu kita anggap sebagai cabaran, pasti kita akan menyahut cabaran itu sekuatnya, dan jika kita menganggap halangan itu sebagai penghalang, maka kita pasti menjadi lemah untuk menghadapinya.

Bagi setiap orang beriman, setiap dugaan mendatang itu adalah ujian dari Allah semata2. Allah menguji orang2 yang terpilih dikalangan billion2 orang dimuka bumi untuk diangkat imannya kesatu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Jika kita berniaga dan kita sentiasa maju dalam perniagaan, suatu hari perniagaan kita itu lingkup. Jadi apa tafsiran kita ketika itu. Adalah ini bala dari Allah ataupun ianya ujian buat kita atas dasar Allah sentiasa ingat pada kita? Semuanya terpulang pada ilmu yang kita ada ketika itu untuk menafsikannya.

Begitu juga dengan Bilal bin rabah, seorang habsyi yang amat gelap. Dilahirkan dalam keluarga hamba, dibesarkan dalam keadaan menjadi hamba dan hidup sentiasa dirundung malang.


Adakah adil Allah jadikan Bilal dalam keadaan hamba tanpa sebarang pembelaan oleh insan lain? Adakah Allah hanya memilih orang2 yang hebat dan putih sahaja untuk menjadi tuan? Allah sentiasa adil dalam setiap takdirnya. Allah uji Bilal b Rabah itu sedemikian rupa tanpa sebarang pembelaan baik ketika dia kecil sehingga dia dibebaskan.

Ibu Bapanya teruk disiksa oleh Umayyah sehingga meninggal dunia keduanya ditangan tuan mereka yang amat kejam akhlaknya. Adakah sengaja Allah jadikan nasib bilal sebegitu rupa? Pada masa yang sama, abangnya Sahib mendapat kemewahan setelah dijual diyaman dan menjadi anak angkat kepada keluarga kaya disana.

Adakah adil Allah pisahkan abang Bilal dengannya dan akhirnya abang dia hidup mewah sedangkan Bilal tetap dirundung malang? Adilkah Allah jadikan sebegitu nasib Bilal?

No comments:

Post a Comment