BICARA PENASIHAT AM : MADAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB



Bicara kali ini ingin menyentuh mutiara kata insan warga syurga iaitu Saidina Umar Al Khattab. Madah Saidina Umar memperkatakan tentang tabiat harian yang pasti kita akan lakukan. Jarang sekali kita terfikir perbuatan harian yang sering kita lakukankan itu, berupaya membawa satu natijah atau kesan yang amat besar dalam kehidupan kita. Perbuatan itu antaranya, bercakap,  ketawa, bergurau, melihat, dan menikmati makanan. Untuk itu, sewajarnya kita khususnya semua anak muda perlu meneliti dan merenungi kata-kata Syaidina Umar Al Khattab di bawah ini.

  1. Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
  2. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
  3. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
  4. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
  5. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
  6. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
  7. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
  8. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Fikirkan dan renungi kata-kata insan yang unggul dan hebat, nescaya diri kita juga akan terdorong untuk menjadi sepertinya juga. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment