Ucapan Penasihat AM Sempena Peperiksaan SPM & STPM

Kepada semua calon SPM & STPM yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan bermula 6 November, mudah-mudahan telah membuat persiapan yang rapi. Saya mendoakan agar semua calon khususnya ahli & Ajk PERPPIS dapat menjawab dengan tenang dan cermat.

Untuk itu, persiapan pada saat akhir menjelang peperiksaan jangan dipandang remeh. Diharap semua calon dapat menjaga kesihatan diri. Jangan abaikan hak diri anda untuk mendapat nikmat tidur dan rehat yang mencukupi. Amalkan pemakanan yang halal lagi berkualiti atau berkhasiat. Paling penting jangan dilupakan sama sekali munajat dan hubungan dengan Allah S.w.t.. Panjatkan doa secara berterusan, insyaAllah akan dimakbulkan jua doa kalian. Di samping itu, jangan lupa untuk mendapatkan restu daripada para guru dan ibu bapa anda.

Mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi hidup kalian. Yakinlah kita bahawa yang berjaya pada sisi Allah ialah insan yang bertakwa.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM!!!

No comments:

Post a Comment