KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


‎1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Kisah israk dan mikraj itu mengarut...?



dikumpulkan hadis-hadis berkenaan mendidik jiwa untuk dijadikan panduan kita dalam menguruskan kehidupan kita dengan lebih teratur dan lebih berkah.Pemahaman terhadap hadis-hadis yang disiarkan adalah memerlukan pembelajaran daripada pihak yang lebih pakar. 

11 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah: 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini : “Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim) 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagi a. 11. Rezeki adalah sesuatu yg Allah telah janjikan utk setiap manusia. Manakala hidayah sesuatu yg Allah suruh manusia mencari.... tetapi manusia memilih mencari rezeki bukan mencari hidayah..

Fitnah Dari Abad Ke Abad

SEJARAH kegemilangan Islam dalam masa 23 tahun dalam masa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan dua khalifah iaitu Abu Bakar dan Umar, ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang gilang gemilang untuk dijadikan tauladan bagi umat Muhammad yang baru sahaja bangun dari tidur yang lama.

Ada pun sejarah sesudah itu, iaitu sesudah terbuka pintu fitnah yang menimbulkan perpecahan umat Muhammad sehingga berbunuh bunuhan sesama sendiri dan ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang tidak banyak dapat dijadikan teladan, malah sebaliknya pula daripadanya sepatutnya dijadikan sempadan.

Sejarah umat Islam ini berterusan dari babak ke babak melalui abad ke abad sehingga umat Islam tidur nyenyak berabad abad lamanya. Kerana itu kita tidak merasa perlu bagi kita meninjaunya kembali jesteru kerana telah jelas yang menyebabkan terjadinya begitu adalah mainan Yahudi dan juga mainan Iblis dengan tentera syaitannya yang tidak jemu jemu memutarkan hati manusia dengan berbagai bagai fitnah iaitu adu domba dengan memecah belah manusia.

Dalam hal ini Rasulullah telah meninggalkan satu peringatan seperti yang dicatatkan oleh ahli ahli hadith seperti Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Hudzaifah: satu ketika kami duduk bersama sama Umar, tiba tiba ia bertanya siapakah diantara kamu yang mengingati kata kata Rasulullah mengenai fitnah?
Jawabku: saya mengingati seperti yang dikatakan, berkata Umar: memang anda berani.

Lalu saya pun berkata: fitnah adalah ujian terhadap seseorang mengenai keluarga, harta, anak dan tetangganya yang dapat ditebus dengan solat, puasa,sedekah, amar makruf dan nahi mungkar.

Berkata pula Umar: bukanlah itu yang saya maksudkan, tetapi fitnah yang bergelombang bagaikan laut.
Umar bertanya lagi: adakah pintu itu dibuka atau dipecahkan.

Lalu berkata Umar: jika begitu apabila terbuka tidak akan tertutup selama lamanya.
Kawan kawan Hudzaifah bertanya, apakah Umar mengetahui bahawa dia adalah sebagai pintunya?
Dijawab oleh Hudzaifah: ya, ia mengetahui seperti mana diketahuinya semalam itu adalah sebelum hari ini. Sesungguhnya saya tidaklah mencerikan cerita kosong.

Sewaktu diminta penjelasan oleh kawan kawan Hudzaifah melalui seorang yang bernama Masruq maka dijelas oleh Hudzaifah: Pintunya Umar Al Khatab

Daripada riwayat atau cerita yang diceritakan oleh Hudzaifah, kita dapat memahami bahawa fitnah yang besar dibayang sebagai gelombang dan ombak yang menggulung dilautan sudah tentu melanda umat Muhammad selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w..

Adapun peristiwa yang dikatakan bagaikan gelombang dilaut itu ternyata telah pun terjadi dimulai dengan pembunuhan Uthman Al Affan dan terjadi peperangan diantara Aisyah dan Ali dan berlanjutan kepada peperangan Ali dengan Muawiyah dan berlarut larut sehingga beberapa lama.

Tidak syak lagi semuanya adalah menunjukkan fitnah yang besar terhadap umat Muhammad jesteru kerana puluhan ribu muslim menjadi korban kerananya hujung daripada kejadian ini sistem pemerintahan Islam tidak lagi berjalan seperti biasa iaitu ketua muslimin dipilih dari golongan yang baik yang bergelar Khalifah atau Amirul Mukminin atau pengertian zaman sekarang iaitu digelar Presiden.

Bagaimana pun juga itulah dia sejarah yang saya katakan sejarah umat Islam yang dimulakan oleh Nabi Muhammad kemudian disambung oleh Abu Bakar dan Umar dengan segala catatan kejayaan mereka yang telah menetapkan asas sebuah negara, kerajaan yang belum dapat dimasuki oleh jarum orang Yahudi.

Sesungguhnya banyak sekali hadith hadith yang diriwayatkan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata kata Rasulullah, dan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Umar yang menerima agama Islam hasil daripada dimakbulkan oleh Allah doa Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah yang mulia, Abu Bakar yang lembut, Umar yang keras sekali perwatakannya lambang sari Imam. Islam dan kasih sayang sepanjang perkembangan Islam, dan kerana itulah ketiga tiga mereka di kuburkan berdampingan , saya katakan sebagai ibu sejarah Islam yang merupakan contoh untuk kita menggerakkan kembali perjuangan mengembangkan dan menegakkan agama Islam ini.
Perjuangan Islam telah pun bermula kembali sejak seratus tahun yang lalu. Seratus tahun itu bagi kita hanyalah baru sekadar setahun sahaja dalam ukuran sejarah kebangkitan agama Islam. Dalam hal ini umat Islam hendahlah tidak melupakan kata kata peninggalan Nabi Muhammad s.s.w. yang bermaksud: ‘Permulaan Islam adalah terasing (gharib) dan akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang orang yang terasing itu’.
Sekarang umat Islam bangun dari tidur, dan bila mana seruan kembali kepada Allah dan Rasul nya dicanangkan, mujahiddin zaman kebangkitan semula ini sudah tentu menemui apa yang ditemui oleh para mujahiddin di zaman permulaan, sekali pun keadaannya tidak sama oleh zaman, namun kenyataan dalam lapangan adalah sama sahaja menurut sejarah.