Fitnah Emotikon

Asal :Angel Pakai Gucci
[Kredit]


"Entah apa-apa. Tumbuk nak? "-..-"

Wahahaha. Ini baharu sedikit tahu?

Tapi sudah tentulah, tiada yang lebih baik daripada berjumpa mata ke mata dan bertemu orangnya yang sebenar. Perhubungan melalui media sosial hanyalah sebagai pengganti di masa-masa pertemuan di alam sebenar tidak dapat dilakukan. 

Apalah emotikon senyum itu sekiranya mahu dibandingkan dengan senyuman manis yang sebenar? Apalah erti emotikon bro fist apabila anda boleh membuat bro fist yang sebenar dengan lebih macho dan bergaya? Apalah makna emotikon tersenyum sambil berpeluh apabila anda boleh menerangkan sendiri sambil tersipu-sipu malu kerana rasa bersalah..? Heh. 

Bukankah sentuhan sesaat itu jauh lebih bermakna daripada percakapan sejam lamanya..? Ok macam tidak ada kena mengena. 

Namun sebagai seorang dai'e, perbuatan dan percakapan kita sehari-hari sewajarnya mencerminkan mesej dakwah yang mahu kita perjuangkan itu. Hatta dalam mesej-mesej waksep atau post-post di MukaBuku kita. Kerana kita sentiasa diperhatikan. Ada banyak mata-mata yang melihat setiap tingkah laku kita. Silap langkah, boleh bawa fitnah. Terlupa letak emotikon, boleh bawa padah! Wah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah pertaan yang tepat - benar (dalam setiap perkara)."
[al-Ahzab, 33:70]

Nah, dalam zaman moden yang penuh cabaran ini, yang penuh dengan mehnah dan ujian ini, satu mesej waksep boleh menghuru-harakan negara. Satu post di MukaBuku yang disalah ertikan bisa sahaja memporak-perandakan rumah tangga. Lantas kita dituntut untuk menggunakan perkataan yang paling tepat dan benar dalam setiap perkara yang kita ungkapkan, termasuklah pada mesej-mesej waksep dan status atau kicauan kita. Kerana itulah neraca taqwa! 

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan emotikon yang seolah-olahnya tidak signifikan malah mengada-ngada itu, perkara kecil boleh jadi besar dan isu yang besar boleh sahaja tampak kecil!

Tapi awas! Jangan pula disalah guna!
'
"Hai ukhti manis. Jom teman ana jalan-jalan di taman bunga..? =*"

Jatuh kerusi berguling-guling.

-gabbana-

Kebelakangan ini mengalami krisis kekeringan idea yang boleh tahan seriyes. Nak tulis dua artikel seminggu pon terkail-kial dibuatnya. 

Adakah kerana banyaknya perkara telah saya sentuh sebelum ini sehingga tiada lagi topik menarik untuk ditulis, atau... Allah perlahan-lahan sedang menarik ilham yang dikurniakan kepada saya selama ini..?

Gulp. 

No comments:

Post a Comment