APABILA PELAJAR AGAMA BERIKHTILAT...?


Bismillah. Saya rasa, saya perlu kongsi perkara ini. Tentang, bagaimana syaitan perangkap “golongan-golongan agamawan”, ataupun senang cakap, orang-orang yang berlatar-belakangkan pelajar agama, dengan perangkap legend mereka iaitu:

“IKHTILAT…”

Sebelum ini, kami ada hurai isu ikhtilat, hukum hakamnya dan kekeliruan yang berlaku tentang isu ikhtilat ini secara terperinci di SINI. Boleh rujuk, baca sampai habis, ketepikan nafsu, dan amalkan.

Orang ikhtilat ni, dakwah dia akan terbantut, potensi diri dia akan jatuh menjunam, self estim dia akan hilang, dan yang sama waktu dengannya. Tetapi, ada juga yang tak jatuh. Dia still steady, namun, DAKWAH TERBANTUT tu, komfem. Mungkin dia rasa, dakwah dia mekar subur. Tapi, ukuran “mekar subur” yang dia rasa, sebenarnya amat bertentangan dengan ukuran yang telah di gariskan oleh para-para ulama FIQH DAKWAH. Mereka ingat, dakwah mereka berjaya. Namun rupa-rupanya, menjadi fitnah untuk agama.

Tanpa, membuang masa, jom baca step-step ini. Saya tulis berdasarkan pengalaman saya menghandle isu ini di peringkat sekolah dan kawan-kawan university. Baca, check diri, dan, akurlah!

****

1)Kau konon-kononnya mulakan persembangan atas urusan penting di ruangan chat samada dia twitter, FB, whats app, we chat dan yang sama waktu dengannya. Tanya kerja rumah la(Bajet. Sesama jantina kau tak nak tanya), urusan dakwah kononnya, dan lain-lain.

2)Kemudian, kau mula start memutar belitkan urusan yang konon-kononnya penting tu dengan smiley, dan saling mendoakan.

3)Mulalah kononnya saling nasihat menasihati, dan saling berbalas terima kasih dan doa yang di akhiri dengan smiley.

4)Jiwa kau makin seronok. Dan kau mulalah guna alasan "dakwah" untuk teruskan mesej-mesej yang kononnya islamik. Contoh:

"Moga awak cemerlang pelajaran. Seorang muslim tu perlu cemerlang. Buat terbaik!!"

"Jangan lupa qiam. Qiam ni satu benda yang sangat penting!!"

"Moga ukhwah fillah ini berkekalan insyallah. Doakan saya...."

5)Sepanjang step 1 hingga 4 ni, kalau kau check diri kau balik, kau akan ada rasa "Seronok", "syok", rasa lain macam dan yang sama waktu dengannya. Tak payah nak tipu. Mengaku je.

6)Lalu, kau terus menerus melakukan perkara yang sama. Mulalah saling berkongsi masalah, dan saling nasihat-menasihati tentang bagaimana nak atasi masalah tersebut, sedangkan kau tak perasan, ikhtilat yang kau buat tu lah kesalahan yang besar gila.

7)Attitude kau, perangai kau, akan start berubah. Kau yang dulu galak dan suka bersembang dengan kawan-kawan sejantina kau, kini, kau lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap, dan seakan-akan hati kau terganggu. Mungkin kau tak sabar nak mesej dengannya lagi. Bukan mungkin, bahkan memang pun.

8)Kau mula hidup di alam percintaan. Kau mula angau dan gila bayang. Kau akan rasa berat dan malas untuk solat, qiamullail, quran dan zikir, lantaran kegilaan bayangan yang kau hadapi. Masa kau, banyak habis di depan henset, tersenyum sorang-sorang. Hampir tiap masa kau tak boleh lepas dari henset kau. Kejap-kejap tengok henset, kejap-kejap tengok henset. Kredit banyak habis. Hati kau rasa gelisah.

9)Sepanjang step 6 sampai 8 ni, mudah cerita, kehidupan kau berubah. Dan ya, kau masih lagi tak selitkan mesej-mesej yang berbaur “aku cintakan awak”. Sepanjang ni, kau masih lagi dalam mood berhati-hati, dengan menggunakan alasan agama, ukhwah fillah dan dakwah untuk membenarkan dosa yang kau buat.

10)Kau mula bad mood dan panas baran. Cepat marah dan tak selesa duduk dengan orang ramai. Bila orang tanya kenapa, kau tak jawab. Padahal, semua orang boleh tahu, attitude kau dah berubah. Kau dah mula susah nak terima teguran, kau mula benci orang yang menegur kau, kau mula menyampah dengan orang-orang yang sering memberi peringatan tentang “bahaya ikhtilat”. Dan segala apa yang berkaitan dengan apa yang kau tengah buat, kau akan rasa marah. Kalaupun tak marah dengan mulut, mata kau akan berkerut, hati kau mula merungut dan rasa something wrong.

11)Ketika ini, hati kau akan rasa pedih dan sempit bilamana kau mula berjauhan dengan henset kesayangan kau. Kalau kau pelajar sekolah, kau mula rasa tak selesa dan benci pada sekolah, kerana di sekolah, kau tak boleh bawak henset. Asrama apatah lagi. Maka, akan berlaku penyakit “malas”, takde mood nak belajar, rasa kurang senang dan terpaksa dengan asrama, dan hanya fikir nak cuti.

Kalau kau pelajar university, mungkin  tak kena penyakit benci sekolah. Tapi, focus kau untuk belajar melencong jauh.

12)Kau mula beranikan diri, start mesej-mesej yang berbaur:

“Awak ada suka sape-sape tak?”

Tetapi, masih di cover dengan ayat:

“Bukan apa, tapi, jagalah hati tu. Saya nasihatkan bla bla bla….”

13)Sampai satu tahap, dua-dua mulalah meluahkan cinta. Oh, cinta kerana Allah kononnya. Sekali lagi guna alas an agama untuk kepentingan nafsu serakah! Ayat biasa yang cukup selalu di gunakan:

“Yang penting, awak kena letak cinta Allah dan rasul di atas. Insyallah, cinta manusia akan datang..”

“Saya tak nak, kerana cinta ini, kita lalai dari Allah. Awak banyakkanlah baca quran, zikir dan solat. Moga dengan percintaan ini, Allah redha kita dan membuatkan kita lebih dekat dengannya…..”

“Awak tegur-tegurlah saya bila saya buat salah…”

14)Mula lah start plan nak kahwin. And then, kononnya kata:

“Cinta yang suci berakhir dengan perkahwinan”.

Dari satu sudut, baguslah kahwin.Tetapi, perjalanan menuju perkahwinan yang suci tu, kau telah cemarkan dengan najis-najis dosa dan maksiat. Lebih bertambah busuk, kau saluti najis tu dengan “wangi-wangian dan minyak atar agama”, supaya najis tu kelihatan wangi dan berseri. Namun, kau tak boleh lari. Najis itu tetap busuk walaupun kau letak segala wangian.

Khadijah lamar nabi pun guna orang tengah.

15)Maka, tup tap tup tap, kau kahwin.

16)Malangnya, kau rasa, “jalan suci” (Ini sarkastik) yang kau gunakan sepanjang menuju perkahwinan tu adalah perkara yang BENAR dan HAQ, sedangkan ianya cukup batil. Tapi, lantaran kau tertipu dengan syaitan, maka, kau menyarankan kepada adik-adik dan kawan-kawan yang sebaya atau lagi muda dari kau untuk melakukan perkara yang sama seperti mana yang kau lakukan.

Apabila mereka meminta nasihat dari kau tentang urusan cinta dan ikhtilat, kau memberi hukum dan penerangan yang  bertentangan dengan syarak, dan kau hiasinya dengan dalil-dalil agama yang tak kena tempat dan lari dari disiplin ilmu, semata-mata untuk kau menghalalkan benda yang haram.

17)Lalu, muncullah hukum “ikhtilat itu harus selagi tak lebih-lebih”, sedangkan hukum asal ikhtilat adalah “haram, boleh jadi harus jika berlaku beberapa keadaan”.

18)Akhirnya, muncullah generasi-generasi muda yang menganggap ikhtilat ni benda biasa. Selagi tak pegang tangan, maka mereka rasa ia tak haram. Sekadar mesej, tiada masalah. Mereka anggap, selagi tak mesej dan sembang perkara yang menaikkan syahwat seperti isu seks dan sebagainya, maka selagi itu halal. Entah dalil apa yang mereka pakai.

Seperti mana ustaz yang merokok, apabila di tanya kepadanya tentang hukum merokok, maka dia akan pusing-pusing dalil sehingga keluar dalil darinya yang mengatakan rokok itu tak haram, begitu juga bila ustaz-ustaz yang ikhtilat, apabila di tanya tentang hukum ikhtilat, dia akan memberi hukum yang membenarkan ikhtilat.

Lahirlah golongan yang meringan-ringankan agama,dan menganggap orang yang berpegang-teguh keapda agama sebagai golongan yang syadid, keras dan ekstrimis. Sedang mereka tak perasan, merekalah yang dah terpesong jauh akibat terlalu longgarkan agama mengikut kepentingan nafsu.

***




NASIHAT BAGI GOLONGAN AGAMA

Saya bukan apa, saya amat kecewa bila orang yang mengambil jurusan agama sendiri yang menjadi fitnah pada agama. Saya pernah tengok depan mata berkali-kali, budak tahfiz merokok, budak tahfiz yang couple dan ikhtilat, budak yang belajar jurusan syariah yang bercintan-cintun, galak dengan berlainan jantina, budak agama yang tak jaga amal agama seperti solat Jemaah, qiamullail, quran dan lain-lain, serta menghabiskan masa dengan movie, drama demi drama, anime demi anime, game dota fifa dan yang sama waktu dengannya.

Bahkan, ketika saya di mesir, di sebuah cyber café, kelihatan beberapa perempuan melayu berpurdah dan berjubah, beramai-ramai berkumpul di satu PC, menangis beramai-ramai melihat video “Warkah Cinta”. Belum cerita yang tengok drama korea jepun bagai. Malas nak tegur. Saya dah tulis teguran ini secara panjang lebar. Baca di sini dan sini.

Jadi, saya merayu keapda golongan yang belajar agama:

1)Kau kena sedar yang kau adalah harapan ummat! Kalau kau, orang yang belajar agama, kalau kau sendiri yang menghancurkan agama, apa lagi yang kita boleh harapkan kepada orang lain? Kes zina berleluasa, buang anak, hiburan melampau, pelacur sini sana, kes rogol yang makin hari makin kritikal, dan lain-lain. Apakah kau langsung tak rasa apa-apa? Apakah kau langsung tak rasa bersalah dengan dosa yang kau buat??!

2)Kalau pelajar agamapun tengok drama, tak mustahil umat kat luar sana hancur dengan video-video lucah. Kalau kau sebagai pelajar agama, berikhtilat(walaupun tak bersentuhan), maka, umat kat luar sana tak mustahil akan berzina.

Maka, tepuk dada Tanya iman.

Allah dah bagi kau nikmat KESEDARAN untuk mendalami agama, janganlah kau kufuri dengan kau cemarkan agama. Malu lah dengan Allah. Malulah, bertaubatlah padanya. Akhirnya, kita sebagai orang yang belajar agama, kita lah yang akan menjadi TONGGAK untuk kebangkitan islam. Sepatutnya!

Tapi, adakah realitinya pada hari ini menunjukkan sebegitu?

Maka, tepuk dada, tanyalah imanmu, wahai diri!


Maaf andai saya menggunakan perkataan yang agak kasar. Tulisan ini khusus untuk diri saya, dan umum kepada semua. Moga kita semua dapat berubah!

Wallahua'lam.

(LAST MINUTE) STUDY HARD OR STUDY SMART?


Assalamualaikum.. “Jangan tunggu hujung-hujung baru nak belajar!”. “Jangan sudy last minute!”. “Study last minute tak paham apa aih!”. “Buat penat ja study last minute, baca nak kena baca der”. “Nak study, kena mula dari awal, and kena selalu ulangkaji, baru senang faham dan ingat.” BETUL! Memang betul pun semua kata-kata dan nasihat kat atas tu. Jika ditanya mana-mana pelajar cemerlang ataupun pakar motivasi, inilah nasihat-nasihat yang patut diamalkan dan dipraktikkan oleh semua pelajar, tak kiralah sekolah rendah, menengah ataupun yang dekat universiti.

Inilah nasihat-nasihat baik yang tak diikuti pun oleh kebanyakan pelajar, termasuklah WS sendiri. Hahaha. Bukannya tak tahu, tapi tak mahu. Jadi, semua disimpan hingga ke saat terakhir, barulah kalut nak baca. Dan, baru-baru ini pun ada pelajar WS tanya “Sir, macam mana nak baca dekat-dekat nak exam ni? Macam tak ingat-ingat ja pun baca.” Jadi, kali ni WS nak share rahsia macam mana nak study kalau dah last minute. Jom layan!!

Output Learning
Apa benda tu? Nak sebut pun susah. Ha, output learning senangnya kita belajar dan dapat maklumat dengan membuat latihan. Banyakkan buat latihan daripada membaca kalau dah last minute. Buat latihan soalan-soalan past year, soalan-soalan topikal dan soalan-soalan latihan. Sebabnya, soalan-soalan akan bertanyakan tentang isi-isi penting dalam sesuatu tajuk atau subjek. Jadi, bila kerap buat latihan, kita dapat mengetahui apa isi-isi penting dalam bab tersebut tanpa perlu menghadap setebal-tebal buku teks. Dan, soalan-soalan jarang bertanyakan isi-isi kurang penting yang mana selalunya pelajar tak dapat bezakan bila membaca buku teks. Habis dikhatamkan semua ayat dan perkataan, buat penat je. Selain itu, dengan membuat latihan, kita dapat menguji kefahaman dan ingatan berkenaan tajuk yang dipelajari.

Baca Kerap, Bukan Baca Lama
Apabila kita membaca dalam tempoh yang lama, ini akan memberi kesan kepada emosi kita. Stress. Boring. Lepas tu, terus tutup buku, main game, online FB. Salah cara tu. Sepatutnya,baca kerap. Adakan sesi membaca yang diselangi dengan waktu rehat/break. Contohnya, baca buku sejam, rehat setengah ja. Sambung pulak sejam, rehat 45 minit. Pecahkan jam membaca anda kepada sesi-sesi kecil supaya otak tidak letih dan lebih segar. Bila otak relaks dan segar, baru senang faham. Waktu rehat bolehlah nak layan anime atau Running Man sat. Barulah tak boring dan stress. Yang penting, disiplin. Kalau behenti setengah jam, jangan lebih, cukup masa sambung balik study! Satu lagi, mula awal. Anda akan dapat banyak sesi membaca jika anda mula lebih awal. Lagi lewat anda mula, lagi kurang waktu anda untuk membaca.

Baca dan Kongsi
Apabila anda selesai membaca, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang anda dah belajar sebentar tadi. Relevannya? “Repetition is mother of learning”. Hukum semulajadi manusia ialah pengulangan membuatkan seseorang itu lebih ingat dan faham. Jadi, kongsi apa yang dah belajar dengan kawan sebilik ke, housemate ke, atau siapa-siapa sahaja di sekeliling anda. Kalau dah semua tak mahu diganggu, share je kt Facebook atau Twitter, ada la yang akan “like” atau komen nanti. Ataupun, kalau ada bela kucing, bolehlah share dengan kucing kesayangan anda tu. Ajar dia formula Matematik, Sejarah, BI. INI SERIUS! Lagi banyak anda berkongsi, lagi cepat anda faham dan ingat.

Baca tips
Bila dah dekat-dekat hujung ni, untuk baca semua memang tak sempat. Jadi, dapatkan tips dan “hints” apa yang perlu dibaca. Tips-tips ini lazimnya boleh diperolehi daripada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang mengajar anda subjek tersebut. Mereka dapat menbantu anda memilih apa yang penting. Mereka selalunya dapat memberitahu apa yang perlu, apa yang tak perlu dibaca, apa yang perlu diingat, apa yang perlu ditinggalkan. Selain, mereka itu boleh berkongsi cara-cara mudah dan selamat untuk senang dapat markah. Mungkin tips-tips ini tak diberitahu dalam kelas, tetapi disimpan untuk mereka-mereka yang “special” yang bersungguh untuk mengetahui apa yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, keraplah berjumpa dengan cikgu dan pensyarah anda untuk mengorek banyak rahsia daripada mereka.

Renggangkan Hubungan
Ha, nak kena clash ke? Bukannya putus hubungan silaturrahim (betul kan ejaan tu, susah sangat aih, haha), tapi renggangkan hubungan dengan dunia Internet, game dan tv seketika. Bukannya apa, Facebook, Twitter, games dan tv sememangnya diakui adalah gangguan terbesar para pelajar untuk belajar. Habis tu, tak boleh langsung la? Boleh tu boleh, tetapijauhkan laptop, handphone, computer dan tv anda ketika sesi pembelajaran. Bila dah depan mata, pengaruhnya lagi kuat, takut tak tertahan. Bila dah sesekali berhenti rehat belajar, bolehlah jenguk-jenguk sat status FB ke, layan cerita sekejap, lepas itu sambung semula study anda. Ingat, di waktu sesuntuk ini anda memerlukan kepantasan membaca dan belajar, dan perkara-perkara inilah yang akan melambatkan lagi anda belajar. Anda yang perlu mengawal alat, bukan alat yang mengawal anda. Jika tidak, terimalah hakikat yang anda telah diperalatkan oleh alat-alat tersebut.

Habis sudah perkongsian 5 cara “top” untuk belajar last minute. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat dan panduan kepada semua yang membacanya. Juga, diharapkan lepas ini, sistem pembelajaran anda lebih teratur dan berkesan. Nak tahu cara anda belajar betul atau tidak, tengok saja situasi anda semasa sedang peperiksaan. Jika banyak yang anda tak ingat dan lupa ketika menjawab peperiksaan, ini bermakna cara belajar anda mungkin tak berkesan. So, UBAH!! All the best guys, and good luck in your exam!! =)

#SALAMKEILMUAN


EXAM MOOD..(JOM TEMBAK DOA)



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalam menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.
.
.
1)  Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak
Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
Baik dan bagus diamalkan apabila hendak belajar, menduduki peperiksaan, berucap, mengadakan ceramah dan menghadri temuduga.
.
.
2)  Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
3)  Doa Mula Mengulangkaji Pelajaran
.
.
4)  Doa Mudah Kefahaman Dan Ingat
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna ketika mengulangkaji / menelaah pelajaran:
.
.
5)  Doa Untuk Mengelak Lupa
.
.
6)  Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran
.
.
7)  Doa Memohon Kejayaan Cemerlang
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)                                                      via;shafiqolbu

PROGRAM MENARIK CUTI SEKOLAH!!!

 

SALAM KEILMUAN 

Alhamdulillah...INSHAA ALLAH temui kami dalam satu lagi program menarik anjuran PERPPIS BAHAGIAN TAWAU..
Khas untuk anda yang bergelar REMAJA..
Isi masa lapang anda dengan perkara yang bermanfaat...

JOM kita raih majlis ilmu..
jangan kata ' malaslah aku tak da masa la bro...'
ilmu dicari bukan hanya dinanti..
agar sejahteralah di duniawi dan ukhrawi...
ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TIDAK BERBUAH..
AMAL TANPA ILMU HANYA SIA -SIA..

SO..Apa tunggu lagi? 
JOM DAFTAR....SEGERA..!!
PENYERTAAN TERHAD..!!

#INFIRU


MABUK DALAM CINTA??



MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
 

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."