Sukan PERPPIS '15

Sukan PERPPIS kali Pertama


Bersukan dan beriadah penting dijadikan amalan dalam aktiviti harian untuk menjadi sihat dan cerdas.  Individu yang kuat lebih diutamakan di sisi Allah SWT.  Banyak kebaikan dapat dilakukan jika sihat dan cerdas.  Manakala, individu yang lemah menjadi beban kepada individu lain.  

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah.”  (Hadis riwayat Muslim).  

Alhamdulillah, Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau dengan izin Allah telah berjaya menganjurkan program 'Sukan PERPPIS kali Pertama' yang bertemakan 'Generasi Atlet Mukmin" dengan mempertandingkan acara Futsal bagi Muslimin dan Bola Jaring untuk Muslimat. 

Sukan PERPPIS pada kali ini hanya dibuka untuk remaja yang berumur 13 - 16 tahun, Muslimin dan Muslimat khususnya di daerah Tawau. Acara futsal telah disertai oleh 12 pasukan dan bola jaring sebanyak 6 pasukan. Futsal telah dijuarai oleh pasukan 'SMK Tawau II' dan bola jaring jatuh kepada pasukan 'Aspuri SMK Kuhara Tawau'.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah terlibat.



Sesi Pendaftaran













Bola jaring (Muslimat)


Dalam bersukan, jangan pernah tinggalkan kewajiban kita




Peserta Muslimat dalam acara Bola Jaring






Johan Bola Jaring Muslimat daripada pelajar SMK Kuhara Tawau









Pusingan akhir acara FUTSAL; SMK Tawau II vs SM Islamiah Tawau







Naib Juara Futsal Muslimin; SM Islamiah Tawau

Juara acara Futsal; SMK Tawau II (U 16)





Pasukan Futsal 'Aspura' SMK Kuhara Tawau







No comments:

Post a Comment