Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU




Tirai 2010 Kursus Amal Islami kali ke-17

Bismillahirahmanirahin.........

Debaran kian menjenguk semua saf kepimpinan 2009/2010.Aturan kemas dari setiap sudut gerak kerja kian dipermantapkan.Bersama doa kami pohonkan agar program terbesar ini dapat dipermudahkan dan semua yang datang mendapat ibrah dan pengajaran.alhamdulillah kini tarai KAMI kali ke 17 telahpun terlaksana dengan jayanya.

Inilah lensa disebalik tabir KAM


14.12.2010( sehari sebelum rogram)

“Lajnah penerbitan begitu tekun dalam menjalani amanah yang diberikan’

’


“Suatu pengorbanan yang tercatat beribu kemanisan yang dirasai,”




Betapa payah manapun,tetap terukir satu senyuman


Penantian Peserta Ke Tapak Program .

15.12.2010

Suasana di perkarangan bangunan Mara





Ketibaan peserta di tapak program






Sesi pendaftaran bersidang





Sesi ta'aruf dan pembahagian kumpulan





Kuliah dasar 1

yang disampaikan oleh ustaz Rusli









Wanita Solehah(bidadari mencemburuinya)

Syauqah Wardatun

Spesial buatmu karena telah membuatku tertawa ptg ini

Perhiasan yang menjadi dambaan..

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilauGaris pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Sirah Srikandi Islam

*Syauqah Wardatun*
Assalamualaikum.wt
Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.


Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.


Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?



Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.






Syauqah wardatun

Ku luahkan untukmu yang bergelar perhiasan dunia~




salam sahabiah-sahabiah blogger...
Alhamdulillah dengan izinNYA dapat juga Allah permudahkan ana untuk menulis blog stelah sekian kalinya... tanpa izinNYA berusahalah walau sekuat mana pun, tangan ini tidak bisa untuk menulis walau sepotong ayat..

dalam menaip bait-bait ayat dalam blog, fikiran ligat berfikir apa yang mahu dikongsi. terlalu banyak perkongsian yang mahu dikongsi di dalam melalui hari-hari dalam hidupku...





berjalan di bumi pinjaman ini, insan yang terlalu lemah dan kerdil ini sering kali memerhati dan mengambil ibrah di setiap peristiwa yang berlaku..muhasabahkan diri, "Ya Allah, KAU tetapkanlah aku di jalan (ISLAM) ini. Janganlah KAU bolakkan hati ini setelah KAU memberiku hidayah"


"Aku takut kemurkaanMU YA Allah....melihat kemungkaran di mana-mana.tiada lagi rasa malu yang sepatutnya ada pada diri seorang muslimah. dengan lenggok badannya, baju yang semakin nipis, bertudung tapi masih menampakkan rambut di dalam, baju yang semakin ketat..aku malu pada insan ajnabi (muslimin)..aku malu mereka melihatmu mendedahkan auratmu yang sepatutnya kau simpan untuk bakal suamimu nanti....

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


melihat manusia tidak lagi mementingkan solat. waktu solat dibiarkan berlalu pergi...

melihat tiada lagi kasih sayang sesama muslim. Masing-masing sibuk membicarakan hal masing-masing (sikap nafsi-nafsi)

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Wahai permata perhiasan dunia, takutlah kita dengan firman Allah s.w.t

"Ketahuilah sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup" (Al-Alaq 6-7)


Diri ini takut Ya Allah apabila ditanya di hadapanmu kelak, "Apakah yang kau lakukan semasa kau berada di dunia dulu?"...mampukah aku menjawab?..







sedarlah wahai muslimat,

sedarlah wahai wanita,

sedarlah wahai bakal ibu,

sedarlah wahai siswi-siswi,

hidup kita seketika cuma,

mungkin hari ini adalah hari terakhir kita..........



Ayuh bersama kita bangkit.. jadikan Saidatina Khadijah sebagai contoh, jadilah seperti Saidatina Fatimah yang taat pada ayahanda dicintai, jadilah seperti Zulaikha (yang mengejar cinta Illahi)....


Tanamkan sifat sabar, sifat lemah-lembut, jagalah auratmu untuk yang berhak, jagalah sopanmu kerana dirimu adalah perhiasan dunia ...ketahuilah wahai insan bergelar muslimah:-

~"wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh"


~Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."'



KEWAJIPAN DALAM ORGANISASI

  1. Niat kena perbaiki (niat kerana Allah S.W.T)
  2. Beramal dan berusaha hanya untuk Islam
  3. Yakin bahawa kita wajib bersama dengan Islam seumur hidup kita.
  4. Wajib menganggotai jemaah.
  5. Menyeru agama Allah secara bijaksana.
  6. Mempertahankan kesucian Islam dan membanteras kemungkaran mestilah secara berjemaah.

TIPS MENIMBULKAN RASA CINTA KEPADA ALLAH S.W.T

Pertama : Seseorang hamba hendaklah menjaga ibadah-ibadah wajib.Sebab,ibadah ini merupakan kunci pertama dan jalan utama menuju Allah.
Tak ada cara yang lebih Aku sukai dari hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-ku,dari
ibadah yang Aku wajibkan kepadanya."(HR.Bukhari dan Ibnu Hibban)

Kedua : Membaca Al-Quran dengan tadabbur,kerana Al-Quran itu merupakan kalam Allah.Kitab suci tersebut juga meruakan neraca untuk mengetahui kadar keimanan seseorang.
Orang yang anda lihat suka membaca dan merenungkan Al-Quran,dengan kata lain,tiada hari tanpa membaca Al-Quran,maka ketahuilah bahawa dia adalah orang yang sangat dekat kepada Allah.

Ketiga : Sentiasa berzikir kepada Allah.Zikir kepada Allah dapat mengusir syaitan ,mendapatkan perlindungan dari Yang Maha Pemurah,hati menjadi tenang dan jauh dari segala yang menyebabkan murkaNya.

Keempat : Sering mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat sunat seperti solat,puasa dan sedekah.

Halaqah pimpinan muslimat PERPPIS



Tarikh : 31 Disember 2010

Tempat : Pejabat Pasti

Masa : 2.15 petang

Kehadiran pimpinan : 10 orang


Assalamualaikum,Alhamdulillah kami telah mengadakan satu perbincangan yang mana,pada masa itu merupakan usrah haraki kali pertama,Nakibah yakni umi tidak dapat hadir disebabkan hal tertentu.Bagi meluangkan masa tersebut kami membuat 1 perbincangan dan ta'aruf yakni mendalami pribadi sahabat.


Hepi PERPPIS 2010/2011 telah memberikan sedikit perangsang ataupun pesanan buat pimpinan:

01) Elakkan sms Lagha dengan muslimin.

02) Tiada istilah Couple dalam organisasi mahupun diluar organisasi.

03) Menjaga adab semasa berada dalam PERPPIS

04) Berbuat baik kepada ibu bapa.

05) Tiada alasan malas dalam melakukan gerak kerja.

06) Jangan tidur selepas pulang dari program sebaliknya membantu ibu bapa dirumah

07) Bertingkah laku baik semasa disekolah.

08) Patuh arahan yang diberikan oleh HEPI

09) Jaga Ikhtilat dengan muslimin jangan sampai timbul fitnah

10) Jangan jadikan PERPPIS sebagai landasan pencarian jodoh

11) Satu hati dalam gerak kerja.

12) Anggap kita adik-beradik dalam PERPPIS.

13) Tegur secara berhikmah.

14) Membantu apabila ditimpa kesusahan.

14) Selesaikan masalah dengan segera apabila terdapat perselisihan pendapat.

Khas buat pimpinan HEPI dan sesiapa sahaja bergelar ukhti

_ syauqah Wardatun_

SURAT KHAS BUAT MAWAR  YANG HAMPIR LAYU
BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM
 ASSALAMMUALAIKUM WRWB
 Ini adalah sepucuk surat buat segenap ukhti yang beriman kepada Allah dan hari akhir. 
Buat segenap remaja puteri yang mengimani Allah? buat siapa saja yang hari ini menjadi ukhti? 
kemudian esok bakal menjadi isteri dan selanjutnya menjadi ummi... 
yang oleh Allah Ta'ala telah diberi amanah memelihara tanggung jawabnya masing-masing?
 nescaya di hari kiamat kelak akan menanyakan apa yang menjadi tangggungjawab anti semua.
Wahai wanita yang mengimani Allah sebagai Rabb-nya,
 Islam sebagai dien-nya dan Muhammad sebagai nabi serta rasulnya. 
Mudah-mudahan engkau pernah membaca seruan nan luhur dari Allah: 
"Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, j
ika kamu bertaqwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan suara) sehingga berkeinginanlah 
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.
Dan hendaklah kamu tetap berada di dalam rumahmu dan 
janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat,
 tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya? (Al Ahzab:32-33)
 Itulah seruan Allah kepada siapa saja yang memahami firman-Nya: 
 "Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan wanita yang 
mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. 
Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)
 Wahai ukhti? bacalah dan jangan terperdaya. Engkau hidup di zaman dimana kehinaan telah menguasai keutamaan. 
Kerana itu berhati-hatilah terhadap fesyen-fesyen busana seakan menunjukkan para wanita telanjang, 
fesyen-fesyen yang menjadi salah satu penyebab kejahatan dan kerosakan.
 Wahai ukhti? janganlah engkau terperdaya oleh para dajjal yang menyerukan tabarruj dan buka-bukaan. 
Mereka adalah musuh-musuhmu wahai puteri Islam-khususnya- dan musuh para kaum muslimin pada umumnya.
 Wahai puteri Islam?para penyeru tabarruj dan buka-bukaan amat berkeinginan untuk melepaskan hijabmu, 
mereka berlumba-lumba ingin mengeluarkanmu dari rumah-rumahmu dengan dalih emansipasi.
 Sayang seribu kali sayang, ternyata banyak wanita yang telah keluar rumah dengan pakaian yang menampakan tubuh-badannya 
(berpakaian tapi telanjang).Mereka berjalan berlenggak-lenggok, sanggul kepalanya seperti pundak unta, m
enggugah kelelakian kaum lelaki dan membangkitkan letupan-letupan nafsu seksual yang mestinya terpendam.
 Wahai puteri fitrah? janganlah engkau tertipu dengan semboyan peradaban yang 
sebenarnya hanya akan menjajakan wanita sebagai barang dagangan yang ditawarkan kepada siapa saja yang menghendakinya. 
Jangan pula engkau tertipu dengan tipu daya yang tak tahu malu. 
Allah berfirman: 
 "Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia yang ada di muka bumi 
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti melainkan hanya 
persangkaan belaka dan tidaklah mereka melainkan hanya berdusta. (Al An'am:116)
 
Pada busana sebatas lutut engkau bergegas? Demi Allah, sungai manakah yang akan engkau seberangi ?
Seolah pakaian masih panjang di pagi hari,namun kian tersingsing saat demi saat
Engkau sangka kamu laki-laki itu tiada perasaan?
Sebab engkau mungkin tak lagi punya perasaan ?
Tidak malukah engkau terhadap pandangan-pandangan mata itu ?
Aduhai ukhti? ! bacalah dan jangan terperdaya! Malukah engkau untuk bertaqwa dan berbusana iman ? 
Sementara engkau tiada malu untuk bertabarruj dan buka-bukaan ?
 Wahai ukhti?, adakah akan merugikanmu penghinaan kaum juhala (orang-orang yang bodoh) 
itu selama kita berada di atas al haq sedang mereka di atas al bathil ?
 
Tidakkah engkau dengar firman Allah: 
 "Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya di dunia mentertawakan orang-orang yang beriman.
 Dan bila orang-orang yang beriman lewat di hadapan mereka mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. 
Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali dengan gembira. Dan jika mereka melihat orang-orang mukmin mereka berkata:
 'Sungguh mereka itu benar-benar orang yang sesat', padahal orang-orang yang berdosa itu tiada dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. 
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir, mereka duduk di atas dipan-dipan sambil memandang.
Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (Al Muthafifin: 29-36)
 Wahai ukhti? siapa yang kelak tertawa di akhirat nescaya dia akan banyak tertawa.
Atau engkau pernah berfikir bahwa hijabmu itu akan menghalanginya untuk mendapatkan seorang suami?
 Hai ukhti? Demi Allah! Fikiran itu hanyalah was-was (bisikan) syaitan.
Tidakkah engkau tahu bahwa Allah telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka kerana itu dengarkan firman-Nya: 
 
"Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. 
Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-perempuan yang baik." (An Nur: 26)
 
Oleh sebab itu mestinya engkau jangan redha kecuali jika menjadi pedamping seorang suami yang baik, yang berpegang teguh pada ajaran diennya dan selalu merasa diawasi oleh Rabbnya.
Suami seperti inilah yang engkau bakal merasa aman bagi jaminan hidup masa depanmu. Lihatlah! Di sana banyak sekali puteri-puteri sebangsamu yang terjebak dalam tipu 
daya kehidupan Romantisme dan Cinta menyesatkan.
Ternyata banyak di antara mereka kemudian gagal dalam menempuh jalan hidupnya?. Begitu tragis.
 
Allah berfirman: 
 “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah bukakan baginya jalan keluar dan nescaya Dia akan memberinya rezeki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya." 
(At Thalaq: 23)
 Tapi bagaimanakah engkau sanggup berbusana seperti ini di tengah musim panas dan teriknya sengatan matahari ?
Wahai puteri fitrah? sesungguhnya di dalam iman terdapat rasa manis bagi jiwa dan rasa tenteram bagi dada. 
Kalau engkau tahu bahwa neraka jahannam itu lebih panas nescaya segala rasa panas dunia akan, menjadi ringan bagimu.
 Ketahuilah, sungguh seringan-ringannya orang yang diseksa di neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah telapak kakinya diletakkan sepotong 'bara' dari api neraka, 
tetapi dari sepotong bara di bawah kakinya itu akan mendidih otaknya?
 Waspadalah akan godaan-godaan syaitan. Dengan demikian apakah gerangan yang menyebabkanmu berpaling dari seruan Allah? Dunia dan perhiasannyakah ??
 
Bacalah firman-Nya: 
 "Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, 
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian manjadi hancur.Dan akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. 
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al Hadid: 20)
 Atau adakah engkau kini sedang bergembira ria dengan para pemuda dan dengan dunia kecantikan, seraya engkau katakan: "Nantilah saya akan berhijab kalau umurku sudah tua" ?
Ketahuilah ?semoga Allah menunjuki kita semua bahawa apa yang engkau gembirakan itu adalah nikmat Allah sebab; 
 "Apa-apa yang ada padamu dari suatu nikmat maka ia adalah datangnya dari Allah." (an Nahl: 53)
 Semestinya engkau wajib bersyukur kepada Allah dengan cara mentaati-Nya. Betapa banyak remaja yang hari-harinya penuh tawa?Padahal kain-kain kafan telah siap untuknya. 
Sedang ia tak mengira betapa banyak pengantin wanita dihias untuk sang suami tiba-tiba nyawa melayang di malam taqdir
 Wahai ukhti? kembalilah segera kepada nilai-nilai dan prinsip Islam,nescaya harga diri dan kehormatanmu akan terjaga di hadapan siapa saja. Angkatlah kemuliaanmu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. 
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita semua untuk bisa melakukan apa yang dicintai dan diredhai-Nya. Akhirnya memohon pada Allah agar Ia menjadikan amalan kita ikhlas kerana wajah-Nya.
 
SUMBER:(Syeikh Faris Al Jabushi)
 






PERPPIS BAHAGIAN TAWAU SESI 2010 / 2011

PRESIDEN

Muhd rajie lioli

(SMK Jalan Apas – 013-8934951)

TIMBALAN PRESIDEN

Mohd Idham Hasnol

(SMK Tawau – 014-8602132)

SETIAUSAHA

Mohd Noor Fadil Lanangka

(SMK Jalan Apas - )

TIMBALAN SETIAUSAHA

Azwan Amir

(SM Holy Trinity - )

BENDAHARI

Haiqal Assyafiq Ansar

(SMK Jambatan Putih – 013-8905210)

HAL EHWAL PUTERI ISLAM (HEPI)

PENGERUSI HEPI

Norsiah Labara

(Institut Akademi Bakti – 014-5532198)

TIMBALAN PENGERUSI HEPI

Nur Farahin Sabri

(SMK Kuhara - )

SETIAUSAHA

Julianti Muhd Siri

(Guru Pusat Tuisyen Abadi – 014-5663021)

TIMBALAN SETIAUSAHA

Dian Oktaviana Kamarudin

(UiTM Selangor - )

BENDAHARI

Nur Hazanah Adina Muhiddin

(SMK Tawau – 014-5514928)

MUKADIMAH / PENGENALAN


PERPPIS ditubuhkan pada tahun 1979 dan dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Islam Sabah.

Pada tahun 1996, nama persatuan ini telah ditukar kepada Persatuan Putera Puteri Islam Sabah.

Semenjak ditubuhkan PERPPIS telah menjana pelbagai program bagi mendekatkan remaja dengan Islam. Pihak PERPPIS meyakini kemelut sosial yang dihadapi oleh golongan remajakini dapat disinari dengan cahaya iman dan Islam. Untuk itu, PERPPIS terus mengatur langkah dan strategi bagi membawa obor Islam walaupun menghadapi pelbagai tribulasi.


VISI

Menjadikan Persatuan Putera Puteri Islam sebagai wadah gerakan remaja Islam yang paling unggul


KONVIKSI

Melahirkan golongan Al-Murabitun yang cemerlang


MISI



  • Mewujudkan program tarbiah dan kepimpinan secara sismatik dan berterusan.
  •  Menjadikan PERPPIS sebagai medan gerak kerja amal Islami bagi semua golongan remaja Islam.
  • Melatih remaja Islam tentang asas pengurus diri dan organisasi bagi meningkatkan kualiti kepimpinan yang cemerlang

FALSAFAH


Bajai Minda Suburi Iman


TERAS PERKHIDMATAN


Berkhidmat Untuk Islam Dan Negara Tercinta


MOTO


Cerdas Minda Landasan Takwa


IKRAR



  • Allah matlamat kami
  • Rasul ikutan kami
  • Al-Quran
  • Hadis perlembagaan kami
  • Al-Jihad agenda kami
  • Syahid cita-cita kami.



SUMBER RUJUKAN


  1. Al-Quran 
  2. Hadis
  3.  Ijmak Ulamak
  4. Qias

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *