- Tiada kejayaan tanpa keberanian. Kejayaan dalam hidup adalah perjuangan yang pada hujungnya adalah kemenangan. Kemenangan hanya milik orang yang berani. Untuk Berjaya, kita mesti berani mencari dan menambah pengetahuan, maklumat dan pengalaman. Berani mencuba apabila mahukan kejayaan menjadi milik kita.
- Bersedia mencipta kejayaan. Jangan hanya berpuas hati dan mendabik dada dengan pencapaian generasi terdahulu. Fikirkan di mana uasaha dan pencapaian kita? Oleh itu, tidak cukup sekadar mempunyai pengetahuan sahaja. Kita perlu mempunyai kemahiran dan semangat tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Laksanakan dengan berani apa yang sudah dirancang.
MENJADI REMAJA BERANI
MAKSUD SIMBOL EMPAT JARI YANG MENJADI FENOMENA ~ MAKSUD RABIA
Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah.
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA?
Apa ke benda R4BIA tu?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
Salam 'Eidul Fitri buat pembaca setia blog Persatuan Putera Puteri Islam(PERPPIS) Tawau. Moga hari raya tahun ini menjadi hari yang paling barakah dalam hidup kalian semua. Diharapkan semua berbahagia dengan keluarga dan sanak saudara. Ambillah iktibar serta kebaikan dari puasa yang kita tunaikan selama 29 hari. Jangan sia-siakan amalan kita. Kita seharusnya terus istiqamah melakukan amalan kebaikan seperti puasa sunat, qiamullail, bersedekah serta mengeluarkan zakat meskipun kini kita telah pun berada di bulan Syawal dan Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Ramadan Mengimbau Kenangan Silam
|
|
|
Ramadan mengimbau kenangan silam SEMASA orang Arab memilih nama-nama bulan, Ramadan telah diambil bagi menamakan salah satu daripadanya. Ramadan bermaksud 'sangat panas' atau 'panas terik'. Berkebetulan pula pada ketika itu, bulan Ramadan ini mengalami perubahan cuaca panas terik. Bulan inilah kemudiannya dipilih oleh Allah untuk diturunkan al-Quran buat kali pertama di gua Hira' pada saat Rasulullah s.a.w. bermunajat dan berkhalwat ke hadrat IIahi. Kemudiannya Allah menyebut di dalam al-Quran nama bulan yang penuh berkat ini di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi manusia dan berbagai-bagai keterangan yang menjadi petunjuk dan pemisah di antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 85). Demikian kehendak Allah memilih apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya, selaras dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan Tuhanmu menciptakan apa-apa yang dikehendaki dan memilih apa-apa yang dikehendaki." (al-Qashash: 68). |
Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia”
(Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah
al-Mukarramah
al-Mukarramah
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat
nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan
solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT
terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan
ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap
solat mula dikerjakan.
Pencuri mengajar Ayat Kursi
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'
ISLAM Pada AKHIR ZAMAN
Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadith daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Subscribe to:
Posts (Atom)










