Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Anjing-Anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.


· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

3 GOLONGAN

Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi tiga orang dan lebih mengasihi tiga orang dan sesungguhnya Allah murka kepada tiga orang dan lebih memurkai tiga orang.

Kasih Allah:

* Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi orang tua yang taat kepada perintah-Nya tetapi Allah lebih mengasihi remaja yang mentaati perintah-Nya.

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang fakir yang rendah diri ( tawadu') tetapi Allah lebih mengasihi orang kaya yang bersikap rendah diri ( tawadu')

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang kaya yang pemurah tetapi Allah lebih mengasihi orang miskin yang pemurah.

Kemurkaan Allah:

* Allah membenci pemuda yang membuat maksiat tetapi Allah lebih membenci orang tua yang melakukan maksiat.

* Allah membenci orang kaya yang takabbur( sombong ) tetapi Allah lebih membenci kepada orang miskin yang sombong (takabbur).


* Allah membenci orang fakir yang kedekut tetapi Allah lebih membenci orang kaya yang kedekut

WAHAI SAHABAT-SAHABAT PERPPIS BERUSAHALAH MENJADI INSAN @ HAMBA YANG DIKASIHI ALLAH DAN JAUHI SAMA SEKALI PERBUATAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMURKAAN ALLAH TAALA... FIKIRKAN. JANGAN BERHENTI BERFIKIR DAN BERAMAL SELAGI ANDA BERNAFAS.

SEMOGA ALLAH MELAKNATINYA





Inilah bukti kejahatan As-Sisi La'natullah yang membunuh ratusan rakyat Mesir yang hanya 'berbekalkan' buku, doa, baju, makanan dan suara demokrasi sebagai perisai mereka. Ratusan dibunuh, ribuan cedera, bantuan perubatan disekat. Allahurabbi..

Doa anda diperlukan. Maghrib dan Isya anjurkanlah munajat disetiap surau/masjid. 

Qunut Nazilah teman.

Kami Bersama Rakyat Mesir Yang Dizalimi


 
PIMPINAN PERPPIS menyeru kepada ahli PERPPIS dan seluruh rakan-rakan pelajar di Tawau khususnya supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada umat Islam di Mesir. Berikanlah sumbangan derma anda walaupun sekadar RM1 sahaja. JANGAN TUNGGU LAGI. AYUH KITA BERJIHAD DENGAN WANG YANG ADA DI POKET KITA UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN MESIR.

Perhatian Buat Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013

"Kepada Pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula dari 2hb Oktober 2013 sehingga 9hb Oktober ini, harap ambil perhatian.

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013

Sebagai pelajar seharusnya ambil tahu bukan hanya aktiviti harian anda, lebih dari itu harus perhatikan juga Jadual Waktu Peperiksaan Menengah Rendah yang bakal anda hadapi dalam tempoh sebulan dari sekarang. Klik di sini untuk melihat jadual penuh Jadual Waktu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013.
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013
PIMPINAN PERPPIS TAWAU harap dan mendoakan agar semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013 nanti akan beroleh kejayaan cemerlang." 

Kisah Pelacur Tua & Lelaki Soleh

Di satu kampung terpencil, ada seorang lelaki soleh yang sangat disegani & dihormati. Bukan saja beliau taat mengerjakan perintah agama, beliau juga mempunyai rupa yg tampan.

Satu hari, sedang beliau berjalan menuju ke masjid... segumpal awan telah mengikori dan memberikannya perlindungan dari sinaran terik matahari.

Dalam perjalanan, seorang pelacur tua yang hodoh, tapi masih berpakaian seksi telah memandang beliau dari jauh... 

Dengan tergesa-gesa, pelacur tua itu menghampiri lelaki soleh itu.

Dengan nada yang amat marah, lelaki soleh tadi telah menengking dan mengusir pelacur tua itu.

"Buat apa kau disini wahai pelacur yg jijik? Kau tidak pantas mendekati dan bergaul dengan aku. Aku telah diteduhkan oleh awan kerana diriku bersih,  sedangkan dirimu penuh dengan dosa dan maksiat! Pergi kau!"

catatan DAI'E

Yakinlah...
Suatu saat kata akan sangat BERSYUKUR...atas segala TERPAAN HIDUP yang kita jalani..
melalui segala UJIAN,CUBAAN dan DUGAAN dalam HIDUP dan PERJUANGAN yang kita hadapi...
kerana semua itu SEBAHAGIAN dari RANGKAIAN KEMULIAAN..yang sedang dipersiapkan ALLAH buat kita seorang DAI'E...
JANGAN PUTUS ASA dan JANGAN LEMAH HATI..
ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar dan berserah diri...insyaAllah
teruskan perjuangan..don't stop..don't give up!..
Maniskan Iman..Maniskan Senyuman..

serius! "ingatlah,sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat" (2:214)

MENJADI REMAJA BERANI

  1.    Tiada kejayaan tanpa keberanian. Kejayaan dalam hidup adalah perjuangan yang pada hujungnya adalah kemenangan. Kemenangan hanya milik orang yang berani. Untuk Berjaya, kita mesti berani mencari dan menambah pengetahuan, maklumat dan pengalaman.  Berani mencuba apabila mahukan kejayaan menjadi milik kita.
  2.   Bersedia mencipta kejayaan. Jangan hanya berpuas hati dan mendabik dada dengan pencapaian generasi terdahulu. Fikirkan di mana uasaha dan pencapaian kita? Oleh itu, tidak cukup sekadar mempunyai pengetahuan sahaja. Kita perlu mempunyai kemahiran dan semangat tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Laksanakan dengan berani apa yang sudah dirancang.
MAKSUD SIMBOL EMPAT JARI YANG MENJADI FENOMENA ~ MAKSUD RABIA





Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah.
 Maksud Simbol Empat Jari R4BIA Yang Jadi Fenomena Facebook l MAKSUD RABIA
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA?
Apa ke benda R4BIA tu?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.


Salam 'Eidul Fitri buat pembaca setia blog Persatuan Putera Puteri Islam(PERPPIS) Tawau. Moga hari raya tahun ini menjadi hari yang paling barakah dalam hidup kalian semua. Diharapkan semua berbahagia dengan keluarga dan sanak saudara. Ambillah iktibar serta kebaikan dari puasa yang kita tunaikan selama 29 hari. Jangan sia-siakan amalan kita. Kita seharusnya terus istiqamah melakukan amalan kebaikan seperti puasa sunat, qiamullail, bersedekah serta mengeluarkan zakat meskipun kini kita telah pun berada di bulan Syawal dan Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita. 

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *