Kepentingan Solat
Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung... (HR Imam al-Tirmidzi)
Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang mendirikan solat”. (Surah Al-Muddaththir 42-43)
Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
24 Hours In Life As A Muslim
‘’A person of faith orders his whole life according to the Qur'an and strives to apply carefully from day to day what he has read and learned in its verses. In everything he does from the moment he gets up in the morning until the time he falls asleep at night, he is intent on thinking, speaking and acting according to the teachings of the Qur'an. Allah shows in the Qur'an that this dedication dominates the whole life of a believer.’’(page 9)
Dan lagi….
But some people think that religion is composed of rituals limited to certain times—that life is divided into times for prayer and other times. They think about Allah and the afterlife only when they pray, fast, give sadaqah or go on the pilgrimage to Mecca. At other times they are engrossed in the business of the world. Life in this world is for them an unpleasant rush. Such people are almost totally divorced from the Qur'an and have their own personal goals in life, their own understanding of morality, their own world view and sense of values. The have no idea of what the teaching of the Qur'an really means. (page 9)
Zaapp! Memang terasa apabila baca perenggan kat atas ni.Kebanyakan daripada kita walaupun tak semua hanya memikirkan Islam apabila tiba ke sesetengah perkara seperti perkahwinan(tu pun telah dicampur dengan adat budaya hingga tak nampak beza) dan kematian.Kebanyakan kita juga tidak berusaha memahami ajaran Quran yang sebenarnya kerana jika kita memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian,insyaAllah kehidupan kita diberkati olehNya.
One of the basic differences between Muslims who live their lives according to the teachings of the Qur'an and those people who reject Allah is this: the wisdom Allah gives to those who use their conscience and stand in awe of the glory of Allah. (For a detailed discussion see Harun Yahya's True Wisdom Described in The Qur'an) Because of their wisdom, believers are immediately aware of the reason behind events that godless people and those unable to grasp the truth regard as meaningless happenstance.(page 14)
Itulah indahnya Islam apabila mengajar kita dalam segenap aspek kehidupan daripada sekecil-kecil perkara seperti cara beristinjak sehinggalah ke sebesar-sebesar perkara seperti mentadbir negara.Apabila kita menyedari yang kita memegang tanggungjawab sebagai seorang Muslim,seharusnya kita menjadikan seluruh kehidupan kita selama 24 jam sehari itu berpaksi kepada ajarannya yang telah termaktub di dalam Al-Quran.
24 Hours in The Life as A Muslim tulisan penulis tersohor Harun Yahya ini menyentuh kehidupan seharian kita sebagai seorang manusia dan tentunya mestilah berpaksikan identiti sebagai seorang Muslim bermula daripada kita bangun tidur pada siang hari sehinggalah menyentuh aspek hubungan sesama manusia.Seharusnya kita berusaha untuk menjadi Muslim dan Mukmin yang lebih baik dari hari ke hari agar kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia.
Bagi sesiapa yang ingin mula berjinak-jinak dengan karya Harun Yahya,buku ini sesuai sebagai bahan bacaan awal kerana gaya bahasanya yang mudah difahami. Jangan tak jadi baca pulak bila tengok ‘for 9 years and above’ tertera di kulit depannya.Untuk mencari ilmu,tak perlu malu kan?
Believers who follow the values described by Allah in the Qur'an and make them prevail over every moment of their lives will live in the best way. Allah announces good tidings to these believers in the following words(page 166):
It is not your wealth or your children that will bring you near to Us, only in the case of people who believe and act rightly; such people will have a double recompense for what they did. They will be safe from all harm in the High Halls of Paradise. (Surah Saba': 37)
Those who believe and do right actions and establish prayer and pay alms, will have their reward with their Lord. They will feel no fear and will know no sorrow. (Surat al-Baqara:277)
Those who fulfil Allah's contract and do not break their agreement; those who join what Allah has commanded to be joined and are afraid of their Lord and fear an evil Reckoning; those who are steadfast in seeking the face of their Lord, and establish prayer and give from the provision We have given them, secretly and openly, and stave off evil with good, it is they who will have the Ultimate Abode.(Surat ar-Ra'd: 20-22)
Sambutan Hari Valentine
14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.
Hari yang dikenali sebagaiValentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)
Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)
Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
Dsini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Anda adalah hakim!
Inilah adalah pesanan yang penting. Bacalah betuk-betul kerana mungkin kita teralpa walaupun mungkin kita tahu mengenainya.
Ketahuilah kita sentiasa berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi yang memerlukan kita untuk membuat pilihan, keputusan atau tindakan. Ia menjadi penting atau lebih penting, jika pilihan, keputusan atau tindakan itu melibatkan pilihan antara 2 perkara atau lebih dan apabila ia mempunyai kaitan dengan orang lain sama ada berkaitan hak atau tanggungjawab.
Maka ketika itu kita adalah berkedudukan sebagai hakim yang adil kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain yang terkesan dengannya. Inilah tuntutan Allah atas diri setiap insan.
Oleh itu, setiap seorang itu adalah hakim bagi dirinya sendiri. Diri sendiri adalah hakim yang ditugaskan untuk menilai dan mempertimbangkan sebelum kita membuat keputusan dan tindakan itu.
Yang Menghalangi Seseorang Untuk Melaksanakan Shalat Malam

FUDHAIL bin ‘Iyâdh berkata, “Bila engkau tidak sanggup melaksanakan shalat (tahajjud) di malam hari dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahwa engkau orang yang terhalang (dari kebaikan) lagi banyak dosa.”
Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Bashri, “Sesungguhnya aku tidur dalam keadaan sehat, aku sangat ingin bangun melaksanakan shalat malam dan telah ku persiapkan air untuk bersuci, namun mengapa aku tetap tidak dapat bangun (disepertiga malam terakhir)?”
Beliau menjawab, “Engkau telah dibelenggu oleh dosa-dosamu.”
Bila seseorang tidak dapat mengerjakan shalat malam, maka hendaklah dia merenungi pernyataan seorang dari generasi Salaf, “Bila engkau belum dapat mengambil bahagian di waktu malam, maka janganlah engkau bermaksiat kepada Rabbmu di waktu siang.”
Kita Dan Rasulullah, Eratkah Kita?
Kisah 1:
Diceritakan ketika Rabiatul Adawiah lahir (zaman selepas wafatnya rasulullah saw), ayahnya tidak mempunyai wang. Takdir Allah dia bermimpi berjumpa rasulullah s.a.w dalam tidurnya. Rasulullah menyuruh dia pergi ke rumah menteri dan mengambil 400 dinar daripada menteri tersebut kerana menteri tersebut “berhutang” dengan baginda.
Apabila hal itu diajukan kepada menteri itu, maka dia amat terkejut kerana bagaimana mungkin dia berhutang dengan rasulullah kerana mereka tidak pernah bertemu. Setelah lama baru dia mendapat jawapan 400 dinar itu adalah kafarah baginya kerana lupa berselawat pada hari Jumaat. Amalan menteri itu ialah berselawat sebanyak 1000 kali seminggu iaitu 100 kali setiap hari dan 400 kali pada hari Jumaat dan pada suatu Jumaat dia terlupa untuk berselawat. Dengan senang hati ,menteri itu menyerahkan 400 dinar dan bersyukur kerana rasulullah menerima selawatnya dengan izin Allah.
Kisah 2:
Seorang ibu tua sedang dalam keadaan sakit. Lalu anaknya menziarahinya. Rumahnya diperbuat dari tanah liat seperti rumah orang zaman dahulu dan dia tidak mahu meninggalkan rumahnya itu. Anaknya menawarkan doktor yang terbaik bagi merawatnya, tetapi dia menolak. Dia menjawab bahawa dia mengetahui apa sebab sakitnya itu dan ubatnya. Katanya “Jika tiga hari aku tidak bertemu dengan rasulullah, maka aku akan sakit,” sambil mulutnya tak lepas-lepas dari berselawat. Bayangkan sudah berapa lama ibu itu bermimpi berjumpa rasulullah? Sehinggakan selawat adalah ubat kepada sakitnya.
Kisah 3:
Aku bertemu seorang tua yang menjadi bilal di Masjid Paka. Aku mengetahui melalui kawan aku bahawa dia pernah bermimpi bertemu dengan rasulullah. Aku terus bertanya berkenaan mimpi dia itu. Pada mulanya dia keberatan untuk menjawab takut riak mungkin. Tapi lepas beberapa lama diapun berkongsi petua. Katanya paling kurang berselawatlah 100 kali sehari.
Kisah 4:
Aku terbaca di Harakah berkenaan pendedahan Tuan Guru Nik Aziz bahawa Tuan Guru Haji Hadi sudah beberapa kali bermimpi bertemu rasulullah. Suatu petang lepas solat asar aku menunggu TG Haji Hadi di pintu keluar masjidnya (dia ada laluan khusus untuk keluar) terus aku beri salam, bersalaman dengannya dan terus bertanya apakah amalan yang dia lakukan setiap hari hingga dapat bermimpi bertemu rasulullah. Dia jawab ringkas “ selawat”, aku tanya lagi banyak mana sehari? Dia jawab dia tak mengira berapa banyak dia selawat sehari.
Kisah 5:
Seorang murid bertanya kepada seorang imam berkenaan cara untuk bermimpi berjumpa rasulullah. Imam itu menyuruh dia ke rumahnya pada malam itu untuk mendapatkan cara bermimpi bertemu rasulullah. Pesan imam kepada muridnya supaya makan malam di rumahnya. Sampai di rumah imam, muridnya dijamu dengan makanan-makanan yang masin semuanya. Selesai makan tanpa diberi minum muridnya disuruh tidur untuk bermimpi berjumpa rasulullah.
Keesokan harinya mereka bangun bersolat dan selesai semua solat dan wirid, imam itu bertanyakan mimpi muridnya. Jawab muridnya “Saya bermimpi saya ditimpa hujan yang sangat lebat semalam, tetapi tidak pula berjumpa rasulullah tuan” Jawab imam, “Benar, itulah mimpi yg betul” yang membuatkan muridnya kehairanan. Dia yang tidak puashati terus bertanya apa maksudnya dengan mimpi itu.
Jawab imam “Kamu sangat dahagakan air kerana selepas makan malam dengan makanan yang masin, pastinya kamu mencari air. Kerana air itu yang sangat-sangat bermain dalam fikiran kamu maka kamu bermimpi berjumpa air. Begitulah juga dengan rasulullah, jika rasulullah sentiasa berada dalam hati dan pemikiran kita kerana cinta dan kasihnya kita kepada baginda, maka kita akan bertemu dengan baginda. Tetapi rasulullah tiada di hati kita, mana mungkin kita bertemu dengan baginda” terang imam lagi.
Lima kisah teratas bukan dalil, ianya hanya pengalaman yang diberitakan. Tidak kisah samada mahu dipertikaikan atau diterima, yang penting ianya melibatkan menteri, presiden parti, seorang bilal yang tua naik motor sahaja berulang alik ke masjid dan seorang makcik tua yang miskin, yang satu persamaan mereka ialah mereka dapat bertemu dengan rasulullah dalam mimpi. Dengan amalan yang hampir sama oleh mereka semua iaitu berselawat dengan sebanyak-banyaknya, maka tidak kira pangkat dan harta, mereka mendapat keistimewaan ini.
Jadi untuk kita menjadi umat yang dikasihi dan mengasihi rasulullah, maka kita hendaklah sentiasa mengingati baginda dalam apa jua keadaan. Dengan selawat 100 kali yang kurang dari lima minit untuk di selesaikan, kita kelihatannya amat berkira-kira dengan baginda, tetapi dalam masa yang sama mengaku kononnya sebagai pengikut rasulullah s.a.w. Sedangkan Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka apakah kita lebih tinggi dan mulia dari keduanya? Berselawatlah tanpa menetapkan hari-hari khusus, tetapi berselawatlah sentiasa kerana rasulullah s.a.w berpesan orang yang paling hampir dengan baginda di akhirat nanti ialah orang yang paling banyak berselawat ke atas baginda. Tidak inginkah kita kepada syafaat baginda?
Sahabat sekelian, kita semakin jauh dari rasulullah dengan pelbagai keadaan. Samada jauh itu kerana dua sebab iaitu meninggalkan sunnahnya dan satu lagi jarak zaman kita dengan baginda. Satu tidak dapat dikembalikan iaitu zaman atau masa, kita tidak mungkin dapat hidup bersama baginda lagi selama-lamanya di dunia ini. Tetapi satu lagi dapat kita ambil semula iaitu kembali kepada sunnah baginda dengan mengamalkannya semampu kita untuk menjadikan rasulullah dekat dengan kita. InsyaAllah kita akan menjadi golongan yang rasulullah sebutkan iaitu kaum yang tidak mengenali baginda tetapi berpegang dengan bersungguh-sungguh sunnah baginda. Moga kita dikurniakan syafaat oleh baginda dengan izin Allah. Allahumma Solli a’la Muhammad Wa’ala aali Muhammad.
Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Kelebihan Wuduk
KDN kesan penyelewengan dalam aplikasi Al Quran
Setiausaha Bahagian di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata selain menerima aduan orang ramai, pihaknya sendiri mengesan kewujudan perkara itu yang dilihat sebagai cubaan menyesatkan umat Islam.
Penyelewengan yang dikesan meliputi penambahan ayat atau pengertian sehingga lari daripada yang asal, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Program Wakaf Al Quran dengan kerjasama Yayasan Restu, di Shah Alam hari ini.
Ringkasan Kisah Nabi Muhammad SAW Sejak Lahir Hingga Jadi Nabi
Berikut adalah ringkasan kehidupan Nabi SAW sejak lahir hingga menjadi Nabi yang dirujuk dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.
Subscribe to:
Posts (Atom)






