Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

11 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah: 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini : “Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)” (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim) 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagi a. 11. Rezeki adalah sesuatu yg Allah telah janjikan utk setiap manusia. Manakala hidayah sesuatu yg Allah suruh manusia mencari.... tetapi manusia memilih mencari rezeki bukan mencari hidayah..

Fitnah Dari Abad Ke Abad

SEJARAH kegemilangan Islam dalam masa 23 tahun dalam masa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan dua khalifah iaitu Abu Bakar dan Umar, ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang gilang gemilang untuk dijadikan tauladan bagi umat Muhammad yang baru sahaja bangun dari tidur yang lama.

Ada pun sejarah sesudah itu, iaitu sesudah terbuka pintu fitnah yang menimbulkan perpecahan umat Muhammad sehingga berbunuh bunuhan sesama sendiri dan ia dinamakan sebagai sejarah Islam yang tidak banyak dapat dijadikan teladan, malah sebaliknya pula daripadanya sepatutnya dijadikan sempadan.

Sejarah umat Islam ini berterusan dari babak ke babak melalui abad ke abad sehingga umat Islam tidur nyenyak berabad abad lamanya. Kerana itu kita tidak merasa perlu bagi kita meninjaunya kembali jesteru kerana telah jelas yang menyebabkan terjadinya begitu adalah mainan Yahudi dan juga mainan Iblis dengan tentera syaitannya yang tidak jemu jemu memutarkan hati manusia dengan berbagai bagai fitnah iaitu adu domba dengan memecah belah manusia.

Dalam hal ini Rasulullah telah meninggalkan satu peringatan seperti yang dicatatkan oleh ahli ahli hadith seperti Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Hudzaifah: satu ketika kami duduk bersama sama Umar, tiba tiba ia bertanya siapakah diantara kamu yang mengingati kata kata Rasulullah mengenai fitnah?
Jawabku: saya mengingati seperti yang dikatakan, berkata Umar: memang anda berani.

Lalu saya pun berkata: fitnah adalah ujian terhadap seseorang mengenai keluarga, harta, anak dan tetangganya yang dapat ditebus dengan solat, puasa,sedekah, amar makruf dan nahi mungkar.

Berkata pula Umar: bukanlah itu yang saya maksudkan, tetapi fitnah yang bergelombang bagaikan laut.
Umar bertanya lagi: adakah pintu itu dibuka atau dipecahkan.

Lalu berkata Umar: jika begitu apabila terbuka tidak akan tertutup selama lamanya.
Kawan kawan Hudzaifah bertanya, apakah Umar mengetahui bahawa dia adalah sebagai pintunya?
Dijawab oleh Hudzaifah: ya, ia mengetahui seperti mana diketahuinya semalam itu adalah sebelum hari ini. Sesungguhnya saya tidaklah mencerikan cerita kosong.

Sewaktu diminta penjelasan oleh kawan kawan Hudzaifah melalui seorang yang bernama Masruq maka dijelas oleh Hudzaifah: Pintunya Umar Al Khatab

Daripada riwayat atau cerita yang diceritakan oleh Hudzaifah, kita dapat memahami bahawa fitnah yang besar dibayang sebagai gelombang dan ombak yang menggulung dilautan sudah tentu melanda umat Muhammad selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w..

Adapun peristiwa yang dikatakan bagaikan gelombang dilaut itu ternyata telah pun terjadi dimulai dengan pembunuhan Uthman Al Affan dan terjadi peperangan diantara Aisyah dan Ali dan berlanjutan kepada peperangan Ali dengan Muawiyah dan berlarut larut sehingga beberapa lama.

Tidak syak lagi semuanya adalah menunjukkan fitnah yang besar terhadap umat Muhammad jesteru kerana puluhan ribu muslim menjadi korban kerananya hujung daripada kejadian ini sistem pemerintahan Islam tidak lagi berjalan seperti biasa iaitu ketua muslimin dipilih dari golongan yang baik yang bergelar Khalifah atau Amirul Mukminin atau pengertian zaman sekarang iaitu digelar Presiden.

Bagaimana pun juga itulah dia sejarah yang saya katakan sejarah umat Islam yang dimulakan oleh Nabi Muhammad kemudian disambung oleh Abu Bakar dan Umar dengan segala catatan kejayaan mereka yang telah menetapkan asas sebuah negara, kerajaan yang belum dapat dimasuki oleh jarum orang Yahudi.

Sesungguhnya banyak sekali hadith hadith yang diriwayatkan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata kata Rasulullah, dan betapa eratnya hubungan yang berlaku diantara Rasulullah dan Umar yang menerima agama Islam hasil daripada dimakbulkan oleh Allah doa Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah yang mulia, Abu Bakar yang lembut, Umar yang keras sekali perwatakannya lambang sari Imam. Islam dan kasih sayang sepanjang perkembangan Islam, dan kerana itulah ketiga tiga mereka di kuburkan berdampingan , saya katakan sebagai ibu sejarah Islam yang merupakan contoh untuk kita menggerakkan kembali perjuangan mengembangkan dan menegakkan agama Islam ini.
Perjuangan Islam telah pun bermula kembali sejak seratus tahun yang lalu. Seratus tahun itu bagi kita hanyalah baru sekadar setahun sahaja dalam ukuran sejarah kebangkitan agama Islam. Dalam hal ini umat Islam hendahlah tidak melupakan kata kata peninggalan Nabi Muhammad s.s.w. yang bermaksud: ‘Permulaan Islam adalah terasing (gharib) dan akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka berbahagialah orang orang yang terasing itu’.
Sekarang umat Islam bangun dari tidur, dan bila mana seruan kembali kepada Allah dan Rasul nya dicanangkan, mujahiddin zaman kebangkitan semula ini sudah tentu menemui apa yang ditemui oleh para mujahiddin di zaman permulaan, sekali pun keadaannya tidak sama oleh zaman, namun kenyataan dalam lapangan adalah sama sahaja menurut sejarah.

Hukum Mewarnakan Rambut Beruban



Di dalam Mahzab Syafie, hukum menghitamkan uban adalah HARAM, kecuali untuk pergi berperang.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, ”Pada hari penaklukan Makkah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan rambut dan janggutnya yang putih beruban. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warnahitam.” (HR. Muslim).  

Ulama besar Syafi’iyah, An Nawawi membawakan hadits di atas, di dalam Bab “Dianjurkannya menwarna uban dengan shofroh (warna kuning), hamroh (warna merah) dan diharamkan menggunakan warna hitam”. Ketika menjelaskan hadits di atas An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Menurut madzhab kami (Syafi’iyah), mewarna uban berlaku bagi lelaki mau pun perempuan iaitu dengan shofroh (warna kuning) atau hamroh (warna merah) dan diharamkan mewarna uban dengan warna hitam menurut pendapat yang terkuat. Ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya hanyalah makruh (makruh tanzih). Namun pendapat yang menyatakan haram lebih tepat berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “hindarilah warna hitam”. Inilah pendapat dalam madzhab kami.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarna (rambutnya) dengan hitam seperti tembolok burung merpati, mereka tidak akan mencium bau Syurga.” ( HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

Ringankanlah Kaki Hadiri Majlis Ilmu Agama

ilmu agama

Seorang anak murid yang rajin belajar dengan saya, juga staf di sebuah syarikat mengajak kawan-kawannya: ‘Jom malam ni, ustaz XX mengajar kat surau XX.’ Kawannya menjawab: ‘Awak ni nak jadi ustaz ke?’ Di waktu lain dia mengajak lagi kepada kawannya yang lain. Kawan itu menjawab: ‘Payah lah. Isteri aku selalu ajak aku pergi beli barang kat pasaraya time tu.’ Dia juga pernah bertanya kepada kawan-kawannya yang perempuan di syarikat itu: ‘Awak tahu beza darah haid dan istihadhah?’ Mereka diam.

Saya kemukakan dialog sebenar di atas yang berlaku di antara anak murid saya itu dengan kawan-kawan sekerjanya sebagai satu pembukaan bicara ringkas mengenai ilmu agama.

Kalau ada majlis ilmu di surau di tempat kerja dan staf dijemput, antara jawapan yang diberi:

‘Aku ada meeting pukul 2.30 petang ni, nak prepare ni’

‘Nak kena ambil anak sekolahlah, tak dapat ikutlah’

‘Time lunch ni, perut dah lapar’

‘Tunggu kat pencenlah, sekarang muda lagi. Cari duit dulu’

‘ cukup hujung minggu je’

‘I dengar sekali sekala pun dah ok ape’

‘yang ni dah belajar masa sekolah menengah dulu’

Jawapan yang agak ekstrim:

‘Awak alim sangat ke?’

‘Awak nak jadi ustaz ke?’

Ada di antara jawapan itu logik, jujur, benar dan ikhlas dijawab. Ada juga hanya sebagai alasan untuk tidak hadir majlis ilmu. Namun, sekiranya untuk perkara lain, nampaknya mudah pula diberikan masa. Konsert Jomheboh jauh di tempat lain. Berangkut semua anak-anak ke sana boleh pula. Kata penat tetapi untuk Jomheboh tak penat. Nak parking payah, kereta banyak tapi tak kisah. Kalau masuk tempat tertentu kena bayar tapi tak tak berleter pun.

Kalau anda sedia mencari ilmu agama di luar waktu pejabat, silakan, tetapi ramai mana yang demikian? Alasan yang selalu didengar ialah ‘penatlah, seharian dah kat ofis’…

Saudara/i,

Ketahuilah, ayat al-Quran pertama turun ialah Iqra. Ayat al-Quran dan Hadis Nabi cerita tentang kelebihan ilmu agama sangat banyak. Jalan ke syurga sukar tetapi dengan menjalani satu jalan mencari ilmu di surau berhampiran tempat kerja sudah membuka satu laluan mudah ke syurga.

Ilmu adalah rezeki. Kalau anda bersedia mengangkat kaki anda ke majis ilmu di surau berhampiran tempat kerja yang tidak sampai 20 minit itu, lalu duduk di atas karpet yang selesa, di bawah aircon atau kipas yang berpusing, tanpa sesak kereta seperti anda mencari parkir di konsert Jomheboh dan mendengar sedikit ilmu yang dicurahkan oleh ustaz/ah sekadar kurang dari sejam, cuba memahami apa yang disampaikan dan beramal dengannya, maka bertuahlah anda pada hari itu kerana anda sudah membuka laluan kepada keredhaan Allah dan syurgaNya, tetapi kalau sebaliknya, dan akhirnya anda kembali kepada Allah dengan tangan kosong, jangan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri.

Masih berfikir? Jangan biarkan syaitan menyelinap di celah kotak pemikiran anda. Jom, ke kuliah"

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang


Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
1. taat kepada Allah

2. Hormat kedua ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka.

3. Menghormati dan menyayangi guru serta tidak segan bertanya dan berinteraksi dengan guru.

4. Berkawan dengan kawan yang bersifat positif

5. Bersedia membantu kawan yang memerlukan bantuan

6. Mahir mengenai strategidan teknik menjawab soalan

7. Mempunyai imej diri yang positif

8. Memberi ganjaran dan penghargaan kepada diri sendiri

9. Menjalani kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan badan.

10.Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalanakan sebarang kegiatan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan

11.Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah

12.Sentiasa bertawakal.

5 Golongan Mati Syahid


5 Golongan Mati Syahid

Dalam Islam, mati syahid (Bahasa Arab: شَهيد ‎ šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:

“ "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki


(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)

”
Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Rasulullah bersabda:

“ "Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)) ”
2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:

“ "Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))

Rasulullah bersabda:

“ "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar

-melihat tempatnya didalam syurga

-dilindungi dari azab kubur

-dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar

-merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,

-dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Mati syahid , ada lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabak (al-math'un), sakit perut (al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), ditimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".

(HR Hakim)

Tanda-Tanda Husnul Khatimah


Tanda-Tanda Husnul Khatimah

Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya (Surah Ali-Imran [3]: 185). Hanya saja waktu dan lokasinya adalah sebuah misteri. Manusia tidak dapat mengetahui dan menetapkan jadual kematian, kerana ini adalah rencana dari Allah SWT.

Kematian pula bukanlah kejadian biasa, tapi ia adalah peristiwa besar yang menyakitkan yang ditandai dengan terputusnya hubungan antara roh dan jasad, perubahan situasi dan adanya peralihan dari suatu alam ke alam lain.

Kematian berlaku dengan fenomena yang beraneka ragam, secara umum boleh dibahagikan kepada dua keadaan. Pertama, meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (akhir hayat yang baik).

Dan kedua, meninggal dunia dalam keadaan suul khatimah (akhir hayat yang buruk). Keadaan yang pertama menunjukkan suatu gambaran bahawa nasib yang akan dialami oleh si mayat selepas kematiannya akan bahagia.

Sebaliknya, keadaan yang kedua menggambarkan keburukan yang bakal dialaminya. Bagi orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah mempunyai tanda-tanda tertentu yang sepatutnya diketahui oleh setiap individu, terutama kalangan umat Islam.

Tanda-tanda tersebut, di antaranya sebagai berikut. Pertama, mengucapkan kalimat tauhid (syahadah). Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang di akhir hayatnya mengucapkan la ilaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah, kecuali Allah SWT), maka ia masuk syurga." (HR Abu Daud).

Kedua, dahi atau kening berpeluh. Sebuah riwayat dari Buraidah bin Hashib ra, dia berada di Khurasan. Lalu, saudaranya kembali kepadanya dalam keadaan sakit sehingga ia sempat menyaksikan kematiannya.

Saat saudaranya meninggal dunia, ia melihat peluh keluar dari dahi, dan berkata, "Allahu Akbar". Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Meninggalnya seorang Mukmin ditandai dengan peluh di dahinya." (HR Tirmizi, Nasa'i, dan Ibn Majah).

Ketiga, meninggal dunia pada malam Jumaat atau siang harinya. Tanda ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Umar RA. Dia mendengar bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah siksa kubur." (HR Tirmizi).

Keempat, mati syahid. Ada lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabak (al-math'un), sakit perut (al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), ditimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).

Itulah di antara tanda-tanda meninggal dunia secara husnul khatimah yang disebutkan oleh nabi dan rasul ikutan kita, Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kelak kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (akhir yang baik), yakni golongan yang memperoleh hakikat kebahagiaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Wallahu al-Musta'an.

Sumber : http://detikislam.blogspot.com/

Harta Yang Tidak Di Zakati


ALHABIB ABDULQADIR BIN AHMAD ASSEGAF, JEDDAH BERTUTUR:

Alkisah ada seorang bernama al-Habib Agil bin Hasan al-Jufri, seorang shalihin dan juga seorang pedagang. Beliau menunaikan hak-hak orang lain sebagaimana mestinya. Suatu kali beliau meminta dari wakilnya yang ada di India untuk dikirimi gula, wakilnya menulis surat: "Gulanya sudah kami kirim melalui sebuah kapal dan akan sampai dalam beberapa hari ini.".

Beberapa hari kemudian terdengar kabar bahwa kapalnya tenggelam beserta barang-barang bawaannya termasuk gula yang sudah beliau pesan bersama surat di dalamnya.

Orang-orang memberi kabar: "Wahai habib gula-gulamu beserta kapal yang membawanya telah tenggelam."

Beliau menjawab: "Kalau gula milik saya pasti tidak bakal tenggelam." Orang-orang mengatakan: 'Apa engkau sudah
tidak waras! Ini kapalnya tenggelam bersama barang-barang muatannya."

Beliau menjawab: 'Apapun yang terjadi, Nabi Muhammad saw sudah berjanji dalam sebuah hadisnya:
“MAA TALIFA MAALUN FII BARRUN WALA BAHRIN ILLA BIHABSIZZAKAATI”

Artinya: TIDAK AKAN RUSAK HARTA DI LAUTAN MAUPUN DI DARATAN, KECUALI KARENA TIDAK DIZAKATI

Memang benar, setelah beberapa hari datanglah surat lain dari wakilnya: "Kami minta maaf karena terlalu cepat mengirim surat kepadamu, sebenarnya gulanya belum kami kirim, karena waktu kami bawa ke kapal, kaptennya mengatakan barangnya sudah penuh jadi nanti beberapa hari lagi akan sampai kepadamu dengan kapal lain”

kemudian habib Agil bin Hasan Al-Jufri berkata kepada orang-orang yang telah mengabari tentang kapal yang karam itu:
“Apa kiranya Nabi Muhammad Saw pernah berbohong kepada seseorang? Tentulah tidak." Inilah kemantapan hati, memang sabda Nabi Muhammad Saw benar dan tanpa ada keraguan sedikitpun.

Wallahu`alam

http://silverheritage.blogspot.com/

Kenapa Islam Mengharamkan Arak?



Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini.

Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.

I. Islam melarang minum arak secara bertahap.

Sila rujuk ayat di bawah ini:
  • Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).
Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya: 
  • Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219).
Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:
  • Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa' 4;43).
Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini:
  • Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)
II. Bible juga melarang meminum arak.

Bible juga melarang meminum arak, seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:
  • Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)

  • Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)

  • Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)
Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.

III. Kesan minum arak.

1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak. Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak.

3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.

4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

IV. Arak, kata Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW berpesan :
  • Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

  • Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

  • Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.

  • "Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang" (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).
V. Penyakit yang disebabkan oleh arak. 

Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti:
  • Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak

  • Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.

  • Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

  • Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

  • Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak

  • Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

  • Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak

  • Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

  • Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,

  • Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.
Di Malaysia, sepatutnya pembasmian arak atau 'kencing syaitan' itu perlu dikuatkuasakan sama seperti dadah. Bahkan arak lebih bahaya lagi, kerana penagihnya kebanyakan pemimpin-pemimpin, konglomerat-konglomerat yang 'keparat' dari sudut agama-agama di dunia. (IH)

Pemimpin Negara Tolak Hudud , Apa Tanggungjawab Rakyat ?

Pemimpin Negara Tolak Hudud , Apa Tanggungjawab Rakyat ?

Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *