Hiking PERPPIS terBAikkk ! ( 17-9-12)
Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga sampai ke puncak bukit Kinabutan meskipun banyak dugaan yang perlu dilalui... berkat kesabaran.. akhirnya kami BERJAYA !!
Expedisi Dakwah 2012
Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa Persatuan Putera
Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau akan mengadakan Ekspedisi Dakwah. Program
ini akan dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 29 Muharram - 5 Safar 1433H /25-30 Disember 2012
Hari : Selasa - Ahad
Tempat : (Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Beluran,
Telupid, Ranau,
Kundasang,
Menggatal, Penampang, Papar, Kimanis,
Beaufort, Keningau dan Kota Kinabalu)
Peserta : 35 Orang sahaja
Sehubungan
dengan itu, kami ingin memohon tajaan atau sumbangan daripada pihak tuan / puan
dalam bentuk kewangan yang kami perlukan bagi menampung kewangan program kami.
Untuk pengetahuan pihak tuan / puan, pihak kami menganggarkan kos sebanyak RM14737.50 bagi membantu pihak kami
dalam merealisasikan program diatas. Sebarang pertanyaan pihak tuan / puan
boleh terus berhubung ke alamat dan emil seperti diatas.
Sumbangan berbentuk pakaian
tidak terguna,AlQuran dan Tafsir boleh hulurkan,bagi membantu nasib rakyat yang
kurang berkemampuan amnya di kawasan pendalaman yang jauh dari bandar dan
kurang mampu.
Sumbangan juga boleh
dibuat melalui akaun persatuan di Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Cawangan Tawau yang bernombor 22-066-113063-8 atas nama Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Tawau.Dan
sumbangan peralatan boleh dibuat melalui ALAMAT:Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau peti surat 1304
91038 Tawau,Sabah.
Segala kerjasama dan sokongan
padu daripada pihak tuan / puan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
Semoga amalan murni ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t..
KENANGAN DAHULU MENDEWASAKAN KU
kumpulan haloqah ukhuwwah Hari Keluarga Perppis 2012 di Taman Muhibah.
Aktiviti ini adalah perkumpulan semua perppis sekolah yang dianjurkan oleh Perppis bahagian Tawau sebagai ajk pelaksana
Usrah Organisasi 17 Syaban 1433
Penyampai cikgu Nasir Ali
Surah Al Baqarah ayat 214
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Ayat ini menerangkan keimanan manusia yang Allah Uji.Allah menguji hambanya dengan setiap penjuru,apatah lagi sebagai seorang remaja yang bergerak kerja dalam dakwah islamiah ini diuji perlbagai ranjau dan dugaan yang akan di tempuh.Tambahan pula sebagai seorang anak dan pelajar.
Hanya hati yang berharap kepergantungan kepada Allah sahaja yang mampu menang dalam dugaan. Allah !! syurga Mu terlalu manis begitu juga lah jalan untuk menujunya telalu pahit.
Maka bantu lah kami Ya ALLAH dalam bermujahadah kepda Mu. Mencurahkan tenaga hanya untuk agama tercinta. Wahai pemuda !! bangkitlah berjuang!! tak usah takut dengan dunia .. tak usah takut dapat keputusan exam gagal.. Takut lah nanti aku tak dapat fokus Spm,Pmr,Stpm dan banyak lagi alasan hanya kerana takut.
melalui ayat tersebut
-Masuk syurga bukan mudah
-Setiap orang beriman mesti di cuba dan di uji
-Orang-orang sebelum kita diuji lebih dasyat dari kita.
-Cubaan itu menunjukkan kita ini betul-betul beriman atau pun tidak
-Sifat orang yang beriman hanya harap pertolongan Allah kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung
-Ujian juga menjadikan kita lebih matang
Wahai sahabat-sahabat ku yang di kasihi .. ujian itu merupakan tarbiah untuk kita supaya lebih kuat dalam bermujahadah di jalanNya.
Salam perjuangan <3
TERUSKAN PERJUAGAN...!
Sekian Lama Kita Bersama
Berkasih Bercinta Sesama Kita
Segala Dugaan Yang Menimpa Kita
Iman Dan Taqwa Menguatkan Kita
Jangan Sombong Berdoa
Doa,
bukan hanya ketika susah,
namun juga ketika senang.
Doa,
bukan hanya ketika berhajat,
namun juga ketika lapang.
Doa,
bukan hanya ketika bertaubat,
namun juga ketika beramal.
JATI DIRI PENTING UNTUK BERJAYA
Penbinaan jati diri pelajar yang cemerlang
1. Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap cintakan kecemerlangan dan sentiasa mengidam-
idamkan kemenangan...
idamkan kemenangan...
- Azam mestilah sentiasa dihidup dan disemarakkan hingga akhir hayat sehingga lah kejayaan
menjadi kenyataan ...
menjadi kenyataan ...
2. Usaha gigih tersusun dan sistematik ..
- Untuk mencapai kecemerlangan mesti dimulakan dengan usaha gigih iaitu dengan cara membuat perancangan teratur dan sistematik.. Masa dan tenaga diperlukan dan anda harus bijak menggunakan masa..
Subscribe to:
Posts (Atom)








