Penyakit Darah Tinggi


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.


Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Terdapat dua ukuran tekanan darah iaitu - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung iaitu tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman iaitu tekanan diastolik.


Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.


Jika hipertensi seseorang itu berat maka timbul gejala seperti : sakit kepala, kelelahan, mual, muntah, sesak nafas, gelisah, pandangan menjadi kabur kerana terdapat kerosakan pada otak, mata, jantung dan ginjal.


Oleh : Kump. Zinnirah

Tarikh : 30 Jun 2010

Masa : 03.48 p.m.


ISLAMIC SCHOOL ATTACK

Program Islamic School Attack akan diadakan pada 10 Julai bertempat di SK Batu 4, Jln Apas. Diharap sumbangan daripada anda sekalian bagi menjayakan program ini. untuk memberi sumbangan sila berjumpa dengan AJK PERPPIS di setiap sekolah di Tawau. Atau sumbangan melalui no akaun bank PERPPIS iaitu 22-066-113063-8 di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

UNTUK PALESTIN

DI UDARA, TIDAK TERJANGKAU TINGGI, KAMU MENGEPUNG KEMI DENGAN F-16 DAN APARCHE.

DI DARAT, KAMU SUSUN KERETA-KERETA BESI DAN PAGAR-PAAGAR TINGGI LAGI BERDURI.

DI LAUT, TIDAK TERENANG TENAGA KECIL KAMI, SEDANG ARMADA KAMU MENYEKAT BANTUAN DAN MAKANAN TANPA BALAS KASIHAN.

TINGGALLAH HASPITAL-HOSPITAL KAMI, TEMPAT YANG TIDAK BOLEH KAMI BERSEMBUNYI,

YANG HANYA ADA DOKTOR DAN JURURAWAT YANG TIDAK PUNYA BIUS DAN UBAT,

SEDANG RUANG BERKELIMPANGAN TUBUH-TUBUH SENDAT DAN WANGI MAYAT-MAYAT!

YA ALLAH, YAHDIKA YA PALESTIN!

KAMI HANYA PUNYA DUA TANGAN MENADA KEAMPUNAN DAN INDAN PERTOLONGAN,

KAMI MENADAH PENUH PASRAH AGAR ENGKAU TURUNKAN TENTERA ABABIL-MU DARI LANGIT YANG PERNAH MENGHANCURKAN ABRAHAH.

BELAHKAN LAUTAN AGAR TENGELAM ARMADA LANUN YANG BERWAJAH FIRAUN KERASUKAN.

RELAHKANLAH BUMI-MU DAN TUMPAHKAN MASIN LAUT MATI-MU

AGAR LARUT TENTERA-TENTERA YANG MELATA DI TANAH KAMI SEPERTI KAU HINA KAUM NABI LUT!

LABBAIKA YA ALLAH, LABBAIKA YA PALESTIN!

BILA SIFAT MALU TIDAK BERFUNGSI UNTUK MUSLIMAT

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...

vokalislamic mc

PENGGUNA ISLAM KENA SEDAR





PENGGUNA ISLAM KENA SEDAR!!!

Berikut merupakan senarai kod-kod yang menunjukkan lemak babi yang terkandung dalam makanan:

1.E100, 2. E110, 3. E120, 4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,

10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,

18. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,

26. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,

33. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471, 38, E472, 39. E473,

40. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478, 45. E481, 46. E482,

47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,

55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904.

Sekadar renungan buat pembaca budiman,

Kita sebagai pengguna Islam yang merupakan pengguna terbesar barangan HALAL sering tertipu dengan barang-barang yang mempunyai logo halal palsu, label kandungan yang palsu, kod-kod label makanan yang meragukan, dan banyak taktik yang digunakan oleh MUSUH ISLAM untuk merosakkan Islam itu sendiri. Oleh itu, kita sebagai pengguna barangan halal, fikir-fikirkanlah beberapa soalan di bawah ini sekadar renungan:

1. Adakah kita sebagai pengguna Islam hanya tahu mengguna barangan halal sahaja?

2. Adakah kita hanya tahu melaporkan barang-barang yang tidak halal atau meragukan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM, Persatuan Pengguna, dan lain-lain.

3.Adakah kita hanya tahu memboikot sahaja atau mengelakkan diri daripada menggunakan barang- barang yang tidak halal dan meragukan?

4.Adakah kita hanya tahu mengkritik, mencela, mengutuk perbuatan syarikat-syarikat pengeluar makanan yang tidak halal atau tidak bertanggungjawab kerana menghasilkan produk yang ternyata HARAM?

5.Adakah kita hanya tahu menyebarkan peringatan tentang senarai barangan yang tidak halal dan syubhah kepada orang ramai melalui penulisan blog, e-mail, risalah, surat khabar, dan lain-lain?

PERSOALAN-PERSOALAN di atas hanya boleh terjawab dengan tindakan orang Islam itu sendiri. Oleh sebab itulah kita sebagai orang Islam hendaklah menguasai semua ilmu dan kemahiran terutamanya yang memberikan kepentingan kepada orang Islam itu sendiri. Sebagai gambaran untuk memudahkan pemahaman para pembaca, orang Islam yang mahir dalam menghasilkan produk halal seperti keropok, ayam, dan makanan-makanan lain yang halal pasti akan memberi bekalan makanan halal kepada pengguna Islam dan secara tidak langsung mungkin TIDAK AKAN TIMBULNYA isu ayam campur babi, isu makanan campur lemak babi dan sebagainya, betul?. Sebagai kesimpulannya, sungguh jelas keterangan ini untuk menyatakan bahawa orang Islam itu kena berusaha mencari jalan untuk memberi kemudahan kepada pengguna Islam itu sendiri. Bukannya mengharapkan orang bukan Islam yang tidak faham Islam menyediakan produk halal kepada kita, betul atau tidak? Ringkasnya, orang Islam kena berusaha sendiri untuk membantu dirinya sendiri dalam menjalankan cara hidup Islam. TEPUK DADA TANYA IMAN...


tazkirah by:BDHR

KEMATIAN


MATI

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.


Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.

Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya

Kedua: berlenang air matanya dan

Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis

Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)

Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.

Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.

Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya.

Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.



Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya.

Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus.

Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.

Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.

Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.

Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.

tazkirah by:BDHR


USRAH: MENGENALI AL-FUTUR


MENGENALI AL-FUTUR

1. Melakukan maksiat dan dosa berulang kali.

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu
merasakan kesalahan sebagai suatu kebiasaan. Sehingga pada suatu ketika individu itu semakin sukar meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Akibatnya, seseorang menjadi semakin berani melakukan dosa dan kesalahan yang berikutnya. Anas RA pernah berkata:

'Demi Allah, nescaya kamu melakukan suatu dosa yang kamu anggap dosa itu lebih nipis dari rambut. Sedangkan kami dahulu menganggap perbuatan tersebut termasuk dalam `maubiqat' (dosa besar). "

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan dimaafkan kecuali orang yang (berani) melakukan dosa secara terang-terangan. " (HK. Bukhari).


2. Merasakan kekerasan dan kebekuan hati.

Kekerasan hati laksana batu keras yang tak dapat diubah atau dipengaruhi oleh kejadian-kejadian di sekitarnya serta sukar menerima teguran dan nasihat.

3. Diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam beribadah.

Hal berlaku seperti
sukar untuk khusyuk dalam solat, ketika berzikir, membaca al-Qur'an dan berdoa.

. Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah

Timbul perasaan cenderung untuk
meremehkan amalan dan ibadahnya. Contohnya enggan atau meremehkan kehadiran solat berjamaah atau menunaikan solat di awal waktu. Ketika dia menunaikan amal ibadah, ia hanya merupakan aktiviti yang kosong dari roh. Allah SWT menyifatkan orang munafiq dalam firman Nya:
`Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. " (QS. an-Nisaa':142) .

. Perasaan cepat dilanda gelisah.

Cepat merasa dada begitu menyesak laksana orang yang sedang menghadapi masalah berat yang menghimpit, sedangkan masalah yang dihadapi itu hanyalah masalah yang remeh saja. Juga
rasa tidak tabah dan `pucat lesi' ketika menghadapi musibah atau cubaan.

6. Suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al¬Qur'an.

Sama ada ayat itu berupa janji, ancaman, perintah, mahupun larangan. Timbulnya sikap
malas untuk mendengar dan menyemak al-Qur'an, apatah lagi membacanya.
Malah sanggop pula menyempitkan ruang dan merendah-rendahkan orang lain yang ingin mendekatkan diri kepada Allah melalui penghayatan pembacaan al-Quran maupun melalui majlis-majlis tazkirah.Golongan ini hanya suka kepada majlis-majlis berbentuk hiburan.

7. Lalai atau malu mengamalkan zikir.

Dengan alasan zikir adalah suatu yang sukar malah merasakannya sebagai amalan yang berat. Firman Allah SWT: "
Dan, mereka tidak menyebut-Allah kecuali hanya sedikit sekali." (QS. an-Nisaa:142)



8 . Berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.

Berkurangnya rasa cinta atau lenyap sama sekali kecintaan terhadap perbuatan ma'ruf dan keta'atan. Atau dengan kata lain,
segala permasalahan di anggap sama, sehingga tak terdetik dalam hati untuk melarang kemungkaran atau menganjurkan kebaikan. Sesiapa yang dilanda kemalasan ini adalah seseorang yang enggan untuk aktif dalam dakwah Islam.Dalam masyarakat kita dewasa ini, kemungkaran berlaku didepan mata, tetapi tidak berani menegur kerana takut hilang jawatan dan hilang kemewahan hidup duniawi yang penuh dengan tipu daya.

9. Menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang makruh.

Kebanyakan orang apabila ingin melakukan perbuatan, ia bertanya adakah perbuatan tersebut dosa atau tidak? Ini merupakan sesuatu yang baik. Namun yang lebih baik adalah bertanya dengan soalan "Adakah perkara tersebut haram atau makruh ?" kerana
perkara yang makruh akan menyeret seseorang kepada perkara syubahat. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim "Barangsiapa yang terjerumus dalam syubahat, bererti ia berada dalam yang haram”.

10. Kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam.

Tidak pernah atau tidak mahu mendoakan saudara seIslam mereka apatah lagi mengeluarkan infaq (sumbangan/ perbelanjaan) untuk mereka. Perasaannya begitu
dingin dan 'beku', ketika menyaksikan permasalahan umat Islam yang sedang dikuasai musuh, ditindas, dizalimi, diseksa dan sebagainya. Malah merasa bersyukur dan gembira kerana tidak tertimpa musibah tersebut. Tidak pernah prihatin atau tidak pernah mahu bersusah payah berjuang untuk mengatasi keadaan umat Islam juga merupakan suatu petunjuk atau indikasi ketiadaan rasa tanggung jawab terhadap agama.

Secara jelas Rasulullah SAW telah bersabda antara lain "
Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai buat dirinya" malah dalam hadis baginda yang lain pula : " Seorang muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya tidak menolongnya. Barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya maka Allah memerhatikan keperluannya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di hari Kiamat.. ... " .Bagaimana perasaan umat Islam di Malayisia apabiala melihat saudara Anwar Ibrahim dizalimi, disiksa, dihina dan kini sekarang sedang sakit buah pinggang pula.Beliau berada dalam keadaan kritikal menghadapi penyakitnya.

11. Cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal.

Perdebatan yang berlebihan atau berbantah-bantah yang terlalu kerap ditambah pula tanpa hujah yang benar dan tepat, atau tanpa pengetahuan dan dalil yang jelas justeru menjadikan hati menjadi keras dan beku. Malah yang lebih menakutkan adalah sebagai sebab
munculnya benih-benih perpecahan.

12. Terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.

Keadaan terlalu memerhatikan urusan dunia hingga berlebih-lebihan dalam memerhatikan diri sendiri, baik dalam masalah makan, minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya. Berlumba-lumba mengejar kekayaan tanpa memperhitungkan dosa-pahala.

13. Menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.

Muncul rasa tidak selesa atau kurang enak apabila berada di dalam suasana dan persekitaran orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Malah ada segolongan atau sekelompok manusia yang menghina dan memperlekehkan orang-orang baik, berilmu dan alim.

KEBERANIAN AZ-ZUBAIR AL-AWWAM

Keberanian Az-Zubair Al-Awwam

Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari Said bin Al-Musaiyib, dia berkata: Orang pertama yang menghunus pedangnya fi sabilillah ialah Az-Zubair bin Al-Awwam ra. Pada suatu hari, sedang dia sibuk dengan kerjanya, tiba-tiba terdengar olehnya desas-desus bahwa Rasulullah SAW telah dibunuh orang. Az-Zubair tidak membuang waktu lagi, lalu mengambil pedangnya keluar mencari-cari sumber berita itu. Di tengah jalan dia bertemu dengan Rasulullah SAW sedang berjalan, wajahnya tertegun. Rasulullah SAW lalu bertanya: Mengapa engkau wahai Zubair, terkejut? Jawabnya: Aku dengar berita, bahwa engkau telah dibunuh orang! Rasulullah SAW juga terkejut, lalu berkata: Kalau aku dibunuh orang, maka apa yang hendak engkau buat? Jawab AzZubair: Aku akan menantang semua orang Makkah, kerana itu! RasuluHah SAW lalu mendoakan segala yang baik-baik baginya.


Ibnu Asakir dan Abu Nuaim memberitakan dari Urwah bahwa Az-Zubair bin Al-Awwam pernah mendengar bisikan syaitan yang mengatakan bahwa Muhammad SAW telah dibunuh dan ketika itu Az-Zubair baru saja berusia dua belas tahun. Az-Zubair lalu mengambil pedangnya, dan berkeliaran di lorong-lorong Makkah mencari Nabi SAW yang ketika itu berada di daerah tinggi Makkah, sedang di tangan Az-Zubair pedang yang terhunus. Apabila dia bertemu dengan Nabi SAW Beliau bertanya: Kenapa engkau dengan pedang yang terhunus itu hai Zubair?! Dia menjawab: Aku dengar engkau dibunuh orang Makkah. Rasulullah SAW tersenyum, lalu bertanya lagi: Apa yang hendak engkau perbuat, jika aku terbunuh? jawab Az-Zubair: Aku akan menuntut balas akan darahmu kepada siapa yang membunuhmu! Rasulullah SAW lalu mendoakan bagi Az-Zubair dan bagi pedangnya, kemudian menyuruhnya kembali saja. Maka itu dianggap sebagai pedang pertama yang terhunus fii sabilillah.
(Kanzul Ummal 5:69; Al-Ishabah 1:545)

Yunus menyebut dari Ibnu Ishak, bahwa Talhah bin Abu Talhah Al-Abdari, pembawa bendera kaum Musyrikin pada hari Uhud telah mengajak perang tanding, tetapi tiada seorang pun yang mau keluar menemuinya. Maka Az-Zubair bin Al-Awwam ra. keluar untuk menghadapinya. Mereka berdua bertarung sampai Az-Zubair melompat ke atas untanya, dan menariknya jatuh ke atas tanah, dan di situ dia bertarung dengan Talhah, sehingga akhirnya Az-Zubair dapat mengalahkan Talhah dan membunuhnya dengan pedangnya. Lantaran itu Rasulullah SAW telah berkata: Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Az-Zubair. Kemudian Beliau berkata lagi: Kalau Az-Zubair tidak keluar melawannya, niscaya aku sendiri yang akan keluar dan melawannya, kerana melihat ramai orang yang tidak sanggup melawannya. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:20)

Yunus memberitakan lagi dari Ibnu Ishak yang berkata: Pada hari pertempuran Khandak, telah keluar Naufal bin Abdullah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi seraya mengajak untuk lawan tanding. Maka segera keluar menghadapinya Az-Zubair bin Al-Awwam ra. dan melawannya sehingga dia dapat membelah tubuh musuhnya menjadi dua, sehingga pedangnya menjadi tumpul. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:107)

lbnu jarir telah mengeluarkan dari Asma binti Abu Bakar ra. dia berkata: Telah datang seorang Musyrik yang lengkap dengan senjatanya, dia lalu mendaki di sebuah tempat yang tinggi, seraya menjerit: Siapa yang mau bertanding dengan aku! Rasulullah SAW berkata kepada seseorang di situ: Boleh engkau bertanding dengan dia? Jawab orang itu: Jika engkau suruh, hai Rasulullah! Maka tiba-tiba Az-Zubair menjengukkan dirinya, maka dia dilihat oleh Rasulullah SAW seraya berkata kepadanya: Hai putera Shafiyah! Bangun menghadapinya! Az-Zubair ra. segera mendatangi musuh itu dan mendaki bukit hingga tiba di puncaknya. Mereka lalu berduel, sehingga kedua-duanya berguling- guling dari atas bukit itu. Lalu Rasulullah SAW yang dari tadi melihat peristiwa itu, berkata: Siapa yang tersungkur ke bawah bukit itu, dialah yang akan mati. Maka masing-masing Nabi SAW dan kaum Muslimin mendoakan supaya yang jatuh dahulu itu si kafir. Maka benarlah si kafir itu yang jatuh dulu, manakala Az-Zubair jatuh ke atas dadanya, lalu si kafir itu mati. (Kanzul Ummal 5:69)

Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Az-Zubair ra. dia berkata: Pada hari pertempuran Khandak, aku masih kecil dan aku dikumpulkan dengan kaum wanita dan anak-anak kecil di tempat yang tinggi, dan bersama kami ialah Umar bin Abu Salamah. Kerap Umar membenarkan aku menaiki bahunya untuk melihat apa yang terjadi di bawah sana. Aku melihat ayahku mengayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri, pendek kata siapa saja yang coba mendekatinya, dihabisinya dengan pedangnya. Pada waktu petang, datang ayahku ke tempat kami untuk menjenguk, lalu aku berkata kepadanya: Ayah! Aku lihat engkau berperang pada hari ini, dan apa yang engkau lakukan tadi! Ayahku menjawab: Engkau lihat apa yang ayah buat, duhai anakku?! Jawabku: Ya. Dia lalu berkata lagi: Aku lakukan untuk mempertahankanmu, demi ayah dan ibuku!
(Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:107)

Bukhari telah mengeluarkan dari Urwah ra. bahwa para sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Az-Zubair ra. pada hari pertempuran di Yarmuk: pimpinlah kami untuk menerobos barisan musuh, kami akan ikut di belakangmu! Az-Zubair menjawab: Nanti kalau aku menggempur mereka, kamu akan duduk di belakang saja. Jawab mereka: Tidak, kami akan sama-sama menggempur! Maka Az-Zubair pun menerobosi barisan musuh serta menggempur mereka, dan tidak ada seorang pun bersamanya ketika itu, lalu dia kembali lagi ke barisannya, sedang lehemya penuh luka-luka oleh pukulan musuh. Ada dua bekas luka di situ, yang satu adalah dari bekas kena pukulan di hari Badar. Berkata Urwah r.a.: Aku pernah memainkan tempat bekas luka itu ketika aku kecil, dan ketika itu Abdullah juga masih kecil, umurnya sepuluh tahun, lalu ayah kami Az-Zubair mengajaknya naik di atas kuda, kemudian diserahkannya kepada orang lain. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 7:11)

Ikhlaskah kita??



Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit ‘chicken pox’ dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha kita dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria’, taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan.

Walaubagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak. Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalanyang baik atau sebaliknya. Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

Oleh: S/U PERPPIS
Sumber: Umma-United

WARKAH BUAT ADAM



Warkah buat ADAM....

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa kaum hawa.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah.

Kerana mereka memang diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia, kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian Rabb..

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.

Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan.

Tanpa iman, ilmu, akhlak mereka tidak akan lurus.

Bahkan semakin membengkok.

Itulah hakikat andai wanita tidak mengenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.

Tapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya.

Jinakkan diri kepadaNya.

Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu.

Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra’..

Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah…..


Oleh: Bendahari PERPPIS

20 ORANG YANG MEMBUANG MASA……….

20 ORANG YANG MEMBUANG MASA ialah

Ø Tidak mempunyai matlamat

Ø Tidak merancang kerja

Ø Tidak melaksanakan rancangan

Ø Menagguhkan kerja

Ø Menunggu hingga ke saat akhir

Ø Kerja ringan buat secara beramai-ramai

Ø Menunggu orang yang tidak penting

Ø Mengikut kawan tanpa tujuan yang tersendiri

Ø Buat terlalu banyak kerja dalam satu masa

Ø Bekerja apabila disuruh sahaja

Ø Tidak pandai menyimpan barang sendiri

Ø Tidak guna alat yang memudahkan kerja

Ø Malu bertanya

Ø Belajar di tempat yang tidak disukai

Ø Belajar pada masa yang tidak sesuai

Ø Membebel

Ø Mengelamun

Ø Bercakap kosong

Ø Menonton tv terlalu lama

Ø Membuat kesilapan yang sama

“MEMANDANG WANITA YANG MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN ADALAH PANAHAN IBLIS YANG MEROSAKKAN HATI”

“PERIHAL SESEORANG ITU TERSEMBUNYI DI BAWAH LISANNYA. ORANG YANG MANIS LISANNYA AKAN BANYAK MENDAPAT


Oleh: Bendahari PERPPIS