Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Gunakan Akal Memikirkan Kebesaran Tuhan !

Bismillah Wa Sholatu Ala Rasulillah Sollallahu Alaihi Wa Sallam.... (",)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menyampaikan kita di Bulan Yang Penuh Keberkatan Buat Hamba-Hambanya Yang Istiqamah Dalam Melaksanakan Kebaikan, Dan Buat Hambanya Yang Sibuk Menyucikan Jasamani Dan Bathiniah Kerohanian Dari Melakukan Perkara-perkara yang ditegah dan dilarang dalam Syariat Tuhan.

Alhamdulillah, Ramadhan Tahun 1431 Hijriah ini adalah Ramadhan Sulong untuk saya, zaujah dan serikandiku Qurratul Ain di bumi barakah para Nabi Kaherah Mesir ini. Syukur pada Allah atas kurnianya dan atas nikmat dan rahmatNya yang mencurah-curah buat hamba-hamba yang tidak pernah melupakanNya dan sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNya.

Telah banyak yang saya lalui bermula di ambang Ramadhan sehinggalah ke hari ini, antaranya :

1- Allah s.w.t pertemukan saya dengan seorang sahabat Arab yang juga merupakan pelajar yang istiqamah bertalaqqi di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif. Namanya Mohammad Bahi, Seorang hafiz Al-Quran, dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang mendalam. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan seorang sahabat ini.

2- Menghadiri Ihtifal Mufti Mesir Syeikh Ali-Aljumah di dewan Muktamar Kaherah, Mesir ( Perhimpunan ini bertujuan mengistiharkan bermula puasa ramadhan ). Turut hadir di majlis itu juga ialah Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib. Saya teruja apabila dapat melihat Syeikhul Azhar Dan Mufti Mesir ini, dan tidak menyangka yang saya bisa menghadiri majlis para Masyaikh ini... Apa yang membuatkan saya teruja ialah, ketika mana Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib menunjukkan wajahnya di atas pentas, aku terdengar suara yang menyebut lafaz "subhanallah". Aku perhatikan kenapa mereka ucapkan subhanallah... aku bertanya sahabatku Bahi, dia jawab " Yang Tengah Tu Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib Hafizullah ". Subhanallah.... memang sewaktu aku melihat wajahnya aku seolah-olah melihat permata berharga yang menjadi kebanggaan ummah Islamiyyah Al-Masriyyah.. subhanallah... begitulah, Hamba Allah yang dianugerahi Ilmu akan terserlah diwajahnya, Pakaiannya dan akhlaknya.

Aku teringat hadis Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud : " Allah s.w.t. mencemerlangkan ( membaguskan ) wajah orang yang mendengar hadis Nabi s.a.w kemudian di peliharanya serta diamalkannya ( disampaikannya ) seperti mana didengarinya ".

Subhanallah... Ya Allah jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang suka mendengar kalam NabiMu, kemudian kami memeliharanya, serta mengamalkannya sepertimana yang kami dengar dan pejalarinya, ameen ya Hafizul Alim !!!

3- Majlis ilmu di Masjid Azhar direhatkan sehinggalah selepas hari raya Aidil Fitri. Erm, walaupun majlis ilmu di Masjid Azhar cuti namun ia tidak mematahkan semangatku untuk terus datang ke Masjid Azhar untuk sembahyang Taraweh. Alhamdulillah setakat ini aku dapat bertaraweh 3 kali di Masjid tersebut. dan aku memang berazam untuk sholat teraweh sepanjang bulan Ramadhan di Masjid Tersohor ini, moga Allah beri kekuatan untuk aku terus melaksanakan azam, insyaAllah, permudah dan istiqamahkan ya Allah, ameen ! .

Bilangan sholat teraweh di Masjid AL-Azhar Asy-Syarif ialah 23 rakaat termasuk witir. dan selepas 10 rakaat taraweh, para jamaah di isikan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh para Masyaikh Azhar. Imam Teraweh pula adalah Imam jemputan yang memang saya tidak kenali dan belum pernah menemui mereka sebelum ini... Imam ada 2 orang... Alhamdulillah bacaan imam-imam ini merupakan bacaan yang merdu dan sayu seperti Imam Masyari Al-Afasi.... kekadang mereka membaca ikut Qira'at Bacaan Quran. Alhamdulillah sejuk hati dengar bacaan 2 imam ini. setiap malam sejuzuk Al-Quran mereka bacakan... Alhamdulillah, sejuk hati bila berada dikalangan mereka yang menghafaz Quran dan dapat pula bersalam dengan mereka.


4- Ustaz Hairul Nizam pulang ke Malaysia... sebelum ustaz pulang, ustaz sempat menghadiri kuliah ilmu di Masjid Al-Asyraf menadah kitab di depan Syeikh Yusri Al-Hasani, kami pergi bersama-sama selepas sholat fardhu shubuh secara berjamaah di masjid berdekatan dengan rumah... hari ini adalah hari pertama puasa. Selepas sahaja selesai talaqqi kami beransur pulang.

Sampai di Haiyyu Asyir, Sebelum Ustaz Hairul Nizam berpisah dengan saya, Ustaz Hairul Nizam memberi wang sebanyak LE 100 sebagai sedekah hadiah di permulaan Ramadhan...

" Nah! ambil ni, beri dekat Zuyyin... Boleh belikan apapa yang sesuai untuk dia.. "

" Wang yang lebih tu pula tolong bagi dekat tuan rumah, bayaran sebanyak 2 bulan cuti balik kampung (balik raya) ".

Alhamdulillah, mulanya saya menolak, tapi bila ustaz senyum sambil menghulurkan wang sebanyak itu, bermain dalam fikiranku, ini pemberian daripada Allah dan ini adalah rezeki awal ramadhan buat diriku yang hina, aku pun menerimanya dengan hati yang gembira... Hamba Allah yang terawal bersedekah padaku di bulan puasa yang penuh barakah ini adalah Ustaz Nizam, Doaku moga Allah memurahkan rezki Ustaz Hairul dan keluarga serta memberikan kebertakan pada rezki ustaz, ameen ya Allah !

Ustaz Hairul Nizam bertanya lagi padaku," nak pesan apapa barang Malaysia ka ? jawabku, erm, Tak da papa... InsyaAllah kalau ada papa nanti ana mesej ustaz jak InsyaAllah. Syukran Ustaz ! "
Moga Selamat Ustaz Ya...!!! (",) Assalamualaikum... Waalaikumsalam jawabku.... "

Selalunya beliau yang mendahulukan salam dariku... Alhamdulillah aku banyak belajar darinya.... benarlah kata nabi s.a.w bahawakeberkatan itu ada pada orang yang tua (berpengalaman) . Sungguh Ustaz berpengalaman dalam menuntut ilmu di bumi para Nabi ini, sudah 10 tahun menuntut ilmu tanpa henti di Mesir ini, sudah banyak ilmu yang dikongsikannya dengan saya selama bersama dengannya... Alhamdulillah moga bermanfaat apa yang dikongsinya dengan saya.. ameen !.

Sebelum itu juga, beliau ada kata InsyaAllah pasti bertemu lagi lepas ini... huhu sambil tersenyum (",) .

5- Melihat hilal anak bulan.... Alhamdulillah syukurku padamu ya Allah, kerna memperlihatkan aku dan menemukan aku kepada anak bulan di bulan ramadhan al-mubarak ini.. aku dapat melihatnya setelah puasa yang kedua selepas jamaah sholat maghrib di kawasan perumahan saya.. seronok rasanya... ye lah sebab nama saya qomar, bila terlihat sahaja bulan, aku selalu berdoa moga aku menjadi bulan dalam agama Islam yang dapat menyinari ummah dengan cahaya ilmu yang telah dipelajari dan di amalkan... InsyaAllah ameen !

Bukan itu sahaja, malah apabila aku melihat bulan aku selalu ingat dekat nabiku Muhammad s.a.w, kerna wajah baginda s.a.w yang diibaratkan seperti Bulan Purnama... nak kata sangat eloknya wajah Rasulullah s.a.w serta eloknya akhlak Baginda sehingga diumpamakan Bulan purnama yang menerangi alam kegelapan malam. kebetulan malam itu ada bintang yang menghiasi anak bulan (bulan sabit), aku melihatnya sambil tersenyum dan tanpa kusedari air mataku membasahi pipi.... subhanallah, aku dapat rasakan yang aku gembira kerana merasakan rahmat daripada Tuhan sekalian alam... terima kasih wahai Tuhanku yang memberikan kegembiraan ini padaku, sungguh aku sangat menyukainya... kurniakan lagi kegembiraan seperti ini padaku wahai Tuhanku.... Allah...(",)

Bintang itu juga merupakan simbol kepada para sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad .s.a.w mengibaratkan sahabat-sahabat radhiallahu anhum ajmain sebagai bintang-bintang di angkasawan... seperti kata Baginda s.a.w : " Sahabat-sahabatku seperti bintang di langit, yang mana satu sahaja yang kamu ikuti nescaya kamu akan dapat petunjuk hidayah ".. subhanallah... Moga kita dapat mengikuti jejak akhlak dan perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda radhiallhu anhum ajmain, ameen !

Bulan juga merupakan simbol kepada syurga akhirat yang mana Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang disabdakan oleh nabi kita nabi Muhammad s.a.w ," Kelak kamu akan dapat melihat tuhan kamu sepertimana kamu melihat bulan purnama "

Bulan dan Bintang juga merupakan petunjuk arah bagi mereka yang hilang arah ketika bermusfir atau ketika berada di dalam hutan, di tengah lautan dan sebagainya...

Begitulah, fungsi bulan yang Allah jadikan, bukan hanya sekadar di lihat, dipuji kecantikannya, bahkan bulan adalah makhluk ciptaan Allah yang Allah jadikan sebagai tanda kebesaran Tuhan bagi mereka yang menggunakan akal untuk berfikir akan kebesaran-kebesaran Tuhan...

Sahabat, apa sahaja yang Allah ciptakan, bukanlah sekadar untuk di ambil gambar, bukan sekadar untuk diperhatikan, bukan juga untuk di puji kecantikan dengan mengatakan wah ! cantiknya, Indahnya tapi semua ciptaan Allah adalah untuk kita fikirkan betapa hebatnya Tuhan yang menciptakan segala kejadian sehingga tiada satu makhluk pun yang bisa menandingiNya, Subhanallah, Maha suci Tuhan yang telah menjadikan segala ciptaanNya sebagai bukti kebesaran kekuasaanNya.

Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 189-191 yang bermaksud : " Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada bertukarnya malam dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah s.w.t ) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan masa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : " Wahai Tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka. "

Oleh itu sahabat, marilah sama-sama kita menggunakan akal yang Allah berikan.. kita guna ia di tempat yang sepatutnya ia dijadikan.. tujuannya untuk memikirkan segala kejadian siapakah yang menjadikan, untuk apakah dia di jadikan, apakah tujuan ia dijadikan dan sebagainya... gunalah akal memikirkan kebesaran Tuhan, hatta dalam dirmu sendiri juga merupakan adanya tada-tanda kekuasaan Tuhan ! " Dan Pada Diri kamu apakah kamu tidak lihat (perhatikan). wallahualam.



" Ya Allah, Sempurnakanlah akal kami seperti akal pemikiran Ulul Albab yang kau catatkan dalam Quran... agar kami bisa menggunakan akal tersebut untuk memikirkan kebesaran ciptaanMu supaya kami semakin dekat denganMu dan mengagungkan kebesaranMu.. ameen ya Azhim !!! "



Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo (Mantan PERPPIS Bahagian Tawau),
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Bumi Barakah Para Nabi,
Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *