MUKADIMAH / PENGENALAN


PERPPIS ditubuhkan pada tahun 1979 dan dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Islam Sabah.

Pada tahun 1996, nama persatuan ini telah ditukar kepada Persatuan Putera Puteri Islam Sabah.

Semenjak ditubuhkan PERPPIS telah menjana pelbagai program bagi mendekatkan remaja dengan Islam. Pihak PERPPIS meyakini kemelut sosial yang dihadapi oleh golongan remajakini dapat disinari dengan cahaya iman dan Islam. Untuk itu, PERPPIS terus mengatur langkah dan strategi bagi membawa obor Islam walaupun menghadapi pelbagai tribulasi.


VISI

Menjadikan Persatuan Putera Puteri Islam sebagai wadah gerakan remaja Islam yang paling unggul


KONVIKSI

Melahirkan golongan Al-Murabitun yang cemerlang


MISI



  • Mewujudkan program tarbiah dan kepimpinan secara sismatik dan berterusan.
  •  Menjadikan PERPPIS sebagai medan gerak kerja amal Islami bagi semua golongan remaja Islam.
  • Melatih remaja Islam tentang asas pengurus diri dan organisasi bagi meningkatkan kualiti kepimpinan yang cemerlang

FALSAFAH


Bajai Minda Suburi Iman


TERAS PERKHIDMATAN


Berkhidmat Untuk Islam Dan Negara Tercinta


MOTO


Cerdas Minda Landasan Takwa


IKRAR



  • Allah matlamat kami
  • Rasul ikutan kami
  • Al-Quran
  • Hadis perlembagaan kami
  • Al-Jihad agenda kami
  • Syahid cita-cita kami.



SUMBER RUJUKAN


  1. Al-Quran 
  2. Hadis
  3.  Ijmak Ulamak
  4. Qias