Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Ayat Al-Quran di atas menunjukkan kepada kita bahawa manusia ini sentiasa berada dalam kerugian jika mereka tidak mencari kebenaran.
Ini kerana manusia itu telah diciptakan supaya mudah lalai.Itulah sebabnya dikatakan bahawa "manusia perlu ditazkirah setiap hari" . Ini kerana,jika tidak diingatkan begitu,kita akan kembali terjerumus kepada kesesatan dan kegelapan.
Contohnya: Selepas mendengar ceramah agama atau membaca buku-buku yang membawa kebaikan,seseorang pasti insaf dalam tempoh beberapa hari.Kemudian kita akan dapati bahawa beliau akan kembali menjalani hidup beliau yang melekakan dahulu.
Pada pendapat saya,untuk menjadi manusia yang cemerlang sahsiah dan akhlaknya seperti di atas,kita tidak boleh membiarkan diri kita lena dengan gaya hidup hiburan kita setiap hari.Kita mesti bangkit berubah.
Kita mestilah sentiasa mencari ilmu-ilmu positif yang dapat menginsafkan kita setiap hari dan berterusan.Kita tidak boleh mendengar satu ceramah atau membaca satu buku sahaja untuk berubah ke arah kebaikan.Ianya mengambil masa sepanjang hayat.Ini kerana dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan.Kita pasti leka juga akhirnya jika tidak sentiasa bermusahabah diri.
Ayat Surah Al-'Asr yang pertama di atas yang bermaksud "Demi Masa!" itu juga ada maksud tersirat di situ.
Ayat itu bermaksud Allah menyuruh kita untuk menghargai setiap detik hidup kita dengan melakukan kebaikan dan mencari ilmu.Kerana dengan ilmu kita dapat menjadi insan bertakwa.Orang yang banyak berhibur itu rugi kerana telah mensia-siakan hidup mereka.Bolehlah diibaratkan seperti "Baju Sendat,Otak Ketat" .
Hari ini kita disumbatkan dengan tema "Live Your Life To The Fullest" yang ramai orang tersilap menafsirkan ayat itu dengan mengatakan "Hidup ini singkat.Mesti Enjoy!" . Lantas ayat ini telah membawa kita kepada hiburan melampau dan semakin menjauhkan kita dari mencari kebenaran dan ilmu.
Lantas,rugilah kita.Kerana masa tidak akan kembali.Kita patut berubah dari sekarang.
Selalu kita dengar orang berkata "Masa muda lah nak enjoy.Dah tua takleh dah."
Sebenarnya,melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.Kita hendak menjadi orang yang cemerlang sahsiah rohani dan batin,mestilah bermula ketika kita muda.Ketika mental kita masih berupaya menerima perubahan dan masih bersemangat.
Jika umur 20-30 sudah menghabiskan masa dengan clubbing dan menyimpan hasrat akan bertaubat pada umur 60,minta maaflah.
Kerana pada umur 60 itu jika kita ini sudah terlalu lama bergelumang dengan kegelapan,secara logiknya,payah sungguh untuk berubah.Maka,akan teruslah kita menjadi gelap.Tidak mampu berubah.Ketahanan diri dan mental untuk berubah sudah lemah.Tidak seperti di hari muda.
Sama jugalah halnya dengan menutup aurat.Kita mesti melatih anak-anak kita menutup auratnya sejak awal lagi.Melatih anak-anak sembahyang dari kecil.
Ini jika anak sudah 25 tahun,baru hendak suruh memakai tudung,kemungkinan besar anda akan ditipu sahaja.Depan anda mereka pakai,belakang buka.Dan baik tidak payah menutup aurat jika anda memakai baju lengan pendek ketat sehingga ternampak bentuk perhiasan hadapan kaum hawa,atau jika anda mendedahkan aurat ketika tamu bukan mahram datang ke rumah.Sama juga dosanya.
Aurat perlu dijaga tidak mengira tempat.Dosa itu juga dikira setiap masa.Itu yang perlu kita ingat.
Dan jangan lupa untuk menerangkan kepada mereka kenapakah kita menyuruh mereka (anak-anak) melakukan sedemikian.Jangan tidak diterangkan mengapa perlu memakai tudung.Bimbang nanti konsep penutupan aurat itu tidak sampai ke hati mereka .Kita ini beribadat jangan ikut-ikut sahaja cakap orang.Kita mesti faham kenapa disuruh melakukan amalan-amalan ini.Itulah pentingnya ilmu di sini.
Jangan jadi umat pengikut,jadilah umat berfikir yang beribadat dengan memahami konsep ibadat itu.
Tiada istilah buat jahat hari ini,esok kita bertaubat.Kita mesti sentiasa mendekatkan diri kita ke arah kebaikan.Caranya adalah dengan sentiasa mendekatkan diri dengan bahan-bahan bacaan positif dan ilmu-ilmu kebenaran misalnya.
Ini akan sentiasa membuatkan kita sedar dan insaf jika berniat melakukan kejahatan.
Berubahlah sementara masih ada keinginan.Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah.Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya.Lihat ayat Al-Quran di bawah.
"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."
[Surah An-Nuur Ayat 40]
Sekian.Harap faham apa yang ingin disampaikan.Baiki minda anda.Banyakkan berfikir.Pasti boleh.
Kerana hidup ini mudah.Allah telah menganugerahkan kita peluang membuat pilihan.Segalanya di tangan anda.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment