Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya bagi ALLAH SWT,tuhan seluruh alam yang jua maha pengasih lagi maha penyayang.Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kehadrat ilahi kerana dengan izinnya Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau dapat lagi menjayakan Program Bulanan PERPPIS yakni Program Wacana ilmu Dan Titian kasih kali ke-2 yang diadakan pada 25-26 Feb 2012 bersamaan 3-4 Rabiulakhir 1433H bertempat di Masjid Nurul Huda.Kg Seri Menanti, Tanjung Batu Keramat Tawau.
Setelah selesai menunaikan solat fardu maghrib secara berjemaah bersama penduduk kampung dan juga sahabat peserta,dengan nikmat iman dan islam majlis di teruskan dengan pengisian kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Penasihat AM PERPPIS iaitu Al-Fadil Cikgu Mohd Nasir Che Ali.
Para sahabat peserta,penduduk kampung dan urusetia mengaminkan bacaan doa imam masjid setelah selesai menunaikan solat fardu isyak secara berjemaah.
Sebelum sesi takruf diadakan,Pengarah program sdr. Mohd Ihsan Mohd Patti (Timb.Presiden) memberikan ucapan alu-aluan kepada para sahabat peserta yang telah terpilih oleh ALLAH SWT untuk menghadiri majlis ilmu ini.
Majlis diteruskan dengan taklimat disiplin yang disampaikan oleh sdr.Maulana Jamal (Exco Lajnah Tarbiah).
Sesi takruf para sahabat peserta bersama urusetia program.
Para sahabat peserta begitu tekun dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1.Bertemakan " Remaja Kretif ".
Majlis diteruskan dengan kuliah Al-lail yang di sampaikan oleh Al-Fadil Cikgu Nasir Che Ali.
Selesai sahaja mendengar pengisian kuliah subuh,majlis di teruskan lagi dengan pebentangan hasil tugasan para sahabat peserta dalam LDK 1.
ketika berserapan pagi bersama-sama.
Penyampaian anugera kumpulan terbaik dan sahabat peserta terbaik.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Sesi lambaian ukhuwah bersama para sahabat peserta dan urusetia.
Semoga Program kali ini memberikan makna dan kesan keatas para remaja kususnya pada bumi peladang ini yakni Tawau agar sentiasa istiqomah dalam menyertai program islami yang diadakan di mana sahaja.Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua para sahabat peserta Muslimin dan Muslimat yang telah menyertai program bulanan pada kali ini.Moga kita bertemu lagi pada program bulanan PERPPIS seterusnya yakni Program Wacana Ilmu dan Titian Kasih kali ke-3.