Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

4M: Apa Istimewanya Usrah ?






Usrah ibarat satu tubuh. Itulah situasi yang boleh kita peroleh melalui satu sistem sokongan hidup yang dinamakan usrah. Kenapa ? Kerana usrah merupakan satu kumpulan kecil manusia yang bertemu secara berkala untuk memahami Islam, berkasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain kerana Allah. Dalam grup usrah, kita belajar untuk membimbing dan dibimbing sesama ahli. Aktiviti yang dilakukan secara beramai-ramai sudah tentu lebih seronok bukan ? Istimewakah usrah ni ? Mungkin coretan ni dapat bantu.

1. MEMAHAMI ISLAM

 Setiap ahli dalam grup usrah diajar untuk memahami dan kemudian menjadikan Islam   sebagai cara hidup dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Ahliu biasanya akan teruja dan menghargai apa-apa sahaja kefahaman baru tentang Islam yang mereka perolehi malalui sesi usrah tersebut.
 2. MEMOTIVASIKAN DIRI
Usrah dapat kita umpamakan sebagai charger yang bertindak memberi cas kepada telefon bimbit yang kekurangan tenaga baterinya. Segala kekusutan dan kesusahan sebelum ini terasa dapat diuraikan dan dipermudahkan.
3. MENDAPAT KENALAN BARU

Berbeza dengan majlis ilmu yang lain, usrah berbeza konsepnya kerana mempunyai ahli yang sedikit sahaja. Oleh sebab itu, kita berpeluang untuk mengenali rakan-rakan seusrah kita dengan lebih dekat. Sesi kenal-mengenali atau sesi taaruf dalam bahasa Arabnya boleh diadakan setiap kali sesi usrah untuk kita belajar mengenal dan memahami budi pekerti sahabat dalam kumpulan usrah.
4. MENCUNGKIL BAKAT

    Istimewanya usrah ini adalah kerana ianya juga boleh dijadikan sebagai satu medan untuk mencungkil bakat seseorang. Untuk tujuan ini, kita boleh menjayakan usrah dengan mengadakan aktiviti secara individu atau berkumpulan.

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *