Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Sesi Dialog Bersama Ulama


Baru-baru ini PERPPIS Bahagian Tawau telah mengadakan satu sesi dialog bersama Ustaz Fauzi Husin iaitu Ketua Penerangan Dewan Ulama Kedah pada hari kelmarin bersamaan 08. Julai. 2010 (Khamis) pada pukul 02:30 petang hingga 04.30 petang bertempat di Pejabat PASTI Tawau. Al-Hamdulillah program tersebut berjalan dengan jayanya yang dipengerusikan Oleh Saudara Muhd Rajie Lioli atas kehendak Penasihat Am.

Sahabat muslimin yang hadir

Pandangan sudut belakang ketika kuliah

Pada awal perancangan kami, program ini akan dipengerusi oleh Penasihat Am PERPPIS sendiri. Memandangkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan oleh Penasihat, pengerusi program tersebut ditukar alih oleh saudara Muhd Rajie Lioli selaku S/U PERPPIS Bahagian Tawau untuk mengambil tempat penasihat.

Wajah khusyuk mendengar dialog

Sahabat muslimat yang hadir

Walaupun dalam bilangan yang tidak seberapa. Program tersebut tetap dilaksanakan dengan baik.

Sesi dialog berjalan dengan baik

Surah Al-Baqarah: 138 telah menjadi huraian untuk teks ucapan beliau pada hari kelmarin dengan membicarakan tentang celupan Allah terhadap orang-orang mukmin.

Bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Husin menutup tirai majlis dialog

Sahabat-sahabat lain turut mengaminkan

Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Husin. Program tersebut berakhir pada 04.30 petang serta sesi bergambar bersama Ulama juga diadakan oleh AJK PERPPIS dan sahabat-sahabat yang lain.

Sesi bergambar bersama Ulama

Terima Kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir kerana sudi meluangkan masa bersama PERPPIS untuk mendengar sesi dialog yang dianjurkan. Teruskan perjuangan.....

Tarikh: 09. Julai. 2010
Tempat: Pejabat PASTI Tawau
Masa: 05:16 petang
Oleh: "Tukang Update"

1 DOA RASULULLAH S.A.W. YANG DITOLAK



ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARIPADA 3 DOA RASULULLAH S.A.W.


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak). Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

AKAL CAHAYA HIDUP



AKAL KURNIAAN ALLAH S.W.T.

  • Allah S.W.T mengurniakan akal fikiran kepada manusia bagi membezakannya dengan haiwan.
  • Manusia dikehendaki mengingati Allah dengan berfikir tentang ciptaan-Nya dan menyakini bahawa Allah itu wujud dan Maha Agung.
  • Akal mendorong manusia meningkatkan keimanan dan amal ibadat kepada Allah S.W.T..
  • Antara peranan akal termasuklah:
(a) manusia boleh berfikir mengenai sesuatu perkara ; (b) manusia dapat berusaha dan mereka cipta sesuatu ; (c) memandu manusia untuk meningkatkan taraf hidup ;
  • Manusia disuruh berfikir berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah kerana dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.
  • Akal memastikan tindakan seseorang itu sama ada betul atau tidak.


DALIL DIGALAKKAN BERADAB KETIKA BERFIKIR

  • Firman Allah S.W.T.:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Maksudnya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

maksudnya: Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."


(surah ali-imran:Ayat 191)


  • Islam juga menggalakkan umatnya supaya selalu berfikir kerana dapat memantapkan iman.
  • kata hikmat daripada Hassan Al-Basri Rahimahullah mengenai kepentingan berfikir: "Berfikir sesaat lebih baik daripada berdiri sembahyang semalaman."


ADAB DAN CARA BERFIKIR DALAM ISLAM

  • Manusia dikehendaki berfikir berdasarkan wahyu dan syariat Ilahi.
  • Berfikir dengan akal fikiran yang sihat supaya dapat membezakan antara perkara yang baik dengan buruk.
  • Berfikir berdasarkan bukti-bukti kajian saintifik supaya dapat menerokai bidang-bidang ilmu yang praktikal.
  • Berfikir berdasarkan maklumat dan fakta yang benar dan tepat dapat mewujudkan disiplin ilmu yang memberi manfaat.
  • Berfikir dengan bersumberkan matlamat yang jelas, berfokus, dan terancang.
  • Antara cara-cara berfikir menurut Islam:
(a) mengetahui perkara yang difikirkan dan tujuan berfikir ;
(b) mengetahui batasan dan kemampuan akal ;
(c) mengetahui langkah-langkah mencapai matlamat dan risiko di sebaliknya.


CARA BERFIKIR YANG TIDAK BERADAB
  • Berfikir tentang perkara-perkara yang membawa maksiat kepada Allah S.W.T..
  • Berfikir tentang sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Berfikir sesuatu perkara yang membawa kemudaratan kepada diri,keluarga,dan masyarakat.
  • Berfikir untuk menyesatkan seseorang daripada kebenaran.
  • berfikir sesuatu yang boleh merosakkan akidah.

FAEDAH MENGAMALKAN ADAB BERFIKIR
  • Mendapat petunjuk ke jalan yang benar.
  • Hasil pemikirannya akan mendatangkan kebaikan kepada semua orang.
  • Sesuatu keputusan yang diambil tidak bertentangan dengan ajaran islam.
  • Dapat menghasilkan idea-idea yang baik dan bernas untuk memajukan masyarakat islam.
  • Umat islam akan bersatu di bawah satu aliran fikrah ke arah kejayaan dan kecemelangan.

HIKMAT BERFIKIR MENURUT ISLAM
  • Menginsafi kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ciptaan -Nya.
  • Melahirkan individu yang sentiasa proaktif dan berdaya maju dalam semua bidang.
  • Dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan berkesan.
  • Memantapkan keimanan kepada Allah bagi mencapai kecermelangan hidup di dunia dan di akhirat.
  • Dapat menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur khurafat yang merosakkan akidah.
  • Dapat menceburi bidang-bidang baru yang bermanfaat serta memiliki sikap berdaya saing.
  • Dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.

Oleh : AS_SYAHID..... :)


Program Bulanan Ke-6

Fuh, penat juga lepas program. Penat kerana Islam untuk mendapatkan redha Allah. hari ini 04. Julai. 2010.. kelmarin 03. Julai. 2010... Dua hari Satu malam 'Wacana Ilmu & Titian Kasih"..

AJK yang bertungkus lumus membuat persiapan sebelum program
(Masak air & cuci periuk ye bang????)




Al-Hamdulillah berakhir juga program bulanan yang ke-6 kali ini. Walaupun peserta muslimin kurang memberangsangkan dari segi kehadiran namun program bulanan ke-6 dapat dijalankan dengan sempurna walaupun dihimpit oleh rancaknya permainan no.1 dunia iaitu 'bola' tapi ada juga sahabat-sahabat peserta yang 'still' mampu ikut dan turut serta dalam program bulanan ini. Moga semangat menuntut Ilmu terus Istiqamah.

Berwudhuk untuk solat Maghrib


Khusyuk mendengar kuliah


Kuliah Al-Lail sedang berlangsung


Pengkuliah Program Bulanan


Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah buat AJK PERPPIS MUSLIMIN yang sanggup menggadaikan masa menonton bola mereka demi Islam walaupun 'team Argentina' mereka kalah dibelasah 4-0 oleh German.




"Kecewa" lafaz perkataan daripada sesetengah AJK yang meminati negara 'Argentina' dan ada juga terlafaz "memang jerman cun bah!" kata peminat 'Jerman'. Situasi ini menghangatkan serba sedikit suasana dengan emosi-emosi sedemikian.

Muhasabah AJK bersama penasihat


Khusyuk ke ngantuk? mendengar penerangan Penasihat. Harap-harap khusyuk..

"Dari tadi Asyik-asyik gambar muslimin! Muslimat mana?" Hmmm.. Untuk pengetahuan pelawat / pembaca blog. Semua gambar-gambar ini dari 'hand phone' AJK MUSLIMIN lagipun tukang gambarnya malu sikit nak gambar sahabat-sahabat peserta muslimat dan AJK MUSLIMAT.. Ini sahajalah yang dapat dipamerkan... segala kekurangan daripada kami harap dimaafkan.. Insyaallah akan ada program susulan. segala perkembangan akan 'update'!!!!..

Sedikit pemakluman daripada penulis sendiri hari ini:
06. Julai. 2010. Sekali lagi perlawanan berlangsung..

Uruguay
vsNetherlands


Oleh : Syabab PERPPIS
Tarikh : 04. 07. 2010
Masa : 03:05 pm

SELOKA MENUTUP AURAT


Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau tak ikut gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk sekap,

Mini telekung pun orang cakap,

Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,

Lebih elok jubah mengurung,

Kaki pula mesti bersarung,

Di tumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani mengurat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,

Jarangnya pula boleh dilihat,

Orang yang memakai terus dilaknat,

Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah paha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesion,

Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi cuba elakkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,

Kerana ia melahirkan bunyi,

Boleh menarik perhatian lelaki,

Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,

Menarik perhatian orang laki-laki,

Melenggok punggung menggoda hati,

Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah di tonjol-tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisul,

Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Yang baik bolehlah anda ikuti,

Kalau boleh besok mulai


by:BDHR

Penyakit Darah Tinggi


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.


Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Terdapat dua ukuran tekanan darah iaitu - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung iaitu tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman iaitu tekanan diastolik.


Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.


Jika hipertensi seseorang itu berat maka timbul gejala seperti : sakit kepala, kelelahan, mual, muntah, sesak nafas, gelisah, pandangan menjadi kabur kerana terdapat kerosakan pada otak, mata, jantung dan ginjal.


Oleh : Kump. Zinnirah

Tarikh : 30 Jun 2010

Masa : 03.48 p.m.


ISLAMIC SCHOOL ATTACK

Program Islamic School Attack akan diadakan pada 10 Julai bertempat di SK Batu 4, Jln Apas. Diharap sumbangan daripada anda sekalian bagi menjayakan program ini. untuk memberi sumbangan sila berjumpa dengan AJK PERPPIS di setiap sekolah di Tawau. Atau sumbangan melalui no akaun bank PERPPIS iaitu 22-066-113063-8 di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

UNTUK PALESTIN

DI UDARA, TIDAK TERJANGKAU TINGGI, KAMU MENGEPUNG KEMI DENGAN F-16 DAN APARCHE.

DI DARAT, KAMU SUSUN KERETA-KERETA BESI DAN PAGAR-PAAGAR TINGGI LAGI BERDURI.

DI LAUT, TIDAK TERENANG TENAGA KECIL KAMI, SEDANG ARMADA KAMU MENYEKAT BANTUAN DAN MAKANAN TANPA BALAS KASIHAN.

TINGGALLAH HASPITAL-HOSPITAL KAMI, TEMPAT YANG TIDAK BOLEH KAMI BERSEMBUNYI,

YANG HANYA ADA DOKTOR DAN JURURAWAT YANG TIDAK PUNYA BIUS DAN UBAT,

SEDANG RUANG BERKELIMPANGAN TUBUH-TUBUH SENDAT DAN WANGI MAYAT-MAYAT!

YA ALLAH, YAHDIKA YA PALESTIN!

KAMI HANYA PUNYA DUA TANGAN MENADA KEAMPUNAN DAN INDAN PERTOLONGAN,

KAMI MENADAH PENUH PASRAH AGAR ENGKAU TURUNKAN TENTERA ABABIL-MU DARI LANGIT YANG PERNAH MENGHANCURKAN ABRAHAH.

BELAHKAN LAUTAN AGAR TENGELAM ARMADA LANUN YANG BERWAJAH FIRAUN KERASUKAN.

RELAHKANLAH BUMI-MU DAN TUMPAHKAN MASIN LAUT MATI-MU

AGAR LARUT TENTERA-TENTERA YANG MELATA DI TANAH KAMI SEPERTI KAU HINA KAUM NABI LUT!

LABBAIKA YA ALLAH, LABBAIKA YA PALESTIN!

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *