Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi sertamemperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Bagindamencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”
(Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..”
Hidupkanlah Sunnah Nabi S.A.W Kerana Sunnah Nabi Akan Membawa Kejayan Dunia dan Akhirat.

KEMANISAN UKHWAH!!!

KEMANISAN UKHWAH

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah SAW. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah SAW. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut.

Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman;
11-19-2008 8-46-51 PM

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?
Wallahualam.

PEMUDA VS PEMUDI : LOGIKKAH??

Logikkah?
Ramai menganggap lelaki bersalah jika berkawan mesra dengan seorang perempuan, tetapi bukan niat untuk dihalalkan (kahwin)?

Patutkah?
Seorang perempuan berkawan mesra, melayan seorang lelaki, tetapi sekadar teman biasa, dengan alasan selesa berkawan sedemikian?

Salahkah?
Apabila lelaki dilayan mesra itu, berasa tertarik, lalu meluahkan perasaan untuk mengubah perhubungan kawan yang penuh batasan menjadi teman yang pasti halal, lantas dikatakan tidak ikhlas dalam berkawan.

Setujukah?
Berkawan lelaki dan perempuan, BIASANYA akan ada atau bakal timbul satu perasaan lumrah, ke arah pernikahan.

Solusinya..
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Tutuplah jalan-jalan fitnah yang tidak pasti bila datang, kerana ketakwaan.
Samada sekadar keperluan atau untuk pernikahan..
Jika perlu berhubung lelaki dan perempuan, pastikan sekadar keperluan,
Segala yang berlebihan, layanan mesra MESTILAH dijauhkan
Jika ada PERASAAN, ikhlaskan, ikut saluran yang betul.

Untuk kaum Adam,
Jika ada perasaan, pastikan mengikut saluran yang betul, berdasarkan pedoman Al-Quran dan Sunnah Nabi Junjungan SAW.
Jika ditolak samada penuh kehormatan atau tidak berbalas, anggaplah ianya 'ibrah (pengajaran) dan khibrah (pengalaman) kehidupan.

 Untuk kaum Hawa,
Jika ada menerima luahan penuh keikhlasan yg telah mengikut saluran yg betul, cubalah balas keikhlasan dengan kejujuran, "berkatalah benar walau jawapannya penuh kepahitan".
Jika tiada kemampuan, gunalah kebijaksanaan untuk menyatakan juga jawapan (mungkin melalui saluran orang tengah), apa yang penting, jujur dan tenang dalam jawapan.
INGATLAH SABDA RASULULLAH SAW:
"Tidak beriman seseorang kamu (masih belum sempurna imannya), sehingga dia menyukai (sesuatu kebaikan terjadi) untuk saudaranya, sebagaimana dia menyukai (kebaikan itu terjadi) untuk dirinya sendiri".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya,
Jika kita suka kebaikan, kejujuran dan keikhlasan untuk diri kita, maka lakukanlah sedemikian rupa untuk saudara-saudara kita, kerana itulah tanda kesempurnaan Iman..
Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka dan kita dengan dipermudahkan segala urusan, kerana sebagaimana Sabda Nabi SAW:
"Allah pasti menolong hambaNya, selagi mana dia menolong saudaranya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Muhasabahlah demi satu perubahan, kerana perubahan ke arah kebaikan pasti membentuk kehidupan penuh kesejahteraan.
"Stereng" kehidupan ada di tangan kita untuk menentukan hala "tayar" ke arah destinasi kebaikan.
Mungkin ada yang mampu memberi FREE ADVICE, tetapi perubahan diri bukanlah AUTO-DRIVE

Tolonglah... jangan bersedih!


Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadar
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain
Jangan bersedih, kerana banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..Insya-Allah.

Tolonglah, jangan bersedih!



mari senyum secomel - comelnya. weee~ (^^)v

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk 
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri,
 segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati
 hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

"LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP"


Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.
LELAKI: ????????????

LEMBU OH LEMBU...
Kau tak tutup aurat?
Tak mengapalah kerna kau LEMBU..

LEMBU OH LEMBU...
Kau tak puasa?
Tak mengapalah kerna kau LEMBU..

LEMBU OH LEMBU...
Kau tak solat?
Tak mengapalah kerna kau LEMBU..

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); MEREKA ITU SEPERTI BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf:179)




3 Tahap Ikhlas

"Zaki, aku ada bendalah nak tanya dekat kau ni?" Izat, tiba-tiba bersuara. Cuma tinggal mereka berdua sahaja di dalam study room, pelajar yang lain semua sudah masuk ke dalam bilik masing-masing.

Izat mengalihkan mukanya daripada buku 'The Romanticism' yang sudah hampir sebulan dia baca tetapi masih tidak habis-habis. "Nak tanya apa?"

"Aku teringatkan, dulu sewaktu lower form aku ada dengar yang kita ni tak boleh buat ibadah atas dasar nak dapat pahala tu sendiri, betul ke?"

Izat menalakan pandangan ke atas, berfikir. "Jap eh." Macam pernah dengar benda ni. "Aha, haritu aku ada tengok satu program televisyen ni. Nama program tu kalau aku tak silap, 30 minit bersama Ustaz Don Daniyal. Dekat situ ustaz Don Daniyal ada cerita tentang tiga tahap ikhlas. Kau ada tengok tak?"

Geleng.

"Ustaz Don cakap, menurut Imam Ghazali, ikhlas itu ada tiga iaitu tahap seorang hamba, tahap seorang pedagang dan tahap seorang kekasih. Kalau tahap seorang hamba ini, apabila kita buat sesuatu, itu kerana kita takut tuan kita marah."

"Ooo, jadi selama ini aku sembahyang sebab takut kena seksa dekat akhirat nanti, kira ikhlaslah ya?"

"Yup betullah tu. Kau ada tanya tadi, kalau kita buat ibadah sebab nak dapat pahala, itu termasuk dalam tahap yang kedua, tahap seorang pedagang. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Jadi, tak ada masalahlah kalau kau solat sebab nak dapat pahala. Itu pun dah dikira ikhlas."

"Ooo..." Muncung mulut Izat mendengar penjelasan Zaki. "Tahap ketiga pulak?"

"Kalau tahap ketiga, tahap ikhlas yang paling tinggi, sebab kita buat atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita buat ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah."

 "Ok. Aku dah faham." Sengih. 

"Hebatnya kau, rilek saja cerita tentang benda-benda camni." Senyum. 

"Taklah, aku pun kebetulan hari itu aku tengok TV al-Hijrah saja. Kalau tak, jangan haraplah boleh jawab. Dah. Dah. Pergi buat homework kau tu, esok kalau kena marah sebab tak siap jangan nak mengadu dekat aku." 

Zaki dah kembali menghadap buku 'The Romanticism' tulisan Harun Yahya di tangan. "Baik bos."

PROGRAM BULANAN KALI KE-2

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya bagi ALLAH SWT,tuhan seluruh alam yang jua maha pengasih lagi maha penyayang.Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kehadrat ilahi kerana dengan izinnya Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau dapat lagi menjayakan Program Bulanan PERPPIS yakni Program Wacana ilmu Dan Titian kasih kali ke-2 yang diadakan pada 25-26 Feb 2012 bersamaan 3-4 Rabiulakhir 1433H bertempat di Masjid Nurul Huda.Kg Seri Menanti, Tanjung Batu Keramat Tawau. 

Setelah selesai menunaikan solat fardu maghrib secara berjemaah bersama penduduk kampung dan juga sahabat peserta,dengan nikmat iman dan islam majlis di teruskan dengan pengisian kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Penasihat AM PERPPIS iaitu Al-Fadil Cikgu Mohd Nasir Che Ali.


Para sahabat peserta,penduduk kampung dan urusetia mengaminkan bacaan doa imam masjid setelah selesai menunaikan solat fardu isyak secara berjemaah.


Sebelum sesi takruf diadakan,Pengarah program sdr. Mohd Ihsan Mohd Patti (Timb.Presiden) memberikan ucapan alu-aluan kepada para sahabat peserta yang telah terpilih oleh ALLAH SWT untuk menghadiri majlis ilmu ini.

Majlis diteruskan dengan taklimat disiplin yang disampaikan oleh sdr.Maulana Jamal (Exco Lajnah Tarbiah).



Sesi takruf para sahabat peserta bersama urusetia program.


Para sahabat peserta begitu tekun dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1.Bertemakan " Remaja Kretif ".

Majlis diteruskan dengan kuliah Al-lail yang di sampaikan oleh Al-Fadil Cikgu Nasir Che Ali.

Selesai sahaja mendengar pengisian kuliah subuh,majlis di teruskan lagi dengan pebentangan hasil tugasan para sahabat peserta dalam LDK 1.


ketika berserapan pagi bersama-sama.

Penyampaian anugera kumpulan terbaik dan sahabat peserta terbaik.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Sesi lambaian ukhuwah bersama para sahabat peserta dan urusetia.

Semoga Program kali ini memberikan makna dan kesan keatas para remaja kususnya pada bumi peladang ini yakni Tawau agar sentiasa istiqomah dalam menyertai program islami yang diadakan di mana sahaja.Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua para sahabat peserta Muslimin dan Muslimat yang telah menyertai program bulanan pada kali ini.Moga kita bertemu lagi pada program bulanan PERPPIS seterusnya yakni Program Wacana Ilmu dan Titian Kasih kali ke-3.

Tudung Yang Dipinkan Ke Belakang Menyerupai Biarawati Kristian??

Soalan : Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.
Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.
Jawapan;

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wani
ta beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya; "Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung;

[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

PANDUAN MENUJU KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT


Tidak ada muslim/muslimah yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.
Namun kejayaan yang ingin dikecapinya itu perlulah mengikut prosuder dan pantang larang agama Islam, iaitu tidak menyalahi konsep matlamat tidak menghalalkan cara, berapa banyak cara yang dilakukan oleh muslim untuk meniti sesuatu kejayaan, tetapi ianya tidak memenuhi kriteria matlamat agama, maka ia tidak dikira sebagai kejayaan kerana mengenepikan nilai-nilai agama Islam yang murni.
Para ulama yang mewarisi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. banyak meninggalkan kaedah, pendekatan serta cara terbaik untuk seseorang muslim/muslimah meniti kejayaan sebenar menurut acuan agama, mereka dianggap sebagai pengamal ajaran-ajaran Islam dan mencontohkannya kepada umum dengan bentuk yang cukup sempurna, jauh dari sebarang penyelewengan, bid’ah, tahayul dan khurafat, kerana ini semua menggagalkan konsep matlamat tidak menghalalkan cara.
Seseorang muslim/muslimah menurut Imam Syahid hasan al-Banna akan sentiasa berada di tangga kejayaan, apabila memiliki faktor-faktor berikut :
* Menganut dengan akidah Islam yang tulen, jauh dari sebarang unsur syirik, kufur dan      fasiq.
Iaitu akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menitik-beratkan hujah yang diceduk daripada al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad yang sohih, Ijmak dan Kias yang bukan sahaja menjadi rujukan dalam persoalan hukum syariat Islam, malah dalam perkara yang berkaitan dedngan akidah.
* Beribadat dengan konsepnya yang betul berdasarkan elemen ilmu, kerana sesuatu ibadat itu tidak akan diterima tanpanya.
Setiap muslim/muslimah perlu mengetahui matlamat Allah jadikan mereka bukan untuk berfoya-foya tanpa tujuan hidup, malah mereka dicipta hanyalah untuk tunduk beribadat kepada Allah SWT tanpa perlu adanya perantaraan manusia atau objek-objek lain yang boleh disifatkan sebagai syirik kepada Allah.
* Memiliki ketajaman daya berfikir.
Akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT merupakan satu anggota dalam tubuh manusia yang wajib dipelihara, iaitu dipelihara hingga tidak memikirkan pada perkara-perkara yang tidak menguntungkan Islam, kerananya juga manusia akan disumbatkan dalam api neraka jika sekiranya seseorang itu tidak menghidupkan fungsinya yang sebenar untuk berfikir pada memajukan Islam.
* Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk diwakafkan kepada Islam.
Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang maksimum daripada setiap muslim/muslimah, kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk menggunakannya pada membantu mereka yang mengharapkan bantuan kebajikan dan sebagainya, malah yang paling penting untuk melaksanakan tuntutan amal-amal ibadat yang difardukan oleh Allah SWT.
Ibadat tidak sahaja dalam bentuk melaksanakan solat, haji, puasa dan lain-lain, tetapi juga mengerahkan tenaga untuk menuju ke rumah Allah bagi menunaikan solat berjemaah, bergotong-royong mengurus ibadat korban, mengurus jenazah, membersihkan alam sekitar seperti kawasan-kawasan masjid dan surau dengan tubuh badan yang sihat, ia dikira sebagai mewakafkan tenaga dan tubuh badan pada jalan Islam.
* Memiliki akhlak Islam yang jitu.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud :Yang paling sempurna iman di kalangan orang-orang yang beriman adalah yang paling sempurna akhlaknya.
Akhlak merupakan elemen penting dalam diri setiap muslim/muslimah, tanpanya ia tidak bermakna menjadi seorang muslim yang telah berjanji kepada Allah untuk menjadikan segala agenda hidup dan mati kerana-Nya seperti yang diungkapkan dalam solat lima kali sehari semalam.
Akhlaklah yang membezakan antara sesorang muslim dan bukan Islam dalam meneraju kehidupan berdasarkan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. yang dicontohkan menerusi Sirah baginda.
Akhlak yang jitu ialah memperlihatkan keluhuran budi pekerti terhadap Allah, Rasulullah, para alim ulama, kedua-dua ibu bapa, adik beradik, orang-orang yang lebih tua, jiran tetangga, sesama manusia, alam sekitar, terhadap haiwan, pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya akhlak tidak boleh dibuat-buat dengan sengaja tanpa rangsangan daripada diri sendiri yang lahir daripada sanubari yang diikat dengan ajaran agama Islam.
* Bijak menjaga/mengurus waktu dengan baik.
Pengurusan waktu yang baik akan menjadikan muslim berkualiti dengan nilai-nilai kehidupan yang positif, iaitu menggunakan masanya pada perkara-perkara dan di tempat-tempat yang baik yang disukai Islam seperti sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai destinasi persinggahan, selain daripada menunaikan solat fardu berjemaah, diikuti pula dengan penglibatan kelas-kelas fardu ain.
* Memanfaatkan segala apa yang dimiliki untuk kepentingan awam.
Islam sering dan sentiasa menganjurkan kepada penganutnya agar mencurahkan segala apa yang ada pada mereka untuk dikongsi sama dengan saudara-saudara seagama seperti ilmu, kepakaran bagi melahirkanb insan muslim yang boleh dicontohi oleh kaum lain.
* Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan.
Umat Islam tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai pada tahap tertentu sahaja, malah memperkasa diri dengan meneroka bidang-bidang yang difikirkan perlu bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah seperti bidang astronomi, maritim dan lain-lain.
* Mampu untuk berusaha mencapai sesuatu matlamat.
Ia juga satu pendekatan yang memperlihatkan kemampuan umat Islam berusaha mencapai sesuatu matlamat semaksimum mungkin yang belum diterokai oleh mana-mana pihak, seperti matlamat mahu melahirkan usahawan mantap, maka usaha ke arah itu perlu dilakukan walaupun menghadapi cabaran yang sukar.
* Bersistematik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslim/muslimah sejati.
Umat Islam perlu membuktikan bahawa kehidupan mereka terancang dan teratur mengikut jadual, penuh dengan agenda, aktiviti, tugasan yang bersistematik hingga mampu mencairkan golongan bukan Islam yang menyanjung, menghormati sekali gus menjadikan mereka cenderung untuk meniru cara kita yang menampilkan pelaksanaan tugasan dan urusan dengan baik.
Sesungguhnya Islam mampu menawan dan memaut hati manusia-manusia sesuai dengan lafaz Islam yang memberi maksud menyelamat. - lanh

DIALOG BERSAMA PELAJAR & MAHASISWA


YB SENATOR. TUAN HAJI MUHAMMAD YUSOF BIN HUSAIN
(Ahli Dewan Negara Malaysia)







BERSAMA KITA BERSAMA MEMBINA SAHSIAH ISLAM YANG SEBENAR...MARI KITA TEGAKKAN KEBENARAN YANG PENUH DENGAN KEADILAN... INSYAALLAH....


MENYINGKAP KENANGAN MU...

Tiap tahun selawat keatas MU berkumandang,                         
Teringat akan kelahiran & perjuagan MU,
Seorang hamba diberi gelaran special,
Special yang tiada tandingannya,
Gelarannya membawa kejutan semua manusia,
Kejutan si penduduk mekah,
muhammad saw nabi yang bernama,
Menjadi  buah bicara sekalian makhluk.

Lahir MU membawa transformasi bertamadun,
Menjadi penawar kepada saudara MU,
Pemadam akan mekarnya kejahilan,
Pemusnah segala pemusnah,
Racun segala racun.

Lahir MU mencipta seribu persoalan,
megukir semangat fisabilillah,
Menubuh ansarullah islamiyah,
Pembakar kepada semangat jihad.

KAU pemula kepada perjuagan,
Penegak kepada kebenaran,
Pemusnah kepada kejahilan,
Petunjuk kepada keadilan.

Perjuagan MU menjadi semangat,
Pembakar sahabat semangat jihad,
CabaranMU menjadi ubat KAMI,
Ubat semangat akan jihad KAMI,
PetunjukMU bagaikan panah melayang lurus.

Kesulitan menjadi adat perjuagan,
Cemuhan & hinaan jadi norma kehidupan,
Putih hitam ciri pemusnah,
Kaum quraisy virus kemusnahan.

Berhala sana sini megah berdiri,
Berdiri megah keliling kaabah,
Bernyawa tidak, berkuasa pun tidak,
Itu lah tuhan pasul(patung).

Bila dakwah mula merebak,
Pemusnah mula merasa rungsing.
Bila islam mula berkembang,
Pemusnah umat mula merancang.
Bila semangat mula membara,
Pemusnah mula merasa seram.
Bila si jihad mula bergerak,
Pemusnah islam mula mengancam.
Bila kata mula berbicara,
Pemusnah mula melempar cemuhan.
Bila si jihad rasa kemenangan,
Pemusnah mula merasa takut.
Bila si jihad menang 100%,
Pemusnah mula memeluk ISLAM.


UKHWAH BERDIRI DENGAN KESATUAN BERSAMA....










Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *