Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Cerpen: Tika Ratib Dakwah Bergema Lagi

‘Andaikata kita memandang kepada sesuatu makhlukNya dengan hati yang hanya menagih kebaikan,kelembutan dan kasih sayang dariNya,Insya-Allah akan diperindahkan basiroh kita dengan pengislahan’

Bibirnya membaca satu-persatu dengan perlahan.Aku memandang Salwa.Dia tersenyum.Diariku yang dibaca tanpa izin kutarik semula.“Indahnya ungkapan tersebut.Syeikh daripada mana yang empunya bicara?”soalnya tiba-tiba.

Aku tersenyum.Perkataan ‘syeikh’ itu membuatkan fikiranku terbang menerobos benua.Teringatkan seseorang.
“Tak kisahlah siapa yang berkata-kata.Yang penting,apa yang dikata.Untuk kenal perkara haq perlu dilihat kepada inti haq itu dahulu,barulah dilihat kepada siapa punya bicara haq,”aku menjawab sambil melontar kembali kata-kata hikmah Saidina Ali Karromallahuwajhah.

Aku kembali menghabiskan air limau nipis.Hilang sudah perit di tekak.Hampir seharian kami ‘berkubang’ di Pustaka Naim. Membaca buku-buku terbaru sambil bertukar-tukar fikiran. Salwa yang merupakan rakan karibku yang sudah jarang berada disisiku waktu-waktu sekarang. Jawatannya sebagai salah seorang pimpinan mahasiswa membataskan waktu kami untuk sentiasa bersama. Sibuk sentiasa. Seringkali kurindu waktu-waktu bersamanya seperti sebelum ini. Sebagai gantinya,dia menyarankanku supaya menghabiskan masa bersamanya di kedai buku sebanyak dua hari dalam sebulan. Mencanai kemesraan ukhuwwah dan mengasah minda ilmiah dalam masa yang terhad tapi berkualiti.Ahh…alangkah enaknya punya sahabat yang’sekepala’.

Aku meneliti tajuk-tajuk buku yang dibelinya.Buku yang paling tebal sekali’Syarah Kitab Hikam’ .Hairan.Entah kenapa,Salwa yang merupakan peminat buku-buku motivasi sebelum ini mula menukar corak bacaanya yang bersifat tasauf.’Kekeringan spritual’,pernah dia mengujar sebegitu kepadaku sebelum ini. Aku kembali membelek buku ‘Fiqh Siasah Menurut Imam Hassan Al-Banna’ yang sempat kubeli tadi.

“Ungkapan yang terbit dari lisan adalah natijah kondisi jiwa.Awak setujukah?”tiba-tiba dia menyoalku sambil membuka kembali medan perbincangan.Aku terdiam lama.“Emm,begitulah gholibnya.Praktis ilmu dan iman yang hidup dalam jiwa biasanya membenihkan kejernihan perasaan-perasaan yang halus dan membuahkan mutiara-mutiara hikmah di lidah sebagaimana bagusnya adab kesopanan lahiriah seseorang membuktikan adanya adab di dalam batinnya. Kullu kalamin yabruzu ‘alaihi kiswatul qalbillazi minhu baroza. Setiap kalimat yang keluar ,pasti membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya.Itu kata-kata hikmah Syeikh Ibnu Athaillah. Balik nanti,awak cuba buka syarah Kitab Hikam tu”responku.

“Kitab Hikam ni memang kitab yang menakjubkan.Kalam hikmahnya seperti datang daripada langit.Saya kagum sebenarnya”dia mengomel lagi.Aku terdiam lagi.Ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.

“Sebaik-baik kitab hikmah adalah Al-Quran dan Sunnah.Asasnya bermula di situ dan ‘diisti’mal’ semula oleh insan-insan yang memperoleh ketajaman makrifat dengan Allah.Bila kontak hati dengan Allah tajam,Allahlah yang akan menguasai hatinya dengan taufiq dan hidayatNya.Jadinya,bila dia ingin memberi nasihat,Allahlah yang akan mengatur kalimat yang keluar darinya dan Allah juga yang akan mengatur pendengaran yang mendengarnya”ujarku panjang lebar.

“Ada lagikah kitab tasauf dan hikmah yang lebih hebat daripada kitab ini?”soalnya tiba-tiba.Aku mengingat-ingat sesuatu.
“Ada.Pengarangnya bernama Syeikhul Akbar Ibnu ‘Arabi,imam para sufi.Masya-Allah,ruhnya telah sampai ke darjat iluminasi yang tinggi sehingga mampu melahirkan imaginasi yang sangat dahsyat.Ideanya terurai dalam ratusan karya-karyanya.Yang paling masyhur,Al-Futuhatul Makkiyah,kitab paling monumental yang merupakan penafsiran sufistik yang hebat.Fususul Hikam pula kitabnya yang paling sulit dan penuh metafora.Banyak guna bahasa simbolik hingga orang awam seperti kita akan kebingungan”ujarku menerangkannya satu-persatu.“Subhanallah,”tasbihnya mengiringi rasa kekaguman.
Aku memerhati keadaan sekeliling.Matahari sudah mahu berangkat ke peraduan.Aku berkira-kira dalam hati untuk berangkat pulang.

“Susahkah bagi kita orang awam untuk memiliki hati dan lidah yang penuh hikmah?”soalnya lagi.Aduh!Terasa soalannya berlegar di sekitar ‘point’ yang sama.Sulitnya untuk menjawab bagi aku yang bukan ahlinya.Aku berfikir-fikir lama.
“Ro’sul hikmah makhofatullah.Pokok segala hikmah itu adalah takut kepada Allah.Itu kata Nabi s.a.w.Sebab itu,Luqmanul Hakim ketika ditanya seseorang ,bagaimana dia boleh menjadi seorang yang berhikmah lidahnya,maka dijawabnya bahawa dia meninggalkan dusta,membanyakkan diam,menjaga kehormatan,tidak mempedulikan urusan yang tidak berkaitan dengannya dan banyak lagilah “responku sedaya termampu.

“Ohh,begitu”responnya pendek.Seakan-akan satu konklusi.Suasana kholi.
“Cuba awak lihat kat depan tu,”tiba-tiba suara Salwa memecah kesunyian.Aku mengalihkan pandangan.Kelihatan seorang ‘wanita’ yang berbaju kurung sedang berjalan –jalan di depan kami.Seperti menunggu seseorang.Dia memakai selendang nipis di atas kepalanya.Wajahnya jelita digores make-up yang garang.Sekali imbas,tiada apa-apa yang pelik.Aku memandang wajah Salwa dengan penuh tanda tanya.
“Cuba awal lihat betul-betul orang tu ,”dia sekali lagi mengarah.Wanita yang dimaksudkannya itu kembali menjadi perhatianku.Aku memerhatinya betul-betul dan…….
“Astaghfirulllahal’azim…”aku mengucap panjang dalam rasa tergamam.Hatiku mula menangis.

(Bahagian 1,bersambung).

KETIKA HAMBA-MU BERTASBIH

Ya Tuhanku..
hanya padamu tempatku mengadu..
pahit manisku..
dalam menempuh hidup yang penuh liku..

Ya Allah..
kusesali diri ini..
diri yang tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi..
setelah Engkau memberikan apa yang diingini..
seringkali mengundang kemurkaanMu..
tetapi jarang sekali meminta keredhaanMu..

saat ku membaca kitabMu..
melaungkan asma'Mu..
keindahannya menyentuh kalbu..
sehingga tak tertahan rinduku padaMu..

ketika ini hambaMu bertasbih memujiMu..
mengharapkan belas kasihMu,
memohon ampunan dan keredhaan dariMu..
semoga iman dapat dikecapi..
dalam menuju hari yang menanti..
“Secebis Coretan Kenangan”
Ukuwah yang terbina,
sama seperti sekuntum bunga.
Meskipun kini telah terpisah,
demi kasihnya.
Namun cebisan kenangan kita’
sentiasa bermain di bayangan
mata.
Detik waktu yang berlalu,
menjadi memori kau dan aku.
Sewaktu kita bersama,
sering setia menimpa ilmu,
tanpa mengenal erti penat jemu
Ingat kah kau lagi...
Kita bersama meredah onak duri,
di tengah gersang.
Mengutip semangat suci,
kini segalanya telah tersurat,
Dalam sanubari.
Bersabarlah dengan ketentuannya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah.
Lumrah kehidupan insan beriman,
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi.

PERPPIS BAHAGIAN TAWAU MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM QIAMULLAIL ANJURAN PERPIS KUHARA


14 FEBRUARI 2010
SMK KUHARA TAWAU


AJK PERPPIS bahagian
Tawau telah dijemput oleh
Persatuan Pelajar Islam SMK Kuhara untuk bersama-sama menjayakan PROGRAM QIAMULLAIL KALI-1.
Program tersebut telah
mendapat sambutan yang hebat daripada kalangan pelajar SMK Kuhara. Antara pengisian termasuklah kuliah maghrib, kuliah al-lail, tayangan multimedia Islamik, Forum Remaja Islam, Qiamullail dan Riadah. Melalui program tersebut, hubungan antara PERPPIS Bahagian Tawau dengan Persatuan Pelajar Islam(PERPIS) Kuhara telah diperkukuh.








ADAB2 DGN SAHABAT


ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT
  • Memberi salam apabila bertemu
  • Mendoakannya apabila bersin
  • Menziarahinya ketika sakit
  • Melaksanakan janji yang tidak terlaksana
  • Sentiasa menolong sekiranya dia memerlukan
  • Tidak menyakiti sesama insan
  • Tidak mengumpat dan menghina
  • Tidak menipu dan mengkhianati sahabat

Tidak Semestinya Menang Setiap Masa

Apabila menaruh harapan terlalu tinggi untuk berjaya dan tidak boleh kalah sama sekali, semangat itu akan hancur jika mengalami kegagalan.

Menjadi fitrah manusia mendambakan kemenangan dan kejayaan. Sebagai orang Islam, doa yang kita pinta daripada Allah yang maha berkuasa sepatutnya bukan hanya untuk kebahagiaan di dunia sahaja tetapi yang lebih utama kebahagiaan di akhirat. Sebenarnya, dua konsep yang berbeza perlu wujud dalam diri kita untuk memastikan kebahagiaan dan keceriaan dunia dan akhirat. Sebagai seseorang yang berwawasan dan profesional, prinsip ' Aku BOLEH dan aku kan berjuang hingga ke titisan keringat terakhir' boleh menjadi suapan motivasi untuk menaikkan semangat membuat sesuatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syariat agar sebati dalam diri. Motivasi seperti ini amat bagus diamalkan kerana ianya membuatkan hidup lebih bersemangat. Bagaimanapun, sebagai hamba yang lemah di sisi Allah Yang Maha Berkuasa, kita tidak sepatutnya lupa mengingatkan diri dengan ingatan ' Aku tidak semestinya menang setiap masa '. Kita tidak perlu menang setiap masa. Apabila kita terlalu menaruh harapan yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang dan tidak boleh kalah sama sekali, amat dibimbangi semangat itu akan hancur apabila menemui kekecewaan. Setiap kali impian yang diinginkan tidak dapat dipenuhi, selalulah cuba untuk katakan
  • It's okay !
  • Aku boleh cuba lain kali!
  • I'll learn from mistake
Seterusnya sentiasalah cuba untuk muhasabah diri kita dan perbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri untuk terus berusaha mencapai kejayaan...

Bengkel Penulisan Memantapkan Karya PERPPIS

Bilik Mesyuarat PERPPIS,Tawau - Baru-baru ini, suatu bengkel iaitu Bengkel Penulisan Siri II telah diadakan di Bilik Mesyuarat PERPPIS yang bertempat di Pejabat PASTI Kawasan Tawau. Pengisian dalam bengkel penulisan yang dikhususkan hanya untuk AJK PERPPIS ini telah disampaikan sendiri oleh Penasihat Am PERPPIS, Cikgu Mohd Nasir Che Ali. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Penulisan Sesi I yang telah diadakan pada pada hujung tahun lalu.
Bengkel Penulisan Sesi II telah bermula seawal pukul 10 pagi. Penyampaian yang agak menarik oleh Cikgu Nasir telah memukau setiap hati dan mata AJK PERPPIS. “Penulisan yang dihasilkan mestilah memberi manfaat kepada masyarakat dan hasil karya hendaklah bersumberkan Al-Quran dan Hadis, ” menurut Cikgu Nasir. Tegas beliau lagi, “ Hasil tulisan juga mestilah benar di samping menitikberatkan etika dan akhlak Islam dalam setiap penulisan ”. Bengkel teori yang diadakan pada peringkat awal telah memberi pemahaman yang amat jelas kepada setiap peserta yang terdiri daripada AJK PERPPIS Sesi 2009/2010. Para peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis media cetak yang digunakan secara meluas terutamanya di Tawau. Sebelum berhenti rehat, peserta diamanahkan untuk membentuk kumpulan dan mengarang sesuatu yang berkaitan dengan program yang dijalankan oleh PERPPIS.
Setelah menikmati makan tengahari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah, bengkel secara praktikal diteruskan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil penulisan mereka. Seterusnya ulasan secara langsung diberikan oleh Cikgu Nasir. “Melalui bengkel seperti ini, pemahaman yang lebih mendalam tentang penulisan dapat dibentuk sekaligus lebih memberi keyakinan kepada kami untuk terus menghasilkan tulisan sebagai salah satu medan dakwah kami,“ luah seorang peserta program yang juga merupakan Pengerusi Hepi PERPPIS sesi ini. Bengkel berakhir pada pukul 2.30 petang.


17 Februari 2010
Bilik Gerakan

Maafkan semua orang sebelum tidur


Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur.

Tidur adalah waktu rehat bagi manusia. Tidur juga adalah ' mati' yang sementara. Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita. Mengapa?

Kerana hari esoknya belum tentu lagi kita masih hidup, maka biarlah kita pergi tanpa ada sangkut-paut dengan sesiapa. Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah yakni contoh terbaik buat seluruh umat. Sifat pemaaf dan kasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafir jatuh cinta dengan Islam hanya disebabkan akhlak baginda yang mulia.

Begitulah tingginya sifat pemaaf Rasulullah s.a.w. Terbukti juga dengan sifat pemaaf baginda tatkala umat Islam berjaya menawan semula kota Makkah dari tangan Arab Quraisy, ramai yang memeluk Islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sifat maaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )." ( Riwayat Thabrani )

Apatah lagi bagi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia kepada Islam. Seperti kata Hassan al-Banna, " Dakwah kita membawa manusia mengenal Allah, dan katakanlah kepada mereka, Kami sayangkan kamu dan ingin sama-sama menuju Allah."

Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang dan apabila mata celik esok harinya, segala masalah sesama manusia telah pun terhapus.

EKSPEDISI DAKWAH..penampang Sabah

HIDUP SIHAT TANPA STRESS

1. NUTRISI ATAU DIET YANG SEIMBANG
2. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL:

AKTIVITI RINGAN(60 MINIT)
#berjalan kaki
#aktiviti regangan
#aktiviti berkebun yang ringan
AKTIVITI SEDERHANA(30 MINIT)
#berjalan laju
#turun naik tangga
#aerobik

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *