PANDUAN KESIHATAN HIDUP


4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan :
• Makan daging
• Memakai haruman
• Kerap mandi
• Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
• Banyak bersetubuh
• Selalu cemas
• Banyak minum air ketika makan
• Banyak makan bahan yang masin

Empat perkara menajamkan mata :
• Duduk mengadap kiblat
• Bercelak sebelum tidur
• Memandang yang hijau
• Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
• Memandang najis
• Melihat orang dibunuh
• Melihat kemaluan
• Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
• Tidak banyak berbual kosong
• Rajin bersugi(gosok gigi)
• Bercakap dengan orang soleh
• Bergaul dengan para ulama

Kesembuhan Itu Milik Allah

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

10 PERINGKAT MENJADI ORANG BERIMAN

1. Tidaklah hamba dilangit dan dibumi tergolong hamba yang beriman, sehingga dia berlaku lembut terhadap manusia .

2. Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang muslim .
3. Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga orang lain selamat dari(gangguan) tangan dan lidahnya .

4. Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga dia menjadi orang yang alim .
5. Tidaklah dia termasuk orang alim, sehingga dia mengamalkan ilmu nya .
6. Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid .

7. Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak .

8. Tidaklah dia menjadi hamba yang warak sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya .

9. Tidaklah dia tergolong hamba yang merendahkan dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya .

10. Tidaklah dia tergolong hamba yang mengenal dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang berakal dalam percakapannya . (Mafhum hadis Rasulullah s.a.w)

Cantiknya Soleh & Solehah

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Ayat Al-Quran di atas menunjukkan kepada kita bahawa manusia ini sentiasa berada dalam kerugian jika mereka tidak mencari kebenaran.

Ini kerana manusia itu telah diciptakan supaya mudah lalai.Itulah sebabnya dikatakan bahawa "manusia perlu ditazkirah setiap hari" . Ini kerana,jika tidak diingatkan begitu,kita akan kembali terjerumus kepada kesesatan dan kegelapan.

Contohnya: Selepas mendengar ceramah agama atau membaca buku-buku yang membawa kebaikan,seseorang pasti insaf dalam tempoh beberapa hari.Kemudian kita akan dapati bahawa beliau akan kembali menjalani hidup beliau yang melekakan dahulu.
Pada pendapat saya,untuk menjadi manusia yang cemerlang sahsiah dan akhlaknya seperti di atas,kita tidak boleh membiarkan diri kita lena dengan gaya hidup hiburan kita setiap hari.Kita mesti bangkit berubah.

Kita mestilah sentiasa mencari ilmu-ilmu positif yang dapat menginsafkan kita setiap hari dan berterusan.Kita tidak boleh mendengar satu ceramah atau membaca satu buku sahaja untuk berubah ke arah kebaikan.Ianya mengambil masa sepanjang hayat.Ini kerana dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan.Kita pasti leka juga akhirnya jika tidak sentiasa bermusahabah diri.

Ayat Surah Al-'Asr yang pertama di atas yang bermaksud "Demi Masa!" itu juga ada maksud tersirat di situ.

Ayat itu bermaksud Allah menyuruh kita untuk menghargai setiap detik hidup kita dengan melakukan kebaikan dan mencari ilmu.Kerana dengan ilmu kita dapat menjadi insan bertakwa.Orang yang banyak berhibur itu rugi kerana telah mensia-siakan hidup mereka.Bolehlah diibaratkan seperti "Baju Sendat,Otak Ketat" .

Hari ini kita disumbatkan dengan tema "Live Your Life To The Fullest" yang ramai orang tersilap menafsirkan ayat itu dengan mengatakan "Hidup ini singkat.Mesti Enjoy!" . Lantas ayat ini telah membawa kita kepada hiburan melampau dan semakin menjauhkan kita dari mencari kebenaran dan ilmu.

Lantas,rugilah kita.Kerana masa tidak akan kembali.Kita patut berubah dari sekarang.

Selalu kita dengar orang berkata "Masa muda lah nak enjoy.Dah tua takleh dah."

Sebenarnya,melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.Kita hendak menjadi orang yang cemerlang sahsiah rohani dan batin,mestilah bermula ketika kita muda.Ketika mental kita masih berupaya menerima perubahan dan masih bersemangat.

Jika umur 20-30 sudah menghabiskan masa dengan clubbing dan menyimpan hasrat akan bertaubat pada umur 60,minta maaflah.

Kerana pada umur 60 itu jika kita ini sudah terlalu lama bergelumang dengan kegelapan,secara logiknya,payah sungguh untuk berubah.Maka,akan teruslah kita menjadi gelap.Tidak mampu berubah.Ketahanan diri dan mental untuk berubah sudah lemah.Tidak seperti di hari muda.

Sama jugalah halnya dengan menutup aurat.Kita mesti melatih anak-anak kita menutup auratnya sejak awal lagi.Melatih anak-anak sembahyang dari kecil.

Ini jika anak sudah 25 tahun,baru hendak suruh memakai tudung,kemungkinan besar anda akan ditipu sahaja.Depan anda mereka pakai,belakang buka.Dan baik tidak payah menutup aurat jika anda memakai baju lengan pendek ketat sehingga ternampak bentuk perhiasan hadapan kaum hawa,atau jika anda mendedahkan aurat ketika tamu bukan mahram datang ke rumah.Sama juga dosanya.

Aurat perlu dijaga tidak mengira tempat.Dosa itu juga dikira setiap masa.Itu yang perlu kita ingat.

Dan jangan lupa untuk menerangkan kepada mereka kenapakah kita menyuruh mereka (anak-anak) melakukan sedemikian.Jangan tidak diterangkan mengapa perlu memakai tudung.Bimbang nanti konsep penutupan aurat itu tidak sampai ke hati mereka .Kita ini beribadat jangan ikut-ikut sahaja cakap orang.Kita mesti faham kenapa disuruh melakukan amalan-amalan ini.Itulah pentingnya ilmu di sini.

Jangan jadi umat pengikut,jadilah umat berfikir yang beribadat dengan memahami konsep ibadat itu.

Tiada istilah buat jahat hari ini,esok kita bertaubat.Kita mesti sentiasa mendekatkan diri kita ke arah kebaikan.Caranya adalah dengan sentiasa mendekatkan diri dengan bahan-bahan bacaan positif dan ilmu-ilmu kebenaran misalnya.

Ini akan sentiasa membuatkan kita sedar dan insaf jika berniat melakukan kejahatan.

Berubahlah sementara masih ada keinginan.Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah.Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya.Lihat ayat Al-Quran di bawah.

"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."
[Surah An-Nuur Ayat 40]

Sekian.Harap faham apa yang ingin disampaikan.Baiki minda anda.Banyakkan berfikir.Pasti boleh.

Kerana hidup ini mudah.Allah telah menganugerahkan kita peluang membuat pilihan.Segalanya di tangan anda.

Insya-Allah.

Antara Buta Mata dan Hati

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

sebenarnya terasa bergetar jiwa dan perasaan,
kerana takut apa yang ditaip,
bakal terkena pada diri sendiri..

namun insyaAllah,
dengan kekuatan dariNya,
kita perlu saling mengingatkan
dan dengan mengingatkan yang lain,
kata-kata yang disampaikan oleh mulut kita itu
akan pertama-tamanya
menyinggah di telinga kita dahulu!

lalu nasihat itu khususnya buat diri sendiri~

merujuk pada tajuk post ini,
here's a song
as a main idea of this post..

hayati and hope it can reach our hearts!


Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah

Bila mendapat musibah
lupa dirinya hamba

Nikmat yang datang tiada rasa dariNya


Sepatutnya rasa malu kepadaNya

Kerana anugerahNya kepada kita


Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia

Buta hati tidak nampak kebenaran


Buta hati ditipu nafsu dan syaitan


Bahkan dilupakan saja

Semua orang rasa bangga dengan dosa


Bila menyebut neraka

Tidak terasa akan gerunnya


Bila menyebut syurga

Tidak terasa akan nikmatnya


Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

***********************************

Sejak beberapa hari kebelakangan ini,
ada beberapa situasi
(sama ada berkaitan atau tak dengan saya)
yang membuatkan saya berfikir
dan memberi kesedaran pada diri ini..
Alhamdulillah..

mari kita renungkan..

"Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah

Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba

Nikmat yang datang tiada rasa darinya"


pernah tak dalam kesibukkan kita menjalankan tugasan duniawi,
kita berhenti sejenak
dan berfikir tentang penciptaan setiap perkara yang berada di sekeliling kita?



jika kita merasakan hebat si pencipta kereta ferrari,
maka lebih hebat lagi yang menciptakan si pembuat kereta itu..


jika kita merasa kagum dengan kehebatan si burung
yang terbang dengan bebas dan menyanyi merdu
pasti seharusnya lebih kagum dengan seni penciptanya..

maka pujilah hanya Dia,
kerana tiada yang layak mendapat pujian-pujian
dan kata-kata kemuliaan melainkan Dia!

betapa jahilnya manusia,
mereka bukan sahaja lupa dan lalai
dari merenung dan menghayati kebesaran tuhanNya..

Malah ketika diuji,
merasakan dirinya hanya layak mendapat apa yang dia ingini semata-mata..

hanya dengan kegagalan dalam peperiksaan,
menyebabkan timbul ragu tentang sifat pengasih Allah taala!

ditinggalkan oleh yang tersayang,
mula merasakan bahawa Dia tidak adil!

naudzubillah!

siapa kita?
siapa Dia?

ingatlah posisi sebagai hamba,
yang bernafas juga atas ketentuanNya..


"Semua orang rasa bangga dengan dosa"

mungkin bahagian ini dah banyak disebut di tempat-tempat lain,
namun yang penting
rasulullah SAW pernah bersabda

"jika tiada malu, buatlah sesuka hatimu"

mungkin disebabkan dicabutnya rasa malu,
maka timbul rasa bangga akan dosa
dan pekung yang penuh di dada

bangga dengan perbuatan dan perkara
yang sepatutnya memalukan kita sebagai seorang muslim!

ditayang dan dihebahkan bagai ianya suatu perbuatan MULIA di sisiNya..


"Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya

Bila menyebut syurga

Tidak terasa akan nikmatnya"


cuba renungkan,
adakah kita tergolong dalam mereka yg buta mata hatinya?
yang gelap dan keras hatinya
hingga tidak membekas gambaran syurga dan neraka yang Dia berikan
dalam kitab Al-Quran?

atau kita tergolong dalam mereka
yang bergetar jiwanya
ketika disebut dan dibacakan ayat-ayatNya?

bagaimana kita akan termotivasi untuk ke syurga
dan bagaimanakah usaha kita akan meningkat
sekiranya ganjaran yang Dia berikan tidak menarik minat hati kita?

sesungguhnya,
pilihlah pengakhiran kita sebaiknya..

tiada pertengahan,
cuma ada syurga
atau neraka..

wallahu'alam~




p/s:
Itu menunjukkan Jiwa kita mati atau buta

p/s2: PENCINTA DUNIA.. mereka seperti kanak-kanak yang sibuk dengan 'permainan' yang tidak berharga~

p/s3:percaya atau tidak, Buta hati lebih merbahaya!

p/s4: 4 days to go, then balik Malaysia dengan perasaan bercampur..can't describe...

p/s5: SYURGA ITU KAMPUNG HALAMAN KITA, maka sebagaimana kita rindu utk pulang ke Malaysia bertemu sanak saudara, harusnya kita lebih rindu lagi utk ke syurga yang aman damai bahagia dan kekal selamanya! :)

Penulis : Muhd Rajie Lioli (Presiden PERPPIS Bahagian Tawau)
Penerbit : Abdullah Fahmi Alias (Ahli Jawatankuasa PERPPIS)

Menyambut Hari Valentine




Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
1)Pendapat pertama
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak.

Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Diubahsuai Oleh: Iqram Al-Mujahid

MESIR DAN DUNIA

Salam...

Semalam, sungguh, seharian saya berduka. Berat hati memikirkan sahabat-sahabat dan saudara-saudara di Mesir, juga berat hati kerana seorang sahabat di Malaysia ini sedang sakit. Dalam tidak sedar, semalam selepas menziarahinya, tarikh beliau dimasukkan ke hospital adalah tarikh yang sama ketika pergolakan Mesir bermula. Ya, 25hb, tarikh keramat yang mengubah sejarah keamanan tanah Arab!

Kerana tahu, ramai yang tidak cakna akan hal ini, saya cuba untuk memberitahu rakan-rakan di kelas saya melalui google group kami. Alhamdulillah, makin ramai jadi lebih cakna, lebih mendoakan sahabat dan saudara kita di sana.


Alhamdulillah, berita baik semakin menampakkan sinarnya bila kerajaan mula mengambil langkah untuk mengeluarkan pelajar-pelajar kita di Bumi Mesir. Namun, masih kasihan kepada pelajar-pelajar yang self sponsored kerana tak tahu arah mana mahu pergi. Semoga Allah lindungi mereka dan bukakan hati mereka untuk turut ikut pelajar MARA dan JPA.



Setakat ini, tekanan makin menyesakkan dada Hosni Mubarak. Tekanan dari rakyat dan US. Tiba-tiba saya terpandang satu bait-bait kata dari seorang Syeikh. Kata beliau :

The situation in Egypt:
"And in this, we learn from the Prophetic methodology:
change must begin at the ground level, bottom-up,
and not top-down.
Change begins in the heart and in the home,
and it shall eventually reach the streets
and shake the foundations of government."
[Syaikh Yasir Qadhi]

Lihat betapa kuasa yang bermula dari hati itu mampu menggoncangkan sebuah kerajaan! Subhanallah! Dalam pada itu, bila melihat berita dan gambar-gambar di internet, hati merasa takjub dengan kuasa hati yang dimiliki oleh orang Mesir. Dalam keadaan tegang macam mana pun, solat jemaah tak tinggal. Di tengah-tengah Tahrir Square, mereka berjemaah, rukuk dan sujud kepada Ilahi, memohon bantuan kekuatan hati yang lebih lagi, mungkin. Sementara yang lain berkawal dan keadaan ini berganti-ganti.

Suka untuk saya beritahu bahawa Day of Rage yang bangkit dulu bukan sahaja dari kalangan Muslim. Malah, ia turun dibantu oleh orang-orang Kristian yang mempunyai bilangan yang agak signifikan di Bumi Mesir. Bersatunya mereka menentang pemerintahan Tirani yang korup menggoyahkan bukan sahaja Hosni Mubarak malahan Israel sendiri! US (baca : Barack Obama) mula memikirkan kembali tentang biayaan mereka ke atas Mesir sebanyak USD 2 Billion setiap tahun sejak Perjanjian Damai Mesir - Israel termeterai.

Ya Allah, permudahkan usaha membawa keluar sahabat dan saudara-saudaraku dari kekalutan ini. Sejahterakanlah rakyat Mesir yang tidak lain tidak bukan hanya mahukan keadilan. Kepada Engkau kami memohon bantuan kerana kami tahu Engkaulah tuhan yang Maha Berkuasa dan sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong dan sandaran kami...

Kisah Jilbab

Kisah Jilbab ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam…
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, pelbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamualaikum, saudariku..”
“Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.”
“Terima kasih. Apakah ini syurga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”
Wanita itu tersenyum lagi. “Amalan apa yang dapat membuatmu kemari, saudariku?”
“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
“Ayuh, kita ikuti mereka.” kata wanita itu sambil setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” katanya sambil mengikuti wanita itu.
“Tentu saja syurga, saudariku” larinya semakin cepat.
“Tunggu…tunggu aku..” ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, ” Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?”
“Sama denganmu, saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, “Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”
Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, “Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia terpegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

sumber : Nisa' Negeri Sembilan

PILIH AZAB ATAU NIKMAT BERDASARKAN KERJA BUAT DI DUNIA...

Siapa pun umat manusia yang berakal yang hidup di dunia ini pasti tidak sekali-kali teringin dicampakkan ke dalam neraka. Umat Islam meyakini adanya balasan syurga dan neraka setelah melalui ujian hidup di dunia yang fana ini. Hal ini seperti yang disebutkan Allah swt dalam Al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3, menjelaskan bahawa manusia itu belum lagi beriman sekiranya ujian yang Allah swt berikan di dunia tidak mampu dihadapi dengan jalan sabar dan solat. Friman Allah swt :
“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.


Manusia dihidangkan dengan seribu satu bentuk ujian yang terdapat di dunia inil. Sama ada ujian terhadap harta, wanita, anak-pinak dan macam-macam lagi yang dapat memesongkan akidah dan melalaikan setiap umat yang mukallaf daripada mengingati Allah swt. Persoalannya, adakah tindakan kita selama ini benar-benar dapat dikategorikan sebagai manusia yang tidak layak untuk neraka???

Coretan kali ini cuba membawa penulis sendiri dan para pembaca yang budiman bermuhasabah dan mengenali beberapa tingkat neraka yang selayaknya dihuni mengikut jenis-jenis kesalahan manusia. Ia tidak lain dan tidak bukan, sebagai panduan untuk menjadi umat Islam sebaik mungkin yang sentiasa terhindar daripada melakukan dosa yang sangat ditegah olehNya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:
  • Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)
Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.
  • Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya.
Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

  • Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.
  • Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.
  • Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.
  • Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.
  • Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas.” (surah Al-Qariah: 8-11)

Buatlah pilihan sewajarnya sama ada ingin bertindak sebagai calon-calon neraka ataupun Syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dengan segala bentuk kenikmatan yang tidak dapat dibayangkan pencaindera manusia. Selagi diberi kesempatan berada di dunia yang fana ini, mari kembali menghayati prinsip hidup amal Islami yang hakiki.
Salam muwajahah silmiah.