Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

10 Muwasafat Tarbiyyah . .

...Aspek-aspek seorang dai'e muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang muslim yang sempurna....
 Antara sifat-sifat yg perlu ada pada seorng dai'e ialah;


1.Kuat Tubuh Badan(Qawiyyal Jism)
-Dakwah merupakan satu tanggungjawab dan tugas yang berat.,oleh itu seorang dai'e memerlukan tubuh badan yg sihat dan kuat untuk mnempuh segalanya..
..Rasulullah s.a.w bersabda:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mumin yg lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikannya

-Pesanan Al-Banna: 
..untuk memperolehi tubuh badab yg sihat perlu memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yg boleh memudaratkan badan..

2.Akhlak Yang Mantap(Matinul Khuluq)
-Akhlak kita berpandukan Al-Quran dan ditunjukkan oleh rasulullah
-Dijelaskan beberapa oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai'e iaitu sensitif,tawadhu,benar dalam perkataan dan perbuatan,tegas,berani,menunaikan janji,serius,mnjauhi perkara yg buruk dan lain-lain.

3.Fikiran yang Berpengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)
-Mempunyai ilmu pengetahuan tentang islam dan maklumat am supaya mudah untuk mnceritakan kepada orang lain..
-Perlu bersumberkan Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yng thiqah
-Pesanan Imam Al-Banna:
..perlu boleh membaca dengan baik,mempunyai perpustakaan sendiri,dan cuba mnjadi pakar dalam bidang yg diceburi..mampu membaca al-Quran dgn baik.tadabbur,mmpelajari sejarah kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yg penting..

4.Mampu Berusaha(Qadiran ala Kasbi)
-Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah labih utama dari gaji dan pandapatan.
-melakukan setiap kerja dengan niat yg betul..
-berusaha untuk memperolehi sesuatu dengan cara yang betul dan menjauhi riba..

5.Akidah yang Sejahtera(Salimul Aqidah)
-Redha Allah sebagai Tuhan,Islam sebagai agama dan nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi..
-Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat memperbanyakan nawafil dan zikir..
-mnjaga kebersihan hati,bertaubat,istighfar,mnjauhi dosa dan syubhat..

6.Ibadah yg Betul(Sahihul Ibadah)
-Sentiasa memperbaiki ibadah yg dilaksanakn dengan lebih baik
-Sentisa mencari ilmu tentang ibadah kita
-Tidak melampau atau berkurang(pertengan)

7.Mampu Melawan Nafsu(Mujahadah ala Nafsi)
-perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsiunya dan mengikut kehendak islam..
-Tidak mnghiraukan apa org kata dalam mempraktikan islam dalm kehidupan . .
-Seorang dai'e akn melalui suasana sukar yg tidak dapat dihadapi oleh orng lain yang tidak biasa dengan kesusahan..

8.Menjaga Waktu(Haarithun ala Waqtihi)
-Seorang dai'e akan menjaga waktunya dengan sebaik yg mungkin dan akn mnggunakan waktu yang ada dengan perkara yang berfaedah..
..waktu labih mahal dari emas,waktu adalah satu kahidupan yg tidak akan kembali semula..

9.Tersusun dalam Urusan(Munazzamun fi syu'unihi)
-untuk manfaatkan waktu dengan baik perlu pnyusunan dalam segala urusan
-Gunakan segala masa dan tenaga yang tersusun untuk manfaat islam dan dakwah

10.Berguna untuk Orang lain(Nafi'un li ghairihi)
-Dai'e umpama lilin yang membakar diri  untuk menyuluh orang  lain
-Dai'e adalah penggerak dakwah dan islam ,masa depan islam,hidup mati islam bergantung kepada dai'e
-kehidupan yg paling indah bagi seorang dai'e ialah apabila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Alla
 ... SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU                              
                                                                   DAN MATIKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH.....



Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *