Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Muhasabah

Doa Saidina Ali ketika bermunajat pada-Nya

ILLAHI...
Adakah orang yang telah menikmati manisnya cinta-Mu
Akan menggantikan pengganti selain-Mu
Adakah orang yang telah bersanding di samping-Mu
Akan mencari ganti selain-Mu

ILLAHI...
Jadikan kami dalam kalangan yang Kau pilih untuk mendampingi dan menjadi kekasih-Mu
Yang Kau ikhlaskan untuk memperolehi cinta dan kasih-Mu
Yang Kau rindui untuk datang menemui-Mu
Yang Kau redhai hatinya untuk menerima qadha-Mu
Yang Kau anugerahkan kebahagian melihat wajah-Mu
Yang Kau limpahkan keredhaan-Mu
Yang Kau lindungi dari diusir dan kebencian-Mu
Yang Kau sediakan baginya kedudukan siddiq di samping-Mu
Yang Kau istimewakan dengan makrifat-Mu
Yang Kau arahkan untuk mengabdi-Mu
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradah-Mu
Yang Kau pilih untuk menyaksikan-Mu
Yang Kau kosongkan dirinya untuk-Mu
Yang Kau bersihkan hatinya untuk di isi dengan cinta-Mu
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurnia-Mu
Yang Kau ilhamkan padanya untuk mengingati-Mu
Yang Kau mendorongnya untuk mensyukuri-Mu
Yang Kau sibukkan dengan ketaatan-Mu
Yang Kau jadikan dari makhluk-Mu yang soleh
Yang Kau pilih untuk bermunajat pada-Mu
Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu
Yang memutuskan hubungan dengan-Mu

Ya ALLAH...
Jadikan kami dari kalangan orang
Yang dambanya adalah mencintai dan merindui-Mu
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahinya sujud kerana kebesaran-Mu
Matanya terjaga dalam mengabdi-Mu
Air matanya mengalir kerana takut pada-Mu
Hatinya terikat pada cinta-Mu
Kalbunya terpesona dengan kehebatan-Mu

Wahai yang cahaya kesucian-Nya bersinar
Dalam pandangan para yang mencintai-Nya
Wahai yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada yang mengenali-Nya
Wahai yang dikejar kajbu para yang merindui
Wahai tujuan harapan para yang mencintai

Aku memohon cinta-Mu
Dan,cinta amalan yang membawaku ke samping-Mu
Jadikan cintaku kepada-Mu membimbingku pada keredhaan-Mu
Kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat pada-Mu
Anugerahkan padaku memandang-Mu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang dan jangan palingkan wajah-Mu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurnia -Mu
Wahai Pemberi Ijabah
.....Ya Arhamarrahimin.....


Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *