Wahai diri,Sesungguhnya pemikiran itu ada lima sasaran :
1. Berfikir tentang bukti-bukti kebesaran Allah, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.
2. Berfikir tentang anugerah-anugerah Allah, hal ini dalam menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.
3. Berfikir tentang janji-janji Allah, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.
4. Berfikir tentang ancaman Allah, ia menimbulkan rasa gentar bermaksiat.
5. Berfikir tentang kekurangan diri sendiri dalam mengabdi, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan rasa malu terhadap Allah.
Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.
Rujukan : Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.
Perpustakaan Negara Malaysia

Tahukah rakan-rakan,bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia? Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.Terdapat 3 buah bumbung berbentuk tengkolok yang digabungkan bagi melambangkan perpaduan masyarakat & 3 matlamat utama Perpustakaan Negara. Bahagian bumbung ini disusun dengan ubin bercorak songket berwarna biru yang diilhamkan daripada seni warisan Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia mampu menampung:
- 1 juta bahan bacaan.
- 1000 tempat duduk pembaca.
- Auditorium untuk 367 orang.
- Teater kanak-kanak memuatkan seramai 150 orang.
- Dewan Pameran seluas 421 meter persegi.
Taubat Orang yang Derhaka
Seorang lelaki datang menemui Ibrahim Bin Adham lalu bertanya, “ Wahai Abu Ishaq ( panggilan akrab Ibraim Bin Adham ),aku telah banyak melakukan perbuatan tdak baik,maka tunjukkanlah kepadaku apa yang membuatku serik dan menyelamatkan jiwaku.”
Ibrahim Bin Adham menjawab, “ Jika engkau mahu menerima lima perkara dan engkau mampu melakkannya,maka itu tidak merugikanmu dan tidak pula menghilangkan kenikmatan hidupmu.” Ibrahim Bin Adham meneruskan nasihatnya,
“Pertama,jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka janganlah engkau makan dari rezeki-nya!”.Lelaki tu bertanya, “Jadi apa yang harus aku makan sementara semua yang ada di bumi ini dari rezeki Allah?”.Ibrahim Bin Adham menjawab, “Itulah..kerana itu tanyakan pada dirimu apakah layak apabila engkau makan dari rezeki-Nya,lalu engkau derhaka terhadap-Nya?”.
“Kedua,jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka janganlah engkau tinggal di bumi-Nya.” Lelaki itu menjawab “ Ini lebih berat daripada yan pertama.Jika barat dan timur dan antara keduanya adalah milik-Nya,di mana aku harus tinggal?”. Ibrahim Bin Adham menjawab, “Itulah..kerana itu tanyakan pada dirimu apakah layak apabila engkau makan dari rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,lalu engkau derhaka terhadap-Nya?”.
“Ketiga, jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,sementara engkau makan dari rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,maka lihatlah apakah ada suatu tempat yang tidak terlihat oleh sesiapa pun agar engkau dapat melakukan maksiat terhadap-Nya.” Lelaki itu menjawab, “Wahai Ibrahim,bagaimana mungkin,kerana Allah pasti melihat segala sesuatu yang tersembunyi mahupun yang nampak.” Ibrahim Bin Adham menjawab, “Jika demikian,apakah layak apabila engkau makan dari rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,lalu menentang-Nya sementara Dia dapat melihatmu dalam keadaan apa pun!”.
“Keempat, jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka ingatlah apakah engkau mampu menolak kedatangan malaikat pencabut nyawa,lalu meminta agar diberi tangguh sehingga engkau dapat berbuat amal soleh dan bertaubat? Jika tidak dapat,bagaimana cara engkau meminta keselamatan?”
“Kelima, jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka ingatlah,apakah engkau dapat menolak ketika malaikat penjaga neraka menjemput untuk membawamu ke sana? Jika tidak,bagaimana caranya untuk mengharap keselamatan?”
Mendengar nasihat yang disampaikan Ibrahim Bin Adham,lelaki itu sedar lalu memohon ampun kepada Allah S.W.T dan bertekad untuk bertaubat.

Teknik Menghafal Quran

A. Teknik "chunking"
- Membahagikan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai megikut arahan guru.
- Membahagikan selembar muka surat kepada beberapa bahagian iaitu 2 atau 3.
- Membahagikan surah & juz kepada beberapa bahagian megikut surah,hizib,rubu',cerita & sebagainya.
B. Teknik mengulang
- Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya 5 kali sebelum mula menghafalnya.
- Membaca ayat yang telah dihafal berulang kali,minimum sebanyak 10 kali sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
C.Teknik Tumpu & Ingat
- Menumpukan penglihatan kepada ayat,muka surat dan lembaran.
- Pejamkan mata & cuba melihatnya dengan minda.Sekiranya masih lagi kabur,buka mata & tumpukan kembali pada mashaf.
- Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan mata tertutup.
D.Teknik Menghafal dengan Seorang Rakan
- Pilih seorang rakan yang sama minat,bergilir-gilir mendengar bacaan dan tegur jika terdapat kesalahan.
E.Teknik Mendengar Kaset
- Rakam bacaan qari' yang baik bagi seluruh Al-Quran atau surah-surah tertentu & sebelum mula menghafal,dengar bacaan tersebut beberapa kali.
- Amati cara,lagu & tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.
- Sentiasa endengar kaset bacaan Al-Quran & kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggn penghafalan.
F.Teknik Merakamkan Suara.
- Rakamkan bacaan kita di dalam kaset & dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
G.Teknik Menulis
- Tulis semula ayat yang telah dihafal dan semak semula dengan mashaf.
H.Teknik "Pointers" & "Keyword"
- Buat beberapa buah kotak & setiap kotak merupakan satu muka surat.
- Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi muka surat tersebut.
- Kemudian renung dan bayangkan otak tersebut dalam ingatan.
I.Teknik Menghafal Sebelum Tidur
- Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
- Semasa melelapkan mata,dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan di minda kita.
J.Teknik Mindmaping
- Lakar 1 peta minda berbentuk alam sekitar agar mudah diingat dan di fahami.
KENAL DIRI DARI TARIKH LAHIR ( DR.FADZILAH KAMSAH )
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..2 : Lembut8: Bisnes1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti muncul dalam diri anda.Terpulang kepada anda untuk merealisasikannya ataupun tidak.Selamat mencuba

Hubungan antara Manusia & Tumbuhan

- Jangan suka mendedah tubuhJadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
- Setia terhadap pasangan Jadilah seperti pohon pisang.Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
- Kecantikan dalaman.Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
- Jaga kesucian dalam bergaul Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.
- Selalu bertindak adil.Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
- Semakin tua semakin bijaksana Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
- Jangan bermuka-muka Jadilah seperti buah manggis.Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.
21 Bencana Lidah

- Menggunakan lidah untuk menghina Allah, para malaikatNya, para nabiNya, kitab-kitabNya dan segala yang berkaitan dengan agamaNya.
- Terlalu banyak bertanya sehingga melibatkan soalan-soalan yang boleh menjejaskan aqidahnya, seperti soalan : “ Sekiranya Allah menjadikan kita, siapa pula yang menjadikan Allah ?.”
- Sibuk memperkatakan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan diri kita.
- Terlalu banyak bercakap sehingga memperkatakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Ia juga merupakan tanda lemahnya iman seseorang.
- Suka memperkatakan tentang keburukan, keaiban dan kelemahan orang lain atau dalam kata lain suka mengumpat.
- Suka memperkatakan perkara yang bathil termasuk suka menambah percakapan orang lain yang akhirnya mendatangkan dosa dan maksiat.
- Suka menimbulkan suasana perbalahan sehingga sanggup menegakkan benang yang basah.
- Suka menimbulkan pergaduhan akibat daripada perbalahan mulut yang berkesudahan dengan permusuhan.
- Suka bercakap dengan nada sombong dan takabbur.
- Suka bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.
- Suka melaknat orang lain atau organisasi lain termasuk melaknat binatang.
- Terlalu banyak menyanyi dan berhibur, sehingga melupakan tugas dan ibadah yang lebih utama termasuk lupa untuk berzikir kepada Allah.
- Terlalu banyak bergurau senda sehingga menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak, kecuali gurauan yang benar seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
- Suka menghina orang lain atau organisasi lain dengan menganggap dirinya atau organisasinya lebih baik dan lebih sempurna.
- Suka mengingatkan orang lain tentang perkara yang mendatangkan keaiban kepada dirinya di hadapan orang lain, seperti menceritakan kembali perlakuan buruk yang pernah mereka lakukan dengan tujuan untuk memalukannya.
- Suka membuka rahsia orang lain atau organisasi lain yang menyebabkan mereka menjadi malu, sedih, terancam nyawanya dan lain-lain lagi.
- Suka bercakap bohong kecuali dalam dua keadaan iaitu dengan tujuan mendamaikan dua orang yang sedang bergaduh, menyelamatkan nyawa seseorang yang sedang terancam dan mendamaikan antara dua atau lebih isteri bagi mereka yang berkahwin lebih dari seorang.
- Suka berjanji tetapi tidak ditepati atau ditunaikan atau dikenal sebagai janji dusta.
- Suka melakukan fitnah terhadap diri atau organisasi lain, sehingga menimbulkan suasana huru hara dan kacau bilau.
- Lidah bercabang yang merupakan salahsatu daripada ciri-ciri orang munafik.
- Terlalu banyak memuji seseorang atau organisasi sehingga melebihi realiti yang sebenar dengan tujuan-tujuan tertentu.
2 PROGRAM SERENTAK DIJALANKAN!
Sambutan Maulidur Rasul dan Program Titian Kasih Dan Wacana Ilmu (Program Bulanan) kali kedua telah dijalankan secara serentak pada 27 Februari 2010 bertempat di Masjid Nurul Huda, Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau. Sambutan Maulidur Rasul yang telah dijalankan oleh pihak masjid telah dihadiri oleh masyarakat kampung setempat yang terdiri daripada warga tua dan muda khususnya remaja. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah bacaan berzanji dan selawat yang diadakan selepas solat Maghrib. Selepas Solat Isyak pula diadakan Ceramah Maulidur Rasul. Semua yang hadir menjamu selera selepas upacara perasmian majlis sambutan tersebut oleh pengerusi masjid sendiri. Aktiviti yang seterusnya ialah Kuliah Al lail yang merupakan salah satu aktiviti program bulanan. Kuliah tersebut bermula seawal pukul 10.00 malam. Pada pukul 3.30 pagi pula, para peserta program bulanan dibangunkan untuk melakukan qiamullail. Aktiviti tersebut sangat baik untuk melatih para peserta untuk memperbanyak bangun malam bagi mendekatkan diri kepeda Allah. Aktiviti diteruskan selepas solat Subuh iaitu kuliah Subuh yang disampaikan oleh penasihat PERPPIS sendiri. Kuliah yang disampaikan memfokuskan amalan-amalan untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah. Peserta telah menjalani sesi "Lambaian Ukhuwah" sebelum pulang dari program tersebut. Menurut komen peserta, salah satu kebaikan program tersebut ialah pengisian ilmu yang telah 'membuka mata' para peserta tentang gejala sosial yang makin teruk adalah disebabkan tipisnya rasa kecintaan kepada Rasulullah dan Allah S.W.T. Bukan itu sahaja, peserta telah diberi pendedahan tentang amalan-amalan bidaah yang berlaku dalam masyarakat kini semasa menyambut Maulidur Rasul melalui Ceramah Maulidur Rasul. Diharap segala kekurangan program dapat diperbaiki untuk kebaikan program pada masa akan datang.

sejauh mana jari kita mencari PAHALA???? berbanding mendapat dosa???? Percayakah anda bahawa jari mampu membawa ke syurga mahupun neraka. Terpulang pada diri seseorang itu kerana ia menentu jalan hidupnya selepas kematian. Teknologi yang canggih telah menghubungkan manusia di mana ia berada tanpa perlu berjumpa. Hebat betul... Tapi pernakah kita terfikir bahawa kehebatan ini bahaya juga???? tak percayakah ianya bahaya???? saya ada bukti bahawa apa yang saya nyatakan itu semuanya benar.... lihat kepada sahabat kita... ya di sebelah kita. tanya mereka, sejauh mana ia gunakan teknologi ini untuk menegakkan syiar islam??? jangan lupa tanya diri kita juga...apa jawapan nya itu bukti saya.. kajian telah saya buat bahawa hampir 89% remaja di Malaysia ini ada "face book".... untuk apa tu??? untuk islam kah??? fikir-fikirkan lah.... sekadar tazkirah
by:TSU 09/10@syabab kuhara
" SIRAH SAHABAT -" SA'ID BIN 'AMIR AL JUMAHY"
DIA telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).
SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, yaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan.
Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.
Ketika tawanan yang mereka giring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh....”
Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan shalat untuk mengulur ngulur waktu karena takut mati, niscaya saya akan shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup.
Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap.
“Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.
Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancur kanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun!”
Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhi di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka karena tebasan pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.
Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendo ‘akan kaum kafir Quraisy. Karena itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.
Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini.
Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.
Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.
Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, yaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.
Sejak itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Karena itu dia tidak mau terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala yang dipujanya selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai sa ‘at itu dia masuk Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)