Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

2 PROGRAM SERENTAK DIJALANKAN!






Sambutan Maulidur Rasul dan Program Titian Kasih Dan Wacana Ilmu (Program Bulanan) kali kedua telah dijalankan secara serentak pada 27 Februari 2010 bertempat di Masjid Nurul Huda, Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau. Sambutan Maulidur Rasul yang telah dijalankan oleh pihak masjid telah dihadiri oleh masyarakat kampung setempat yang terdiri daripada warga tua dan muda khususnya remaja. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah bacaan berzanji dan selawat yang diadakan selepas solat Maghrib. Selepas Solat Isyak pula diadakan Ceramah Maulidur Rasul. Semua yang hadir menjamu selera selepas upacara perasmian majlis sambutan tersebut oleh pengerusi masjid sendiri. Aktiviti yang seterusnya ialah Kuliah Al lail yang merupakan salah satu aktiviti program bulanan. Kuliah tersebut bermula seawal pukul 10.00 malam. Pada pukul 3.30 pagi pula, para peserta program bulanan dibangunkan untuk melakukan qiamullail. Aktiviti tersebut sangat baik untuk melatih para peserta untuk memperbanyak bangun malam bagi mendekatkan diri kepeda Allah. Aktiviti diteruskan selepas solat Subuh iaitu kuliah Subuh yang disampaikan oleh penasihat PERPPIS sendiri. Kuliah yang disampaikan memfokuskan amalan-amalan untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah. Peserta telah menjalani sesi "Lambaian Ukhuwah" sebelum pulang dari program tersebut. Menurut komen peserta, salah satu kebaikan program tersebut ialah pengisian ilmu yang telah 'membuka mata' para peserta tentang gejala sosial yang makin teruk adalah disebabkan tipisnya rasa kecintaan kepada Rasulullah dan Allah S.W.T. Bukan itu sahaja, peserta telah diberi pendedahan tentang amalan-amalan bidaah yang berlaku dalam masyarakat kini semasa menyambut Maulidur Rasul melalui Ceramah Maulidur Rasul. Diharap segala kekurangan program dapat diperbaiki untuk kebaikan program pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *