Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Amalan Memurahkan Rezeki


Contoh Rezeki yang Allah kurniakan
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akanmenghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

MUKMIN...


Alangkah cantiknya hati mukmin dan mukminah itu bila dia berkata,
 "Allah! keranaMu aku buat itu dan ini"


Cantik lagi mukmin dan mukminah itu, bila ditimpa musibah, maka dia berkata,
"Allah inilah tanda kasih sayangMu padaku!"

Tapi cantik lagi mukmin dan mukminah itu bila dibentangkan kenikmatan dunia padanya, dia berkata, 
"Allah! sungguh ini hanyalah dunia! Maka janganlah Engkau masukkan dunia ini dalam hatiku.."
 Kerana sesungguhnya tiada pengganti Engkau di dalam hati ini.......


Hati?


HATI???
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."


•~♥SaBar memenatKan denGAN ReDho.. meRehatkaN•♥





Latihan sabar?kelakar bunyinya..siapa kata senang nak pupuk sabar dalam diri? bagi yang berdarah panas lagilah.. berlainan orang berlainan cara Allah menunjukkan kasih sayangNya.. Iaitu dengan ujian yang berbeza..
ada yang diuji dengan duit.. ada yang diuji dengan pelajaran.. ada yang diuji dengan sakit.. ada yang diuji dengan hati.. Terkadang kita sering dengar  "jika kita susah ingat bahwa ada lagi yang lebih susah dari kita".  kadang-kadang kita fikir kita tak upaya untuk menempuhnya,..

HANYA ISLAM YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT

selepas diturunkan al-Quran, maka semua ajaran sebelumnya telah ditamatkan penggunaannya, hanya Islam satu-satunya panduan hidup manusia.

      Allah SWT berfirman yang bermaksud :,
       
   " Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah SWT hanyalah Islam. Tidak terselisih faham 
      ahli kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian yang ada 
      di antara mereka. Sesiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah SWT maka Allah SWT sangat 
      cepat azab-NYA".
                                                                                         (Ali - Imran : 19)

     sesiapa yang mencari agama selain Islam akan ditolak dan mendapatkan kerugian.

       Allah SWT berfirman yang bermaksud :,
         
 " Sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama tersebut, dan
     di akhirat ia termasuk orang - orang yang rugi. "
                                                                                     ( Ali - Imran : 85)

Just Say No Valentine'sDay...


Tanggal 14 Februari tidak akan lengkap tanpa peringatan agar umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau yang lebih dikenali sebagai VALENTINE'S DAY yang sudah menjadi sebahagian
daripada budaya masyarakat terutamanya generasi remaja masa kini.

Ada yang berpendapat agar isu ini tidak dibangkitkan kerana hanya akan menjadi satu pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan untuk meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

LAMAN SESAWANG lubuk PAHALA atau sarang DOSA???




Facebook, Blogger dan laman sesawang ialah medium sosial atas talian terkini yang mendapat sambutan menggalakkan masyarakat dunia terutamanya Orang muda, orang tua, malah kanak-kanak pun memiliki akaun facebook,blogger dll. Namun, ianya ibarat sebilah pisau, boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Kita boleh menggunakan laman sesawang untuk mencari rakan yang sudah lama tidak bertemu, bertanya khabar, meminta pendapat, memberi pendapat, malah memberi tazkirah pun boleh. Semuanya percuma.


DIAKAH DIHATIKU

ALHAMDULILLAH.....'MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN'(AR RAHMAN) Ha...sahabatku...siapa dihatimu??.. cuba tanya adakah DIA dihatiku?? siapa sebenarnya dia?? kenapa perlu ada di hati kita? adakah dia sngat istimewa? mendatangkan manfaatkah untuk semua? pernahkah mata ini melihat dia? WAHAI DIRI YANG JAUH TERLEKA....

4M: Apa Istimewanya Usrah ?






Usrah ibarat satu tubuh. Itulah situasi yang boleh kita peroleh melalui satu sistem sokongan hidup yang dinamakan usrah. Kenapa ? Kerana usrah merupakan satu kumpulan kecil manusia yang bertemu secara berkala untuk memahami Islam, berkasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain kerana Allah. Dalam grup usrah, kita belajar untuk membimbing dan dibimbing sesama ahli. Aktiviti yang dilakukan secara beramai-ramai sudah tentu lebih seronok bukan ? Istimewakah usrah ni ? Mungkin coretan ni dapat bantu.

TABIAT MAKAN...


MANUSIA TIDAK LARI DENGAN TABIAT KUAT MAKAN, WALAUPUN INI SUDAH MENJADI FITRAH ATAU LUMRAH KEHIDUPAN SEBAGAI MANUSIA, ADAKLANYA TAHAP PENGAMBILANNYA PERLU DIKURANGKAN...
JIKA TIDAK DIATASI DENGAN SEWAJARNY MAKA BOLEH MEMBAWA KESAN YANG PARAH...



Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *