PERPPIS Bahagian Tawau: June 2011
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

DI BARISAN MANAKAH KITA?


"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris"……..Surah an-Naba':18
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

by:Mujahidah Wardatul Syauka

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

PRIHAL SENYUM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  • Senyuman adalah sedekah yang mahal harganya tetapi sangat mudah untuk dilakukan oleh semua orang.
  • Senyuman menambahkan keceriaan muka dan kemanisan yang ada.
  • Senyuman sangat mahal tetapi semua orang sangat mudah untuk memilikinya walaupun seseorang yang sangat miskin.
  • Senyuman bukanlah benda remeh sehingga orang kaya tidak berhajat kepadanya.
  • Senyuman menurunkan suhu kemarahan.
  • Senyuman mengurangkan darjah kesedihan.
  • Senyuman memberikan kekuatan kepada yang keletihan.
  • Senyuman memulihkan semangat orang yang kecewa.
  • Senyuman mengurangkan bebanan kepada yang kerunsingan.
  • Senyuman tidak boleh dicuri, dibeli, dipinta atau dipinjam kerana ianya sangat berharga apabila diberi sebagai hadiah.
  • Senyuman yang diberi pasti akan kembali kepada pemberi.
  • Senyuman menjadikan seseorang sentiasa kerinduan.
  • Senyuman pembuka dan penutup perjumpaan yang amat berharga.
  • Senyuman berharga setelah ianya diberi.
  • Tidak ada satu orang pun yang terlalu kaya sehingga tidak lagi perlu diberikan senyuman.
  • Tidak ada satu orang pun yang terlalu miskin sehingga tidak mampu memberikan senyuman.
  • Tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari sesiapa yang tidak lagi memilikinya untuk diberi kepada orang lain.
** SENYUMAN ADALAH SUNNAH BAGINDA RASULULLAH SAW**

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on



Cinta VS Sahabat???

... بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali kita mengutamakan cinta lebih dari sahabat.


Betulkan kenyataan saya? Sedarkah kita cinta sejati..cinta hakiki..cinta abadi..tidak kira samada dari buah hati kita(Allah S.W.T dan Rasul)..ibu ayah kita..sahabat2..suami..isteri..anak-anak..dan seisi alam lahir apabila kita menjaga hubungan kita dengan sahabat2..keluarga..serta yang paling utama,menjaga hubungan kita dengan kekasih kita...Ar-rahman Ar-rahim.



Bila hubungan kita dengan seisi alam baik dan penuh keikhlasan dan cinta. Cinta yang kita inginkan akan hadir. Tapi,setiap sesuatu pasti akan diuji. Bagi menguji sejauh mana keikhlasan kita...Sejauh mana cinta kita padanye..JADI,kita harus kuat dan bijak untuk mengatur langkah menggapai cinta sejati. Seandainya langkah kita tersasar. Kita perlu belajar memperbetulkan langkah itu. Jangan biarkan ia terus terpesong. Belajar dan terus belajar...seperti pesanan cinta hatiku..Rasulullah S.W.T "Gapailah ilmu sehingga ke negeri Cina". Belajar untuk hidup. Bukan belajar untuk lulus ujian. Bukan belajar hanya untuk segulung ijazah,diploma mahupun sijil.



Setiap detik kita menuntut ilmu, kita perlukan guru dan sahabat. Tanpa mereka, sukar untuk kita memahami sesuatu. Kerna setiap ilmu perlu dipelajari dengan benar. Seandainya silap ilmu yang digunakan. Cinta yang kita inginkan mungkin sukar untuk digapai aTaupun kita tidak akan dapat capai langsung. Jadi, bijaklah memilih guru dan sahabat. Agar cinta sebenar itu akan kita perolehi.



Sahabat dunia dan akhirat. Alhamdulillah! ku dikurniakan sahabat yang berhati mulia seperti Hidayah,Suhaila,Aniqah,Suaidah,Yusrina dan semua sahabat2 yang banyak menyokongku untuk terus berjuang dijalanmu ya'allah! Moga persahabatan yang diniatkan keranamu Allah akan terus mekar di taman Firdausi. Sesungguhnya kaulah perancang terbaik cinta kami. Dunia tanpa sahabat ibarat banglo tiada penghuninya..Ku inginkan banglo yang dihiasi alunan zikrullahmu. Kuinginkan banglo yang dihiasi bunga-bunga syurgawi. Betapa pentingnya seorang sahabat. Tapi,1 ku pohon. Agar Allahlah sahabat sejatiku dunia dan akhirat. Apa pun yang terjadi genggamlah tangan sahabatmu ini. Kami semua amat dahagakan cintamu..Jangan kau biarkan kami hanyut dan leka dari cintamu..

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Bernafas Dalam Udara Dakwah

Bernafas Dalam Udara Dakwah




Oksigen kehidupan itu segar lagi menyegarkan. Ia nadi utama dalam memastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik.


Tiada ia, maka tidak berfungsilah paru-paru.
Bila-bila paru-paru tidak berfungsi, maka yang lain akan turut sama terencat.

Kehebatan sistem ciptaan Allah, saling menyokong dan mendokong satu sama lain.
Hikmah dan pengajaran terbesar buat kehidupan insani.

Dalam kehidupan ini, jika oksigen itu adalah sesuatu yang urgen dan penting bagi tubuh manusia, maka ada juga sesuatu yang sangat urgen dan sangat penting untuk roh manusia.

Jika tiada ia, maka roh kita juga bakal sesak nafas. Sesak nafas, tenggelam kelemasan dalam lubang jahiliah.

Oksigen dakwah.

Ia adalah udara segar buat sang daie’. Orang-orang yang berada di jalan Allah dan menyeru kepada-Nya.

Hilang ia akan menghilangkan seluruh kenikmatan hidup ini.
Bila dakwah tidak digerakkan, terasa keresahan yang begitu melemaskan jiwa.

Bila dakwah senyap tidak gencar, maka ia jadi risau tidak boleh duduk diam.
Kerana dia telah bernafas dengan udara segar itu, menjadikan ia resah dan risau bila sekali saja dalam kehidupannya, nafas itu terhenti kerana leka dan lalai.

Hakikatnya, bukan mudah menjadi DAIE’ sejati.

DAIE’ sejati itu cintakan dakwah, bukan berdakwah untuk melaksanakan rutin harian semata.

Bukan berdakwah atas nama seorang ‘Pendakwah’ semata.

Hatta dia seorang doktor, jurutera, peguam atau apa sekalipun pekerjaannya, maka bila cinta kepada dakwah, merasakan urgensi untuk bernafas dalam kehidupan dakwah, maka pasti dia akan menjadikan dakwah sebagai KERJA UTAMA dalam kehidupan.

Kata Al-Marhum Ust Rahmat dalam movie Sang Murabbi, “Ramai orang bisa berdakwah, tetapi berapa ramai yang bisa CINTA kepada dakwah?”


DAIE’ PERLU MENGINSAFI DIRI

Seorang daie’ perlu menyedari betapa besar dan berharganya amanah yang dipikulnya.

Kenapa?
Kerana seorang daie’ itu bukan semata-mata bertanggungjawab ke atas dirinya, bukan juga atas keluarganya sahaja, tetapi memegang tanggungjawab atas ummat ini.

Sesuatu yang berharga, sesuatu yang besar tidak mungkin akan terbayar melainkan dengan pengorbanan dan harga yang tinggi.

Justeru, seorang daie’ tidak akan mampu bergerak seorang diri untuk melaksanakan tanggungjawab sebesar ummat ini.

Bergerak seorang diri hanya akan merugikan nafas dakwah ini. Bila lemah, tidak sihat, sakit dan sebagainya, tidak ada sokongan dan dorongan untuk terus bergerak.

Bila diserang, diancam, dihina, tidak ada sahabat untuk mempertahankan.

Akhirnya, diam terus menyepi. Semangat yang dulu gencar, sudah hilang terbakar.

Kerana bergerak seorang diri itu lebih banyak mengundang bencanalah, Rasulullah s.a.w. memberi contoh supaya kita mencari sahabat dan kumpulan yang memiliki kefahaman yang sama untuk bersama-sama membangunkan semula Islam.


DUNIA YANG SENTIASA MEMPERDAYA

“Daie’ yang lemah hubungannya dengan Allah, akan disingkirkan daripada kafilah dakwah.”

Saya petik kata-kata ini daripada seorang murabbi.

Banyak faktor yang mengakibatkan lemahnya hubungan dengan Allah. Antara faktor terbesar itu adalah dunia yang sentiasa memaut hatinya.

Seorang daie’ tidak boleh memandang dunia terlalu lama.

Kata murabbi saya, “ Daie’ yang melihat dunia lama-lama, dia adalah daie’ yang dhoif.”

Apa maksud melihat dunia terlalu lama?
Adakah duduk, memperhatikan burung, gunung dan sebagainya itu?

Bukan.
Yang dimaksudkan di sini adalah mengambil kenikmatan dunia itu terlalu banyak sehingga melalaikan dan melupakan kita daripada tugas dan tanggungjawab sebenar.

Daie’ perlu buang rasa cinta kepada dunia. Daie’ yang cinta kepada dunia, tidak akan mampu memberi kesan kepada hati orang lain baik dalam ucapan mahupun syaksiahnya.

Orang yang dalam hatinya ada dunia, mampukah memberikan nilai akhirat kepada hati orang yang ada dunia juga di dalamnya?

Tidak. Kerana masing-masing memiliki dunia, nilai fana yang sama, sedang nilai akhirat itu nilai yang abadi !

Dunialah yang bakal menggugurkan daie’ dari perjalanan mulia ini.

Dunia jugalah yang menghilangkan keselesaan bekerja untuk Islam, mewujudkan rasa selesa untuk terus duduk berehat dan menikmati dunia.

Dunialah yang meragut rasa cinta DAIE' terhadap dakwah ini !


PENUTUP : WAHAI DAIE’, KITA PERLU BEKERJA!

Siapapun diri kita, kita perlu bersiap sedia untuk memproses diri supaya menjadi seorang daie’.

Daie’ sejati akan simpati, sedih dan bimbang melihat keadaan ummat.

Ia tidak menyalahkan kerosakan yang ada, tetapi ia akan kembali melihat dirinya yang mungkin masih belum maksimum usaha ataupun mungkin masih belum buat apa-apa!

Daie’ perlu turun ke medan amal. Turun untuk dilukai.

Memang itulah kerja daie’ . Ia mendapat luka demi ummat. Apalagi yang lebih besar daripada itu?

Kita perlu bangun, bekerja dan terus mengajak. Jika duduk berehat, tidak menghadapi masalah, kita hanya akan lebih banyak teoritikal daripada praktikal.

Ilmu lebih banyak dalam catatan, tetapi sedikit yang digunakan.

Rugi. Sangat merugikan. Proses tarbiyah yang dilalui seorang daie’ hanya akan menjadi excessive waste sahaja bagi dirinya.

Bahan lebihan (tarbiyah) yang menjadi buangan? Terima banyak, buat kerja cuma sikit sahaja atau tak buat langsung.

Samalah seperti kita makan. Makan banyak jika tidak gunakan untuk bekerja, hanya akan menjadi tenaga lebihan dalam badan. Akhirnya, malas dan tidurlah ubatnya !

Yang bernama DAIE’ tidak mungkin menzalimi dirinya sebegitu!

by: Qudwatun Hasanah
( dipetik dari blog penyejuk jiwa )

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri