Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

BAHAGIAN C( Esei Tidak Berformat ) (11/10/2013)

SOALAN: Walaupun kita sedang berusaha untuk menjadi negara maju, namun soal kebersihan di tempat awam masih lagi menjadi isu yang diperdebatkan oleh masyarakat di negara ini.  Kemukakan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya masalah ini  dan berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

Pendahuluan
  • Walaupun prasarana yang disediakan di negara kita berkelas dunia, tetapi mentaliti sesetengah rakyat negara ini masih rendah/berkelas dunia ketiga.
  • Sebagai bukti – tahap kebersihan di tempat awam di negara kita masih rendah
  • Banyak punca yang menyebabkan berlakunya hal ini.  Oleh itu, usaha-usaha yang proaktif perlu diambil


Isi (Pilih mana-mana dua/tiga punca dan dua/tiga cadangan untuk mengatasinya)

Punca
IS1 – Sikap individu – tidak memiliki kesedaran sivik:  bersikap individualistik
IS2 – Sikap masyarakat umum – kurang menekankan aspek moral dan tuntutan agama
IS3 – Kelemahan institusi kekeluargaan – tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-             anak
IS4 – Kelemahan  aspek penguatkuasaan – pihak PBT tidak tegas melaksanakan peruntukan           undang-undang:  menghadapi masalah kekurangan kakitangan

Cadangan untuk menanganinya
IS5 - Peranan keluarga – ibu bapa menerapkan didikan agama dan moral dengan sempurna            supaya tumbuh sikap mementingkan  kebersihan dalam diri anak-anak; ibu bapa sendiri            menjadi contoh  teladan kepada anak-anak dalam aspek penjagaan kebersihan.
IS6 – Peranan  pihak sekolah – mengajar murid-murid tentang aspek disiplin dalam hal                        penjagaan kebersihan.
IS7 – Peranan kerajaan – PBT menguatkuasakan setiap peruntukan yang ada dalam undang-              undang tanpa kompromi; Jabatan Kesihatan mendidik dan membantu masyarakat                      dalam aspek penjagaan kebersihan.
IS8 – Peranan media – membantu kerajaan menjalankan kempen-kempen kesedaran dengan           lebih giat dan berkesan.
IS9 – Kejiranan – menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan.

Kesimpulan
  • Penjagaan kebersihan sebenarnya tanggungjawab senua pihak
  • Jika semua orang mementingkan kebersihan, slogan Negara Bersih, Rakyat Sihat dapat direalisasikan
  • Dengan itu, barulah kita setaraf dengan negara-negara  Barat

1 comment:

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *