Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Cerpen: Tika Ratib Dakwah Bergema Lagi

‘Andaikata kita memandang kepada sesuatu makhlukNya dengan hati yang hanya menagih kebaikan,kelembutan dan kasih sayang dariNya,Insya-Allah akan diperindahkan basiroh kita dengan pengislahan’

Bibirnya membaca satu-persatu dengan perlahan.Aku memandang Salwa.Dia tersenyum.Diariku yang dibaca tanpa izin kutarik semula.“Indahnya ungkapan tersebut.Syeikh daripada mana yang empunya bicara?”soalnya tiba-tiba.

Aku tersenyum.Perkataan ‘syeikh’ itu membuatkan fikiranku terbang menerobos benua.Teringatkan seseorang.
“Tak kisahlah siapa yang berkata-kata.Yang penting,apa yang dikata.Untuk kenal perkara haq perlu dilihat kepada inti haq itu dahulu,barulah dilihat kepada siapa punya bicara haq,”aku menjawab sambil melontar kembali kata-kata hikmah Saidina Ali Karromallahuwajhah.

Aku kembali menghabiskan air limau nipis.Hilang sudah perit di tekak.Hampir seharian kami ‘berkubang’ di Pustaka Naim. Membaca buku-buku terbaru sambil bertukar-tukar fikiran. Salwa yang merupakan rakan karibku yang sudah jarang berada disisiku waktu-waktu sekarang. Jawatannya sebagai salah seorang pimpinan mahasiswa membataskan waktu kami untuk sentiasa bersama. Sibuk sentiasa. Seringkali kurindu waktu-waktu bersamanya seperti sebelum ini. Sebagai gantinya,dia menyarankanku supaya menghabiskan masa bersamanya di kedai buku sebanyak dua hari dalam sebulan. Mencanai kemesraan ukhuwwah dan mengasah minda ilmiah dalam masa yang terhad tapi berkualiti.Ahh…alangkah enaknya punya sahabat yang’sekepala’.

Aku meneliti tajuk-tajuk buku yang dibelinya.Buku yang paling tebal sekali’Syarah Kitab Hikam’ .Hairan.Entah kenapa,Salwa yang merupakan peminat buku-buku motivasi sebelum ini mula menukar corak bacaanya yang bersifat tasauf.’Kekeringan spritual’,pernah dia mengujar sebegitu kepadaku sebelum ini. Aku kembali membelek buku ‘Fiqh Siasah Menurut Imam Hassan Al-Banna’ yang sempat kubeli tadi.

“Ungkapan yang terbit dari lisan adalah natijah kondisi jiwa.Awak setujukah?”tiba-tiba dia menyoalku sambil membuka kembali medan perbincangan.Aku terdiam lama.“Emm,begitulah gholibnya.Praktis ilmu dan iman yang hidup dalam jiwa biasanya membenihkan kejernihan perasaan-perasaan yang halus dan membuahkan mutiara-mutiara hikmah di lidah sebagaimana bagusnya adab kesopanan lahiriah seseorang membuktikan adanya adab di dalam batinnya. Kullu kalamin yabruzu ‘alaihi kiswatul qalbillazi minhu baroza. Setiap kalimat yang keluar ,pasti membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya.Itu kata-kata hikmah Syeikh Ibnu Athaillah. Balik nanti,awak cuba buka syarah Kitab Hikam tu”responku.

“Kitab Hikam ni memang kitab yang menakjubkan.Kalam hikmahnya seperti datang daripada langit.Saya kagum sebenarnya”dia mengomel lagi.Aku terdiam lagi.Ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.

“Sebaik-baik kitab hikmah adalah Al-Quran dan Sunnah.Asasnya bermula di situ dan ‘diisti’mal’ semula oleh insan-insan yang memperoleh ketajaman makrifat dengan Allah.Bila kontak hati dengan Allah tajam,Allahlah yang akan menguasai hatinya dengan taufiq dan hidayatNya.Jadinya,bila dia ingin memberi nasihat,Allahlah yang akan mengatur kalimat yang keluar darinya dan Allah juga yang akan mengatur pendengaran yang mendengarnya”ujarku panjang lebar.

“Ada lagikah kitab tasauf dan hikmah yang lebih hebat daripada kitab ini?”soalnya tiba-tiba.Aku mengingat-ingat sesuatu.
“Ada.Pengarangnya bernama Syeikhul Akbar Ibnu ‘Arabi,imam para sufi.Masya-Allah,ruhnya telah sampai ke darjat iluminasi yang tinggi sehingga mampu melahirkan imaginasi yang sangat dahsyat.Ideanya terurai dalam ratusan karya-karyanya.Yang paling masyhur,Al-Futuhatul Makkiyah,kitab paling monumental yang merupakan penafsiran sufistik yang hebat.Fususul Hikam pula kitabnya yang paling sulit dan penuh metafora.Banyak guna bahasa simbolik hingga orang awam seperti kita akan kebingungan”ujarku menerangkannya satu-persatu.“Subhanallah,”tasbihnya mengiringi rasa kekaguman.
Aku memerhati keadaan sekeliling.Matahari sudah mahu berangkat ke peraduan.Aku berkira-kira dalam hati untuk berangkat pulang.

“Susahkah bagi kita orang awam untuk memiliki hati dan lidah yang penuh hikmah?”soalnya lagi.Aduh!Terasa soalannya berlegar di sekitar ‘point’ yang sama.Sulitnya untuk menjawab bagi aku yang bukan ahlinya.Aku berfikir-fikir lama.
“Ro’sul hikmah makhofatullah.Pokok segala hikmah itu adalah takut kepada Allah.Itu kata Nabi s.a.w.Sebab itu,Luqmanul Hakim ketika ditanya seseorang ,bagaimana dia boleh menjadi seorang yang berhikmah lidahnya,maka dijawabnya bahawa dia meninggalkan dusta,membanyakkan diam,menjaga kehormatan,tidak mempedulikan urusan yang tidak berkaitan dengannya dan banyak lagilah “responku sedaya termampu.

“Ohh,begitu”responnya pendek.Seakan-akan satu konklusi.Suasana kholi.
“Cuba awak lihat kat depan tu,”tiba-tiba suara Salwa memecah kesunyian.Aku mengalihkan pandangan.Kelihatan seorang ‘wanita’ yang berbaju kurung sedang berjalan –jalan di depan kami.Seperti menunggu seseorang.Dia memakai selendang nipis di atas kepalanya.Wajahnya jelita digores make-up yang garang.Sekali imbas,tiada apa-apa yang pelik.Aku memandang wajah Salwa dengan penuh tanda tanya.
“Cuba awal lihat betul-betul orang tu ,”dia sekali lagi mengarah.Wanita yang dimaksudkannya itu kembali menjadi perhatianku.Aku memerhatinya betul-betul dan…….
“Astaghfirulllahal’azim…”aku mengucap panjang dalam rasa tergamam.Hatiku mula menangis.

(Bahagian 1,bersambung).

KETIKA HAMBA-MU BERTASBIH

Ya Tuhanku..
hanya padamu tempatku mengadu..
pahit manisku..
dalam menempuh hidup yang penuh liku..

Ya Allah..
kusesali diri ini..
diri yang tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi..
setelah Engkau memberikan apa yang diingini..
seringkali mengundang kemurkaanMu..
tetapi jarang sekali meminta keredhaanMu..

saat ku membaca kitabMu..
melaungkan asma'Mu..
keindahannya menyentuh kalbu..
sehingga tak tertahan rinduku padaMu..

ketika ini hambaMu bertasbih memujiMu..
mengharapkan belas kasihMu,
memohon ampunan dan keredhaan dariMu..
semoga iman dapat dikecapi..
dalam menuju hari yang menanti..
“Secebis Coretan Kenangan”
Ukuwah yang terbina,
sama seperti sekuntum bunga.
Meskipun kini telah terpisah,
demi kasihnya.
Namun cebisan kenangan kita’
sentiasa bermain di bayangan
mata.
Detik waktu yang berlalu,
menjadi memori kau dan aku.
Sewaktu kita bersama,
sering setia menimpa ilmu,
tanpa mengenal erti penat jemu
Ingat kah kau lagi...
Kita bersama meredah onak duri,
di tengah gersang.
Mengutip semangat suci,
kini segalanya telah tersurat,
Dalam sanubari.
Bersabarlah dengan ketentuannya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah.
Lumrah kehidupan insan beriman,
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi.

PERPPIS BAHAGIAN TAWAU MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM QIAMULLAIL ANJURAN PERPIS KUHARA


14 FEBRUARI 2010
SMK KUHARA TAWAU


AJK PERPPIS bahagian
Tawau telah dijemput oleh
Persatuan Pelajar Islam SMK Kuhara untuk bersama-sama menjayakan PROGRAM QIAMULLAIL KALI-1.
Program tersebut telah
mendapat sambutan yang hebat daripada kalangan pelajar SMK Kuhara. Antara pengisian termasuklah kuliah maghrib, kuliah al-lail, tayangan multimedia Islamik, Forum Remaja Islam, Qiamullail dan Riadah. Melalui program tersebut, hubungan antara PERPPIS Bahagian Tawau dengan Persatuan Pelajar Islam(PERPIS) Kuhara telah diperkukuh.








ADAB2 DGN SAHABAT


ADAB-ADAB DENGAN SAHABAT
  • Memberi salam apabila bertemu
  • Mendoakannya apabila bersin
  • Menziarahinya ketika sakit
  • Melaksanakan janji yang tidak terlaksana
  • Sentiasa menolong sekiranya dia memerlukan
  • Tidak menyakiti sesama insan
  • Tidak mengumpat dan menghina
  • Tidak menipu dan mengkhianati sahabat

Tidak Semestinya Menang Setiap Masa

Apabila menaruh harapan terlalu tinggi untuk berjaya dan tidak boleh kalah sama sekali, semangat itu akan hancur jika mengalami kegagalan.

Menjadi fitrah manusia mendambakan kemenangan dan kejayaan. Sebagai orang Islam, doa yang kita pinta daripada Allah yang maha berkuasa sepatutnya bukan hanya untuk kebahagiaan di dunia sahaja tetapi yang lebih utama kebahagiaan di akhirat. Sebenarnya, dua konsep yang berbeza perlu wujud dalam diri kita untuk memastikan kebahagiaan dan keceriaan dunia dan akhirat. Sebagai seseorang yang berwawasan dan profesional, prinsip ' Aku BOLEH dan aku kan berjuang hingga ke titisan keringat terakhir' boleh menjadi suapan motivasi untuk menaikkan semangat membuat sesuatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syariat agar sebati dalam diri. Motivasi seperti ini amat bagus diamalkan kerana ianya membuatkan hidup lebih bersemangat. Bagaimanapun, sebagai hamba yang lemah di sisi Allah Yang Maha Berkuasa, kita tidak sepatutnya lupa mengingatkan diri dengan ingatan ' Aku tidak semestinya menang setiap masa '. Kita tidak perlu menang setiap masa. Apabila kita terlalu menaruh harapan yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang dan tidak boleh kalah sama sekali, amat dibimbangi semangat itu akan hancur apabila menemui kekecewaan. Setiap kali impian yang diinginkan tidak dapat dipenuhi, selalulah cuba untuk katakan
  • It's okay !
  • Aku boleh cuba lain kali!
  • I'll learn from mistake
Seterusnya sentiasalah cuba untuk muhasabah diri kita dan perbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri untuk terus berusaha mencapai kejayaan...

Bengkel Penulisan Memantapkan Karya PERPPIS

Bilik Mesyuarat PERPPIS,Tawau - Baru-baru ini, suatu bengkel iaitu Bengkel Penulisan Siri II telah diadakan di Bilik Mesyuarat PERPPIS yang bertempat di Pejabat PASTI Kawasan Tawau. Pengisian dalam bengkel penulisan yang dikhususkan hanya untuk AJK PERPPIS ini telah disampaikan sendiri oleh Penasihat Am PERPPIS, Cikgu Mohd Nasir Che Ali. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Penulisan Sesi I yang telah diadakan pada pada hujung tahun lalu.
Bengkel Penulisan Sesi II telah bermula seawal pukul 10 pagi. Penyampaian yang agak menarik oleh Cikgu Nasir telah memukau setiap hati dan mata AJK PERPPIS. “Penulisan yang dihasilkan mestilah memberi manfaat kepada masyarakat dan hasil karya hendaklah bersumberkan Al-Quran dan Hadis, ” menurut Cikgu Nasir. Tegas beliau lagi, “ Hasil tulisan juga mestilah benar di samping menitikberatkan etika dan akhlak Islam dalam setiap penulisan ”. Bengkel teori yang diadakan pada peringkat awal telah memberi pemahaman yang amat jelas kepada setiap peserta yang terdiri daripada AJK PERPPIS Sesi 2009/2010. Para peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis media cetak yang digunakan secara meluas terutamanya di Tawau. Sebelum berhenti rehat, peserta diamanahkan untuk membentuk kumpulan dan mengarang sesuatu yang berkaitan dengan program yang dijalankan oleh PERPPIS.
Setelah menikmati makan tengahari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah, bengkel secara praktikal diteruskan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil penulisan mereka. Seterusnya ulasan secara langsung diberikan oleh Cikgu Nasir. “Melalui bengkel seperti ini, pemahaman yang lebih mendalam tentang penulisan dapat dibentuk sekaligus lebih memberi keyakinan kepada kami untuk terus menghasilkan tulisan sebagai salah satu medan dakwah kami,“ luah seorang peserta program yang juga merupakan Pengerusi Hepi PERPPIS sesi ini. Bengkel berakhir pada pukul 2.30 petang.


17 Februari 2010
Bilik Gerakan

Maafkan semua orang sebelum tidur


Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur.

Tidur adalah waktu rehat bagi manusia. Tidur juga adalah ' mati' yang sementara. Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita. Mengapa?

Kerana hari esoknya belum tentu lagi kita masih hidup, maka biarlah kita pergi tanpa ada sangkut-paut dengan sesiapa. Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah yakni contoh terbaik buat seluruh umat. Sifat pemaaf dan kasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafir jatuh cinta dengan Islam hanya disebabkan akhlak baginda yang mulia.

Begitulah tingginya sifat pemaaf Rasulullah s.a.w. Terbukti juga dengan sifat pemaaf baginda tatkala umat Islam berjaya menawan semula kota Makkah dari tangan Arab Quraisy, ramai yang memeluk Islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sifat maaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )." ( Riwayat Thabrani )

Apatah lagi bagi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia kepada Islam. Seperti kata Hassan al-Banna, " Dakwah kita membawa manusia mengenal Allah, dan katakanlah kepada mereka, Kami sayangkan kamu dan ingin sama-sama menuju Allah."

Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang dan apabila mata celik esok harinya, segala masalah sesama manusia telah pun terhapus.

EKSPEDISI DAKWAH..penampang Sabah

HIDUP SIHAT TANPA STRESS

1. NUTRISI ATAU DIET YANG SEIMBANG
2. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL:

AKTIVITI RINGAN(60 MINIT)
#berjalan kaki
#aktiviti regangan
#aktiviti berkebun yang ringan
AKTIVITI SEDERHANA(30 MINIT)
#berjalan laju
#turun naik tangga
#aerobik

jangan lupa aku jemput korang semua datang ke rumah ALLAH......tunaikan tanggugjawab anda....: )

Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Ali Bin Abu Talib berkata:
Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah SAW bersabda kepadaku,mewasiatkan 13 kebaikan khusus untukku.Antaranya:
  1. Wahai Ali,takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang,maka dia mendapat laknat,di jari telunjuk & di jari tengah.
  2. Wahai Ali janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk & di jari tengah. Sesungguhnya itu adalah perbuatan Kaum Lut.

  3. Wahai Ali,sesungguhnya Allah mengagumi hambanya yang melafazkan istighfar;Rabighfirli fainnahu layaghfirul zunuba illa anta(Tuhanku,ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).Allah lalu berfirman: Wahai malaikat-Ku,sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang menagampunkan dosa melainkan Aku.Wahai malaikat-Ku jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia.

  4. Wahai Ali,takutilah engkau daripada berdusta.Bahawasanya berdusta (kazzab) itu menghitamkan muka,manakala berkata benar (siddiq) itu memutihkan muka.

  5. Wahai Ali,peliharalah diri engkau daripada mengumpat & mengadu domba kerana orang yang berbuat demikian itu diwajibkan seksa kubur ke atasnya serta menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

  6. Wahai Ali,janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta / benar,kecuali dalam keadaan darurat. Sesungguhnya Allah tidak mensucikan & tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

  7. Wahai Ali,janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah SWT mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


  8. Wahai Ali,takutilah engkau daripada pertelingkahan kerana perbuatan itu pada awalnya jahil dan akhirnya penyesalan.

  9. Wahai Ali,sentiasalah engkau bersugi & mencuci gigi. Bahawasanya,bersugi itu mensucikan mulut,mencerahkan mata & diredai Allah. Sebaliknya mencuci mulut itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat tidak senang dengan bau mulut akibat tidak mencuci mulut selepas makan.

  10. Wahai Ali,janganlah engkau melayani perasaan marah.Sebaliknya duduklah dan fikirkanlah mengenai kekuasaan & kebesaran Allah SWT.

  11. Wahai Ali,perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri & keluargamu. Nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

  12. Wahai Ali,apa yang engkau benci & kasihi pada dirimu,maka engkau bencikan & kasihkan juga pada diri saudara engkau.Yakni berlaku adil dalam memberi hukuman.Oleh itu,engkau dikasihi seluruh isi langit & bumi.

  13. Wahai Ali,berlaku ihsanlah di antara penduduk (jiran)sekampung & di antara ahli rumahmu.Hiduplah dengan rasa persahabatan & kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali,peliharakanlah pesananku(wasiatku).Engkau akan peroleh kemenangan & kelepasan.Insya-Allah.

Oleh: nUr A!sY

Tarikh: 13.02.2010/28 Safar 1431 (10.30 am)

Mendambakan Kuluhuran Cinta Illahi

kita tidak akan benar-benar beriman,sehingga kita mencintai Allah dengan cinta yang sebenar-benarnya,sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 165(sila rujuk).Maka apakah yang lebih menbahagiakan kita daripada mengetahui bahawa Allah begitu gembira dan senyum kepada kita jika cinta yang kita dambakan hanya kepadaNya.Yakinlah adik-adik sekalian bilaman kita benar-benar mengharap akan cinta Allah dan melaksanakan segala yang diperintahkan,maka bergembiralah kerana Allah begitu tahu akan cintamu kepadaNya...buat adik-adik muslimat renungilah kisah seorang srikandi Rabiatul Adawiyah,ambil panduan dari kisah cintanya kepada Allah,moga ia memberi kesan kepada adik-adik dan diri kakak sendiri.

Buat adik-adik pembaca sekalian, untuk membuktikan cinta kita kepada Allah adalah menurut segala akan perintah Allah dan hindari apa yang dilarangNya,ringankan kaki kita untuk melangkah ke masjid(rumah Allah)ini peringatan buat adik - adik muslimin dan sesiapa saja yang bergelar muslimin!!daripada abu Hurairah r.a,daripada Rasulullah s.a.w,baginda bersabda:
"Tidakkah seorang yang bermastautin di (mana-mana) masjid,kemudiaannya dia disibukkan oleh sesuatu urusan atau satu keuzuran (sehingga dia terpaksa meninggalkan masjid itu),kemudiannya dia kembali kepada apa yang sebelumnya (yakni kembali berada dimasjid)
melainkan Allah akan tersenyum kepadanya sebagaimana tersenyumnya ahli satu keluarga yang telah lama terpisah dengan seseorang apabila dia pulang kepada mereka."
(Riwayat Ibn Khuzaimah)
Apakah perasaan kita bila terbaca sabdaan baginda Rasulullah s.a.w,fikirkanlah dan renungkanlah sahabat-sahabatku.Buka mata hati kita!sehingga kita faham nilai setiap dan perginya kita ke masjid atau surau disisi Allah s.w.t!!bagi orang yang melazimkan dirinya dengan masjid,sebenarnya setiap kedatangan kita dan melangkah kaki kita keluar dari masjid,mendapat perhatian yang besar dari ALLAH S.W.T.Bayangkan adik-adik apabila Rasulullah s.a.w menggambarkan seolah-olah Allah tersenyum menyambut kedatangan hamba-hambaNya ini,seperti senyuman orang yang dikasihi apabila lama tidak bertemu.Satu senyuman yang membahagiakan ,dipenuhi rasa kerinduan dan rasa penghargaan yang amat tinggi.

Lihatlah ,hanya dengan melapangkan masa yang dianugerakan oleh Allah dengan percuma kepada kita untuk melazimkan diri kemasjid bagi menghidupkan amalan-amalannya.,kita berpeluang menerima kuntuman senyuman dari Allah ta'ala.Nah! adakah adik-adik masih berat menjejaki kaki ke masjid bila tiba waktu solat,program-program yang dianjurkan oleh badan organisasi?masihkah hati kita ni! ingin menangguh-nangguh untuk pergi kemasjid!!kita boleh mencipta seribu alasan,tapi jika kita benar inginkan pasti akan dipermudahkan urusan kita untuk ke masjid.
Daripada Abu Hurairah r.a ,Rasulullah s.a.w bersabda
"secinta-cinta tempat di dalam suatu negeri di sisi Allah ialah masjid - masjidnya.dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri itu di sisi Allah ialah pasar-pasarnya"
(Riwatyat muslim)
Hidupkanlah mata hati kita dan renungilah dengan kaca mata iman,apakah yang diistiharkan oleh Rasulullah melalui hadis ini? dengan menggunakan kata-kata yang begitu jelas dan tegas,Rasulullah tegaskan bahawa masjid itu adalah tempat yang paling dicintai dan disukai oleh Allah s.w.t

Adik-adik,inilah bonus kepada mereka yang menjadikan diri mereka sebagai orang masjid,sebagai ahli jemaah masjid,sabagai "pasak-pasak" masjid.Marilah kita tanyakan hati sanubari kita seikhlasnya,adakah hati-hati kita tidak sedikit pun terusik dengan apa yang ana perkatakan inibahawa khabar gembira dan janji yang telah disediakan untuk mereka yang menghubungkan diri mereka dengan masjid??

Sesungguhnya para malaikat ialah makhluk Allah yang sangat mulia,mereka telah diciptakan daripada cahaya ,maka mereka juga hanya suka kepada orang yang mulia,orang yang bersinar dengan amalan-amalan yang bersinar juga.sinar ketaatan dan sinar kemulian rumah-rumah Allah!sinar hidayah dari Allah!maka, semakin ramai dalam kalangan umat ini melayakkan diri untuk menjadi teman-teman malaikat,makhluk yang mulia ini ,maka semakin mulialah martabat uamat kini.

Jika iman kita tidak bergelora dengan khabar-khabar gembira ini,lalu adakah dengan iman yang sebegini kita akan berasa selesa dan senang hati untuk dipersembahkan kepada Allah Ta'ala nanti,marilah kita muhasabah diri kita,sebelum segalanya terlambat...

wassalam...

Nurkilan:Timb.Bendahari
jam : 12:44 pm
hari selasa
tarikh : 9.02. 2010

"tiada mudarat,jangan membuat kemudaratan"

daripada ibnu MAJJAH, RASULULLAH SAW bersabda seperti tajuk tulisan hari ini.
kita sangat di tegah dalam membuat kemudaratan walaupun ia menjadi nazar.
di sebut dalam sebuah kisah di mana seorang lelaki bernazar untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki. Rasulullah memarahi pemuda itu kerana pemuda itu mampu menaiki unta tetapi memilih untuk berjalan kaki. Rasulullah berangapan bahawa pemuda ini telah memudaratkan dirinya. Jadi ingat lah bahawa dalam ISLAM (cara hidup) tidak ada yang mudarat dan kita di larang mencipta kemudaratan.

A reminder to ourselves

Let us together redeem our sins
Pray to Allah The Mighty
Don't ever we lost in the middle of nowhere
Searching the wrong pathway of life
Having just a little fun for ourselves in this world
And be very regretful in the hereafter
As it is no use because that day
Allah have closed the door of taubat
Our repentment is useless ....

Come on! Wake up guys...
We are soldiers of Allah
We have big responsibilities to our family, country and to our ISLAM
Don't forget that we are dai'e
Make us of what Allah had given to us
And don't even take it for granted
Let us together strive for MARDHATILLAH

Remember,
BE THE BEST MUSLIM AMONG THOSE WHO ARE CHOSEN..
BE SINCERE TO DO ISLAMIC WORK

This is a reminder to all of us
I hope that we can build a strong faith for us to deal with the more social and challenging world nowadays ..

From : Zahra_Nisa'
Time : 12.29 pm
Date : 6 February 2010

Teknik belajar A1, A+, A++

Allah telah menganugerahkan keistimewaan kepada makhluk yang bergelar Al-Insan iaitu manusia. Manusia berbeza dengan makhluk ciptaan Allah yang lain mempunyai akal untuk berfikir. Minda otak kanan dan minda otak kiri merupakan sebahagian daripada ciptaan Allah yang berpasang-pasangan untuk umat manusia. Otak terdiri daripada dua bahagian iaitu minda otak kanan dan juga minda otak kiri. Menurut istilah sains, minda otak kanan diistilahkan sebagai "moka" manakala gelaran bagi minda otak kiri ialah "moki".
Minda otak Kanan :
Kreatif

Keseluruhan (Holistik)
Serentak
Visi
Intuisi
Warna
Muzik
Emosi
Kerohanian
Imaginasi
Irama

Minda Otak Kiri :
Fakta

Analitik
Logik
Urutan
Rasional
Terperinci
Perancangan
Prosedur
Ulangan
Pengelolaan


Teknik 1

Teknik mengingat menggunakan lagu..
  • Lagu merangsang otak kanan
  • Senikata lagu yang mengandungi fakta pula akan merangsang otak kiri
  • Penggunaan lagu dapat membantu otak kiri mengingati fakta melalui otak kanan
  • Fakta yang sukar dapat diingati dengan mudah melalui kaedah lagu yang menenangkan fikiran dan merangsang otak kanan
Contoh lagu : Azam yang Suci
( Rentak lagu Suci Dalam Debu-Iklim)

Tersedarku dari lamunan,
Resah sejarah kulupakan,
Kusemaikan benih-benih harapan,
Bersama sejuta impian,
Dengan azam dan keyakinan,
Tempuh cabaran kehidupan,
Terujilah segala ketabahan,
Berikanlah kekuatan dan keimanan.

Kumengharapkan kejayaan,
Menanti di hadapan,
Namun hakikat belum nyata,
Harus berusaha.

Suatu hari nanti,
Pasti daku akan berjaya,
Akan aku buktikan,
Padamu ayah dan bondaku,
Bukan khayalan dan bukan lamunan,
Tetapi itulah kenyataan.

Cita-cita yang murni diiringi dengan doa,
Pasti insyaallah daku kan berjaya.

Olahan : Zahra_Nisa'
Masa : 11.57 am
Tarikh : 6 Februari 2010

Mengubati Hati

Kita sering tertanya-tanya ‘mengapa ubat itu pahit?’. Mengapa rawatan juga selalunya perit? Namun, demi mendapatkan badan yang sihat, kita rela menelan apa sahaja hatta kepahitan, kita juga rela menanggung keperitan dalam usaha menyihatkan diri.
Maka begitulah juga jalan untuk menyembuhkan hati yang sentiasa berada dalam kegelisahan dan kejahilan. Terpaksa menempuh jalan mujahadah atau terpaksa melawan segala kehendak nafsu yang negatif. Untuk “mengubat” hati sangat memerlukan penawar yang sememangnya pahit. Ubat hati jarang yang manis. Namun sedarilah bahawa semua itu perlu ditelan jua. Apakah ubat hati itu?
Pertamanya, rajinkanlah diri untuk menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Menghadiri majlis ilmu samalah seperi mendatangi “taman syurga” yang sentiasa dinaungi oleh para malaikat. Bayangkanlah jika kita melazimi berada di taman syurga di dunia, InsyaAllah semua itu adalah suatu petanda bahawa Allah akan menghadiakan kepada kita tiket untuk ke taman syurgaNya yang hakiki di akhirat kelak.
Dari sana, susuli pula langkah seterusnya. Ilmu ibarat imam dan amal pula adalah makmumnya. Oleh itu, mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati yang seterusnya adakah zikrullah (ingat Allah). Seutama-utama mengingati Allah adalah dengan mendirikan solat. Solat lima waktu yang kita laksanakan adalah penghubung antara hamba dengan Allah SWT. Justeru, fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan segala rasa itu ke dalam hati. Meskipun agak payah, tetapi paksalah diri dengan penuh iltizam.
Al-Quran pula mestilah diamalkan selalu. Jadikan kalam Allah ini sebagai pendamping diri setiap masa. Dalam masa yang sama , Sunah Junjungan jangan pernah ditinggalkan. Berusahalah sehabis baik untuk melaksanakan sunnah dari perkara yang sekecil-kecil sehingga sebesar-bersar perkara. Walaupun sukar merasa kemanisannya di peringkat awal, pasti akan datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.
Usaha penyembuhan hati mesti juga melalui pantang larang iaitu perlu berpantang daripada perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Hindari diri dari perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, dan hiburan duniawi yang boleh melalaikan jiwa daripada mengingati Penciptanya. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiring dalam mencari redha Ilahi. Dampingi golongan yang berilmu dan manfaatkan mereka sebaiknya. Jadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.
Akhir sekali, berdoalah kepada Allah semoga diberi ketenangan jiwa dan disembuhkan hati.
Mudah-mudahan artikel kecil ini ada manfaatnya untuk kita semua.
Srikandi_Taqwa
Bilik Gerakan

menjadikan kita remaja SOLEH

jika tinjau secara umum pengertiaan SOLEH,dari sudut penilaian masyarat islam adalah muslimat/muslimin yang baik..jika penilaian masyarakat mengelarkan seseorang individu tersebut sebagai orang yang baik begitulah juga penilaian islam terhadap kita.

Rasulullah s.a.w bersabda
"sesungguhnya yang baik menurut penilaian kaum muslimin,maka ia baik pula menurut penilaian Allah s.w.t "
(Riwayat Ahmad)
Tetapi,bila kita lihat dari segi istilah pula pengertian soleh pula,adalah seseorang individu yang beriman sesuai dengan tuntutan Al-quran dan hadis.jika kita lihat daripada hadis yang diriwayatkan dari Imam ahmad di atas tadi,kita dapat persamaan antara penilaian Allah s.w.t dengan kita sebagai hamba yang hina.Jadi bilaman masyarakat Islam menganggap kita sebagai seorang yang soleh begitu juga dengan penilaian Allah s.w.t.

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *